PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghargai tindakan pihak berkuasa Thailand berhubung kenyataan bahawa syabu dan pil yaba adalah antara jenis dadah yang paling banyak dibawa masuk ke Malaysia.
Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata kenyataan daripada pihak polis Thailand tersebut akan memudahkan lagi usaha PDRM memerangi dadah sintetik di dalam negara.
"Ini satu perkembangan yang menarik dan saya mengalu-alukan kenyataan yang dikeluarkan oleh ketua polis Wilayah Narathiwat.
"Ini menunjukkan bahawa pihak mereka menyedari dan menghargai masalah yang sedang berlaku iaitu kebanjiran pil-pil yaba dadah sintetik ini dari kawasan Segi Tiga di utara itu, datang ke Malaysia melalui jalan darat yang menyebabkan Malaysia menjadi hab kepada pasaran luar negara," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Kejohanan Tembak Royal Malaysia Police (RMP) Open Championship 2023 Level III di sini, hari ini yang turut dihadiri Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution dan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Beliau berkata perkembangan tersebut dapat mengeratkan perhubungan dua hala antara kedua-dua negara, selain dengan negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Filipina menerusi perkongsian maklumat dalam usaha membanteras kegiatan penyeludupan dadah.
Terdahulu Bernama melaporkan Polis Thailand mendedahkan syabu dan pil yaba adalah antara jenis dadah yang paling banyak dibawa masuk ke Malaysia melalui pangkalan haram di sempadan kedua-dua negara.
Ketua Polis Wilayah Narathiwat Mej Jen Anuruth Imarb berkata kesemua dadah tersebut dibawa masuk dari kawasan utara Thailand iaitu di Segi Tiga Emas (Thailand, Laos dan Myanmar) melalui sindiket dadah, sebelum tiba di sempadan wilayah selatan di Malaysia.
Dalam perkembangan lain, Acryl Sani berkata kawalan keselamatan di perairan pantai timur Sabah masih berada pada tahap yang terbaik namun kesiapsiagaan anggota dan aset sentiasa dipertingkatkan supaya berada pada paras optimum.
Beliau berkata menurut statistik kes yang paling utama berlaku di perairan kawasan tersebut adalah membabitkan penculikan untuk meminta wang tebusan.
"Sehinggga kini kita lihat (kawasan keselamatan) adalah pada tahap yang terbaik dan saya sering ulang bahawa tahap yang terbaik ini tidak boleh dilonggarkan kesiapsiagaannya.
"Kalau lihat statistik kejadian terakhir adalah 15 Jan 2020. Itu pun cubaan yang dapat kami gagalkan. Jadi adakah ini menunjukkan kita berpuas hati? Tidak." katanya.
Susulan itu, beliau berkata pihaknya akan menambah bilangan batalion daripada lima kepada tujuh untuk tingkatkan keupayaan, selain menggunakan khidmat Rela, serta menambah pos kawalan untuk mengukuhkan dari segi rondaan dan kawalan.
Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya juga sentiasa memohon kepada kerajaan untuk menambah kekuatan aset antaranya aset laut seperti vesel atau mengganti aset yang telah usang.
Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yong Teck Lee semalam dilaporkan meminta kerajaan memandang serius usaha untuk memperkuatkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) sehingga tidak perlu lagi melaksanakan perintah berkurung bagi memastikan sektor ekonomi negeri itu tumbuh dengan pesat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 07 2023

Acryl Sani berkata, kenyataan daripada pihak polis Thailand tersebut akan memudahkan lagi usaha PDRM memerangi dadah sintetik di dalam negara. - Gambar fail
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Sami Malaysia ditahan di Thailand, disyaki mencuri di kuil Chiang Mai
Pihak polis Chang Phueak di Chiang Mai menerima laporan mengenai kehilangan barangan berharga daripada wat itu.

Polis Thailand tahan seorang lelaki disyaki terlibat dalam letupan di Yala
Lelaki berusia 27 tahun itu ditahan pada malam semalam berhampiran flat polis Bannan Sata.

PDRM, polis Thailand buru suspek lepas tembakan terhadap anggota kastam
Ketua Polis Kelantan berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci memandangkan ia melibatkan hubungan dua negara.

Dua rakyat Malaysia antara sembilan ditahan dalam pesta dadah di Bangkok
Polis Thailand melakukan serbuan ke atas sebuah kediaman mewah selepas menerima aduan daripada penduduk.

Kerjasama Polis Kelantan-Thailand banteras kegiatan penyeludupan
Polis Kelantan akan terus bekerjasama dan berhubung rapat dengan pihak polis Thailand khususnya dalam usaha mempertingkatkan kawalan sempadan.

KPN hargai kenyataan polis Thailand berhubung kemasukan syabu, pil yaba ke Malaysia
Kenyataan daripada pihak polis Thailand tersebut akan memudahkan lagi usaha PDRM memerangi dadah sintetik di dalam negara.

Polis Malaysia, Thailand setuju perkukuh kerjasama banteras penipuan pekerjaan luar negara
Polis Malaysia dan Thailand bersetuju untuk memperkukuh kerjasama dalam usaha membanteras penipuan pekerjaan di luar negara yang membabitkan rakyat kedua-dua negara itu.

Thailand: Bekas isteri mangsa tembak warga Malaysia antara ditahan polis bantu siasatan
Ketua Polis Betong, Kol. Pol. Sanya Thongsawat mengesahkan individu warga Thailand berusia 40 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Betong pada Khamis.

Polis Thailand kenal pasti dalang insiden landasan kereta api dibom
Pasukan keselamatan mempergiat memeriksa rakaman CCTV di semua pintu masuk ke tempat kejadian untuk menjejaki kumpulan yang terlibat.

PDRM serah 3 suspek sindiket pemerdagangan manusia kepada polis Thailand
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menyerahkan tiga wanita warga Thailand yang dipercayai terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia ke negara ini kepada Polis Diraja Thailand (RTP).