BEKAS isteri kepada warga Malaysia yang parah ditembak oleh penyerang tidak dikenali dalam satu kejadian di Jalan Chantharothai, bandar Betong, wilayah Yala di selatan Thailand pada Sabtu lepas (11 Feb) antara ditahan polis Thailand bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Betong, Kol. Pol. Sanya Thongsawat mengesahkan individu warga Thailand berusia 40 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Betong pada Khamis.
Pada hari yang sama, beliau berkata polis juga menahan seorang lelaki yang merupakan suspek utama kes tembak itu di sebuah stesen minyak di Chana, Songkhla selepas mahkamah mengeluarkan waran tangkap.
"Polis berjaya mengenalpasti kedua-dua suspek berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian dan kawasan berdekatan.
"Suspek lelaki mengakui pernah bertelingkah dan berdendam dengan mangsa ketika bekerja di pusat hiburan milik suspek wanita (bekas isteri mangsa) sehingga menembak mangsa pada 11 Feb lepas," katanya ketika dihubungi Bernama.
Sanya berkata suspek lelaki juga mengaku bahawa pistol yang digunakan ketika kejadian telah dibuang di tepi jalan ketika dalam perjalanan ke Songkhla manakala motosikalnya telah disembunyikan di Betong.
"Bekas isteri mangsa dipercayai membantu suspek melarikan diri selepas kejadian itu," katanya.
Pada Sabtu lepas, seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 55 tahun dilaporkan cedera parah di perut dan paha selepas terkena tiga das tembakan di hadapan sebuah kedai serbaneka kira-kira pukul 9 malam (waktu tempatan).
Mangsa telah dibawa ke Hospital Betong bagi mendapatkan rawatan lanjut dan kini dalam keadaan stabil.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 18 2023
![Thailand: Bekas isteri mangsa tembak warga Malaysia antara ditahan polis bantu siasatan Thailand: Bekas isteri mangsa tembak warga Malaysia antara ditahan polis bantu siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/51592546630_gunshot.jpg)
Pada Sabtu lepas, seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 55 tahun dilaporkan cedera parah di perut dan paha selepas terkena tiga das tembakan di hadapan sebuah kedai serbaneka di Betong. - Gambar hiasan
![Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720343260_TBFranceElection.jpg)
Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula
Perancis kembali ke pusat pengundian pada Ahad bagi pusingan penentu pilihan raya Parlimen.
![Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720347992_TBMaalHijrah.jpg)
Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong
Antara titah Seri Paduka Baginda ialah mengingatkan semua rakyat agar tidak menjadikan media sosial tempat berbalah atau bertengkar.
![Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720342404_Abidin.jpg)
Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih
Calon PN Abidin Ismail yang diumumkan menang pada PRK Sungai Bakap hari ini tampil bertemu dengan orang ramai menggunakan lori.
Uruguay kuburkan hasrat Brazil
Hanya tinggal empat pasukan akan beraksi untuk merebut slot ke final yang dijadual berlangsung pada 14 Julai ini di Stadium Hard Rock, Miami Gardens, Florida.
![Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720343570_SultanKedah.jpg)
Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah
Generasi muda perlu diperkasakan supaya menjadi muslim sejati dan memiliki jati diri yang kental.
Usah korban jati diri kerana kuasa, pangkat dan populariti - Sultan Sallehuddin
Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah mengingatkan supaya umat Islam jangan mengorbankan jati diri sebagai seorang Muslim semata-mata kerana inginkan kuasa, kekayaan harta benda, pangkat dan populariti.
Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat kabinet Jumaat depan
Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik termasuk aspek perundangan dan penguatkuasaan.
Kerjasama BN-PH ditentukan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi parti
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan sama ada kerjasama antara BN dan PH diteruskan pada PRU-16 atau pun tidak hanya akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi BN.
Isu nasional jadi faktor penolakan PH di Sungai Bakap
Isu nasional yang mendominasikan ayunan terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) sungai Bakap dilihat sebagai punca penolakan Pakatan Harapan.
Tuntutan RM100 juta subkontraktor Lebuhraya DASH tidak berasas
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) menegaskan tuntutan lebih 20 subkontraktor yang terlibat dalam pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) bagi mengutip bayaran tertunggak berjumlah RM100 juta yang terhutang kepada mereka secara kolektif daripada syarikat itu adalah tidak berasas dari segi perundangan.
![Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714457344_TBSAFIISTERI.jpg)
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
![Kes bunuh: Bekas Ketua Perisikan ESSCom, Ann nampak seperti kekasih - Saksi Kes bunuh: Bekas Ketua Perisikan ESSCom, Ann nampak seperti kekasih - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704364322_kesbunuhehailing.jpg)
Kes bunuh: Bekas Ketua Perisikan ESSCom, Ann nampak seperti kekasih - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu hubungan antara bekas Ketua Staf Perisikan ESSCom, Mat Zaki dan bekas isteri pemandu e-hailing nampak seperti kekasih.
![Bekas isteri syukur Sam Bunkface diarah bayar tunggakan nafkah anak Bekas isteri syukur Sam Bunkface diarah bayar tunggakan nafkah anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51690268881_sambunkface.jpg)
Bekas isteri syukur Sam Bunkface diarah bayar tunggakan nafkah anak
Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor mengarahkan vokalis kumpulan Bunkface, Sam membayar tunggakan nafkah anak kepada bekas isteri, Aida Azira Hussin berjumlah RM4,668.
![Cat Farish didakwa berhutang dengan bekas isteri, ini respons tuan badan Cat Farish didakwa berhutang dengan bekas isteri, ini respons tuan badan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689040675_catfarish.jpg)
Cat Farish didakwa berhutang dengan bekas isteri, ini respons tuan badan
Cat memberitahu wang yang diperkatakan itu merupakan duit kenduri bersama bekas isteri yang telah pun diselesaikan.
![Hampir setahun bercerai, bekas isteri Tegar Septian bernikah kali ketiga Hampir setahun bercerai, bekas isteri Tegar Septian bernikah kali ketiga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41684816235_TegarSeptian.jpg)
Hampir setahun bercerai, bekas isteri Tegar Septian bernikah kali ketiga
Bekas isteri kepada penyanyi Tegar Septian iaitu Sarah Sheilka membuat kejutan dengan memberitahu yang dirinya kini sudah bernikah dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Andy.
![Bekas isteri Achraf Hakimi gigit jari, semua harta atas nama ibu Bekas isteri Achraf Hakimi gigit jari, semua harta atas nama ibu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61681607919_AchrafHakimi.jpg)
Bekas isteri Achraf Hakimi gigit jari, semua harta atas nama ibu
Hiba meminta separuh daripada harta Hakimi ketika memfailkan cerai, namun dia dimaklumkan Hakimi tiada apa-apa harta atas namanya.
![Jurukimpal didenda RM3,000 pecah cermin pintu depan rumah bekas isteri Jurukimpal didenda RM3,000 pecah cermin pintu depan rumah bekas isteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41681099569_Lelakipecahcermin.jpg)
Jurukimpal didenda RM3,000 pecah cermin pintu depan rumah bekas isteri
Mahkamah turut mengenakan hukuman penjara lima bulan jika tertuduh gagal membayar denda.
![Lelaki ditahan, disyaki khianat pecah cermin rumah bekas isteri Lelaki ditahan, disyaki khianat pecah cermin rumah bekas isteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71680748331_TiktokPecahRumah.jpg)
Lelaki ditahan, disyaki khianat pecah cermin rumah bekas isteri
Keputusan ujian saringan awal air kencing terhadap suspek mendapati dia positif dadah.
![Lelaki diarah bayar hampir RM1 juta pampasan kerja rumah selama 25 tahun kepada bekas isteri Lelaki diarah bayar hampir RM1 juta pampasan kerja rumah selama 25 tahun kepada bekas isteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678402648_TBMAID.jpg)
Lelaki diarah bayar hampir RM1 juta pampasan kerja rumah selama 25 tahun kepada bekas isteri
Mahkamah di Sepanyol mengarahkan seorang lelaki membayar AS$215,000 kepada bekas isterinya sebagai pampasan untuk kerja rumah yang dilakukannya sepanjang perkahwinan mereka.
![Thailand: Bekas isteri mangsa tembak warga Malaysia antara ditahan polis bantu siasatan Thailand: Bekas isteri mangsa tembak warga Malaysia antara ditahan polis bantu siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/51592546630_gunshot.jpg)
Thailand: Bekas isteri mangsa tembak warga Malaysia antara ditahan polis bantu siasatan
Ketua Polis Betong, Kol. Pol. Sanya Thongsawat mengesahkan individu warga Thailand berusia 40 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Betong pada Khamis.