BANGKOK: Polis Thailand membongkar sindiket penyeludupan menggunakan trak pikap untuk mengangkut ratusan ribu liter bahan api dari Malaysia ke Thailand setiap bulan.
Penolong Ketua Polis Thailand Leftenan Jeneral Surachate Hakparn berkata sindiket dikenali "Jae Fang" itu menggunakan trak pikap dan lori yang tangki bahan apinya sudah diubah suai.
Trak dan lori itu akan menghantar barangan ke Malaysia dan kemudian mengisi bahan api di stesen minyak di Malaysia sebelum kembali semula ke Thailand.
"Pemandu akan memindahkan bahan api itu ke kemudahan penyimpanan di gudang di Hatyai, Songkhla yang terletak kira-kira 30 kilometer dari sempadan Thailand-Malaysia.
"Siasatan awal mendapati tangki bahan api yang diubah suai itu boleh membawa kira-kira 1,000 liter bahan api untuk setiap perjalanan. Ada trak pikap yang berulang-alik dengan purata 10 perjalanan setiap hari.
"Sindiket itu boleh mengangkut ratusan ribu liter minyak setiap bulan," katanya.
Beliau berkata sindiket itu akan menjual semula bahan api yang diseludup itu kepada penjual tempatan, bot nelayan dan petani.
Siasatan mendapati sindiket terbabit - trak pikap dan pemandu lori akan memandu merentasi sempadan ke bandar sempadan terdekat di Malaysia pada awal pagi untuk "menghantar barang" dan kemudian mengisi bahan api di kenderaan mereka dan kembali ke gudang di sempadan Thailand untuk memunggah bahan api.
Surachate berkata Polis Thailand merampas 2,000 liter minyak dan menahan dua individu di gudang di Hatyai baru-baru ini.
Beliau berkata negara kehilangan lebih 100 juta baht setahun dalam hasil cukai akibat penyeludupan bahan api.
"Justeru, Polis Diraja Thailand bersama agensi berkaitan seperti Jabatan Eksais, Jabatan Kastam dan Tentera Laut Diraja Thailand memperhebatkan usaha penguatkuasaan bagi memerangi sindiket penyeludupan bahan api.
Perbezaan ketara harga diesel dan petrol antara Thailand dan Malaysia, menjadikan bahan api Malaysia sebagai sasaran penyeludup yang ingin mengaut keuntungan dengan terlibat dalam perdagangan haram, terutamanya di wilayah selatan Thailand.
Di Malaysia, seliter diesel berharga RM2.15 manakala RON97 (RM3.35) dan RON95 (RM2.05).
Di Thailand, seliter diesel berharga 32.94 baht (RM4.24) manakala gasohol 95 (36.85 baht atau RM4.74) dan gasohol 91 (36.58 baht atau RM4.71).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 21 2023

Polis Thailand membongkar sindiket penyeludupan menggunakan trak pikap untuk mengangkut ratusan ribu liter bahan api dari Malaysia ke Thailand setiap bulan. - Gambar hiasan/REUTERS

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Sami Malaysia ditahan di Thailand, disyaki mencuri di kuil Chiang Mai
Pihak polis Chang Phueak di Chiang Mai menerima laporan mengenai kehilangan barangan berharga daripada wat itu.

Polis Thailand tahan seorang lelaki disyaki terlibat dalam letupan di Yala
Lelaki berusia 27 tahun itu ditahan pada malam semalam berhampiran flat polis Bannan Sata.

PDRM, polis Thailand buru suspek lepas tembakan terhadap anggota kastam
Ketua Polis Kelantan berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci memandangkan ia melibatkan hubungan dua negara.

Dua rakyat Malaysia antara sembilan ditahan dalam pesta dadah di Bangkok
Polis Thailand melakukan serbuan ke atas sebuah kediaman mewah selepas menerima aduan daripada penduduk.

Kerjasama Polis Kelantan-Thailand banteras kegiatan penyeludupan
Polis Kelantan akan terus bekerjasama dan berhubung rapat dengan pihak polis Thailand khususnya dalam usaha mempertingkatkan kawalan sempadan.

KPN hargai kenyataan polis Thailand berhubung kemasukan syabu, pil yaba ke Malaysia
Kenyataan daripada pihak polis Thailand tersebut akan memudahkan lagi usaha PDRM memerangi dadah sintetik di dalam negara.

Polis Malaysia, Thailand setuju perkukuh kerjasama banteras penipuan pekerjaan luar negara
Polis Malaysia dan Thailand bersetuju untuk memperkukuh kerjasama dalam usaha membanteras penipuan pekerjaan di luar negara yang membabitkan rakyat kedua-dua negara itu.

Thailand: Bekas isteri mangsa tembak warga Malaysia antara ditahan polis bantu siasatan
Ketua Polis Betong, Kol. Pol. Sanya Thongsawat mengesahkan individu warga Thailand berusia 40 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Betong pada Khamis.

Polis Thailand kenal pasti dalang insiden landasan kereta api dibom
Pasukan keselamatan mempergiat memeriksa rakaman CCTV di semua pintu masuk ke tempat kejadian untuk menjejaki kumpulan yang terlibat.

PDRM serah 3 suspek sindiket pemerdagangan manusia kepada polis Thailand
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menyerahkan tiga wanita warga Thailand yang dipercayai terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia ke negara ini kepada Polis Diraja Thailand (RTP).