Polis Thai pada Isnin memanggil tokoh pembangkang paling tersohor di Thailand, Thanathorn Juangroongruangkit untuk mendengar pertuduhan berkaitan dengan perhimpunan di Bangkok pada 14 Dis.
Ketua Polis Pathumwan,Kol Patikorn Sornchai berkata polis telah mengeluarkan arahan kepada pemimpin Future Forward Party (FFP) Thanathorn dan ahli parti, Pairatchote Chantarakhachorn untuk melapor diri di balai polis Pathumwan pada 10 pagi (waktu tempatan) pada Jumaat.
Beliau berkata dua eksekutif parti -- setiausaha agung Piyabutr Saengkanokkul dan jurucakap parti Pannika Wanich -- dan Ahli Parlimen (MP) daripada parti itu Pita Limjaroenrat akan dipanggil sebaik sahaja polis mendapat kebenaran daripada Yang Dipertua Parlimen.
Tiga MP itu dilindungi oleh imuniti Parlimen semasa sidang sedang berlangsung.
Polis berkata Thanathorn telah meminta penyokong parti mengadakan perhimpunan di Bangkok pada 14 Dis bagi menuntut keadilan dan kesamarataan.
Thanathorn turut menghantar ciapan di Twitter bahawa kini masanya untuk rakyat "membuat bising".
Police berkata penganjur perhimpunan itu telah melanggar Akta Perhimpunan Awam termasuk gagal memberi notis kepada pihak berkuasa, gagal mengawal peserta perhimpunan dan menggunakan pembesar suara tanpa kebenaran.
Beberapa media melaporkan bahawa ia merupakan protes terbesar di Thailand selepas rampasan kuasa 2014.
Pada 11 Dis, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Thailand meminta Mahkamah Perlembagaan memansuhkan FFP berikutan Thanathorn telah melanggar Akta Parti Politik dengan memberi pinjaman 191 juta baht kepada parti.
Bulan lepas, kelayakan Thanathorn sebagai MP dibatalkan selepas mahkamah mendapati beliau telah melanggar undang-undang pilihan raya.
Beliau didapati bersalah melanggar Seksyen 98(3) Perlembagaan susulan masih menjadi pemegang saham dalam V-Luck Media Company semasa menjadi calon dalam pilihan raya umum Thailand pada 24 Mac.
FFP menduduki tempat ketiga dalam pilihan raya itu dan menjadi sebahagian blok pembangkang. Ketika ini FFP mempunyai 79 MP di Dewan rakyat, Parlimen.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 23 2019
![Polis Thai panggil pemimpin pembangkang berhubung tuduhan berkaitan perhimpunan Polis Thai panggil pemimpin pembangkang berhubung tuduhan berkaitan perhimpunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/61577118013_Thanathorn.jpg)
Polis berkata Thanathorn (gambar) telah meminta penyokong parti mengadakan perhimpunan di Bangkok pada 14 Dis bagi menuntut keadilan dan kesamarataan. - REUTERS/Soe Zeya
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739722620_AaronAgoDagang.jpg)
Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
![Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739721142_JoaoLourenco.jpg)
Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU
Presiden Angola Joao Lourenco pada Sabtu mengambil alih jawatan pengerusi Kesatuan Afrika (AU).
![Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739711296_TBZAMBRY.jpg)
Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik
Program permukiman KPT selama dua hari mengeratkan hubungan, meningkatkan kerjasama antara universiti awam serta politeknik di negara ini.
![Tiada perbincangan persiapan pilihan raya negeri pada Perhimpunan Agung PBB - Uggah Tiada perbincangan persiapan pilihan raya negeri pada Perhimpunan Agung PBB - Uggah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739720652_AmarDouglas.jpg)
Tiada perbincangan persiapan pilihan raya negeri pada Perhimpunan Agung PBB - Uggah
Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ke-16 yang berakhir hari ini tidak membincangkan sebarang persiapan menghadapi pilihan raya negeri Sarawak akan datang.
![Thanathorn berdepan tuduhan jenayah Thanathorn berdepan tuduhan jenayah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/71584057268_FutureForwardParty.jpg)
Thanathorn berdepan tuduhan jenayah
Jika disabitkan bersalah, jutawan berusia 41 tahun itu boleh dikenakan hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun, denda sehingga 200,000 baht dan larangan menyertai politik selama 20 tahun.
![Ejen Guardiola beri bayangan kekal di City Ejen Guardiola beri bayangan kekal di City](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/81557202635_PepGuardiola.jpg)
Ejen Guardiola beri bayangan kekal di City
Minggu lalu, siasatan mendapati juara Liga Perdana Inggeris itu bersalah dalam menyatakan tajaan keuntungan dalam akaun yang dihantar kepada UEFA di antara 2012 dan 2016.
![21 Jan keputusan sama ada parti pembangkang Thailand FFP dibubarkan 21 Jan keputusan sama ada parti pembangkang Thailand FFP dibubarkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/61577291837_Thanathorn.jpg)
21 Jan keputusan sama ada parti pembangkang Thailand FFP dibubarkan
Ia berikutan petisyen yang difailkan oleh peguam Natthaporn Toprayoon pada Julai memohon bagi pembubaran parti itu.
![Polis Thai panggil pemimpin pembangkang berhubung tuduhan berkaitan perhimpunan Polis Thai panggil pemimpin pembangkang berhubung tuduhan berkaitan perhimpunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/61577118013_Thanathorn.jpg)
Polis Thai panggil pemimpin pembangkang berhubung tuduhan berkaitan perhimpunan
Polis telah mengeluarkan arahan kepada pemimpin Future Forward Party (FFP) Thanathorn dan ahli parti, Pairatchote Chantarakhachorn untuk melapor diri di balai polis Pathumwan pad Jumaat.
![Manchester City tipu UEFA? Manchester City tipu UEFA?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/81557822820_sheikhmansour.jpg)
Manchester City tipu UEFA?
Manchester City dilaporkan menyembunyikan sebuah dana pembelian pemain bagi mengelak hukuman Financial Fair Play (FFP) UEFA.