Polis Thailand melancarkan serbuan di kawasan Min Buri, yang mempunyai banyak penduduk Islam di sini, sebagai sebahagian daripada langkah meningkatkan keselamatan berikutan serangan pengganas di Jakarta, Indonesia, dua hari lepas.
Ketika mengesahkan serbuan yang dilancarkan semalam, Ketua Polis Metropolitan Kawasan Tiga Mej Jen Chaiyaporn Panich-Attra berkata operasi bersama polis-tentera itu diketuai beliau sendiri.
"Saya mengetuai pasukan itu (ke kawasan berkenaan) berikutan kejadian letupan di Jakarta dan pengeboman di Ratchaprasong pada pertengahan Ogos lepas. Kami akan terus mengadakan operasi keselamatan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Menurut pegawai itu, pasukannya melakukan pemeriksaan di pangsapuri yang disyaki disewa suspek di kawasan itu, tetapi tidak menjumpai sebarang "objek menyalahi undang-undang".
Chaiyaporn berkata sasaran serbuan semalam ialah individu mencurigakan yang tinggal di kawasan itu, tetapi beliau tidak memberi penjelasan lnjut kerana ia dianggap sensitif.
Chaiyaporn bagaimanapun meredakan kebimbangan yang mungkin dirasai masyarakat Islam di Min Buri apabila beliau berkata pasukan keselamatan Thailand tidak menjadikan golongan itu sebagai sasaran dalam operasi keselamatan yang dilancarkan berikutan kejadian di Jakarta itu.
"Kami tidak menjadikan orang Islam sebagai sasaran kami kerana mereka orang baik," katanya.
Pasukan keselamatan Thailand, termasuk polis dan tentera, meningkatkan pengawasan di kawasan strategik di sekitar bandar raya ini dan di kawasan bersempadan dengan negara jiran berikutan serangan di Jakarta.
Serangan yang didakwa mempunyai kaitan dengan sekutu kumpulan militan Daish itu, meragut tujuh nyawa, termasuk dua orang awam iaitu seorang rakyat Indonesia dan seorang warga Kanada.
Ogos lepas, Thailand mengalami serangan bom paling dahsyat dalam sejarahnya apabila sebutir bom diletupkan di Kuil Erawan, yang terletak di persimpangan Rachaprasong di sini, yang terkenal kerana kesibukannnya dan menyebabkan 20 orang maut, termasuk lima rakyat Malaysia.
Berikutan kejadian itu, Thailand melancarkan operasi besar-besaran, termasuk di Min Buri, dan menahan dua suspek utama.
Bernama
Sun Jan 17 2016
Ogos lepas, Thailand mengalami serangan bom paling dahsyat dalam sejarahnya apabila sebutir bom diletupkan di Kuil Erawan, yang terletak di persimpangan Rachaprasong. - Foto REUTERS/Athit Perawongmetha
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik daripada peminat
Speed menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat di ibu negara pada Selasa,
Penyanyi Sean Diddy ditangakp di New York
Penerbit muzik terkenal, Puff Daddy atau lebih dikenali sebagai Sean Diddy Combs yang berdepan dengan beberapa tuduhan serangan seksual telah diberkas di Manhatann, New York oleh ejen persekutuan pada Isnin waktu tempatan.
10 maut, puluhan cedera bas Iran terbalik
Menurut angka awal, kemalangan itu mengakibatkan 10 maut dan 41 cedera.
Malaysia perlu melabur dalam infrastruktur
Pengarah Eksekutif Ukrainian Prism, Hennadiy Maksak berpandangan, Malaysia juga tidak boleh bergantung kepada satu laluan, selain menjalin hubungan yang baik dengan negara-negara jiran.
Lebih 1,000 rakyat termasuk pejuang Hezbollah cedera parah
Lebih seribu rakyat Lubnan termasuk anggota pejuang Hezbollah dan petugas perubatan cedera parah dalam satu letupan pada Selasa.
Tetingkap Tunggal Nasional memudahkan operasi perdagangan antara Malaysia dan China
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berpendapat inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National single window) yang bakal diharmonikan Bersama system kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan (ease of doing business) antara Malaysia dan China.
Medan selera perlu ditambah baik, kemudahan asas tidak lengkap
Air bergenang di lantai dan tempias sehingga meja makan mengakibatkan pengunjung basah. Itu situasi apabila keadaan hujan lebat di Medan Selera Taman Makmur di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang menempatkan deretan 12 kedai makan.
Calon manfaat platform media sosial dekati pengundi luar
Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota turut memberi tumpuan kepada penggunaan media sosial bagi menambat hati pengundi luar selain kempen secara bersemuka.
Seorang wanita maut jatuh lubang saluran air
Seorang wanita maut selepas terjatuh ke dalam lubang saluran air sedalam dua meter ketika menyertai aktiviti mendaki di Bukit Cherok Tok Kun pada Selasa.
Kerja pembersihan sisa kimia dijalankan pada Selasa
Kerja-kerja pembersihan sisa bahan kimia yang dibuang secara haram di Kawasan Perindustrian Tiong Nam dan Kawasan Perindustrian Tropika, Johor bermula pada Selasa.
Pelajar tahfiz perlu bersedia, tangani ekstremis dan pembenci Islam - PM Anwar
Kata Anwar, semua pihak harus menggunakan kewarasan akal dan kembali ke asas agama Islam sebenar seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
Malaysia belum merdeka, rakyat 'dijajah' kerajaan - Dr Mahathir
Rakyat tidak bebas bersuara dan mengkritik kerajaan dalam banyak hal termasuk membabitkan 3R.
Keindahan Islam perlu dijelmakan penganutnya - Sultan Nazrin
Titah Sultan Nazrin, keagungan dan kemuliaan Islam perlu dicerminkan melalui sifat dan watak insaniah ummah.
Wanita minta Mahkamah Persekutuan semak semula keputusan status agamanya
Seorang wanita berusia 37 tahun telah memfailkan permohonan semakan di Mahkamah Persekutuan dalam usaha untuk membatalkan keputusan sebelum ini yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
'Pakar pengajian Islam jangan jumud, mesti dinamik dan profesional'
Pakar dalam bidang pengajian Islam mesti dinamik, berfikiran luas dan profesional, tidak 'jumud' dan bersandarkan kepada sejarah sahaja.
Pengajian Islam masih guna pakai kerangka akademik barat yang lama - Muhammad Yahya
Sistem pendidikan Islam memerlukan pendekatan baharu untuk disesuaikan dengan realiti semasa.
Potensi pelaburan syariah kekal kukuh - Pakar
Potensi pelaburan patut syariah kekal kukuh walaupun terdapat ketidakstabilan pasaran dan kadar faedah yang tidak menentu.
Ibadah haji ajar umat Islam tinggalkan sikap keakuan, megah diri
Hikmah terbesar ibadah haji adalah mengajar umat Islam supaya meninggalkan sikap keakuan serta membuang rasa megah dalam diri.
KazanForum-2024: Pakar dari Rusia dan negara Islam disatukan berbincang trend kandungan media
Forum Ekonomi Antarabangsa XV "Russia - Dunia Islam: KazanForum" akan diadakan pada 14-19 Mei 2024 bertempat di Republik Tatarstan, Kazan.
Kembali kepada Islam adalah penyelesaian isu perpaduan kaum - Penganalisis
Isu-isu yang berbangkit mutakhir ini mendesak rakyat Malaysia kini tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik adalah memastikan keharmonian kaum dan agama kekal utuh.