Menjelang tengah hari waktu tempatan, enam lagi akan dikenal pasti dan identiti majoriti mangsa akan disahkan polis pada penghujung hari ini (Rabu).
Bush turut mengesahkan pihak yang terlibat dengan proses identifikasi mangsa akan cuba sedaya upaya melengkapkan proses tersebut walaupun mengambil masa yang agak lama.
Seramai 120 orang termasuk pakar forensik dari luar negara terlibat dalam keseluruhan proses pengecaman dengan pihak berkuasa menumpukan kepada usaha mempercepatkan proses jenazah diserahkan kepada keluarga.
Sebarang kesilapan, katanya, akan melemahkan kes pertuduhan terhadap suspek di mahkamah kelak.
“Kita kena membuktikan sebab kematian yang memuaskan untuk menyakinkan koroner dan hakim. Seseorang itu tidak boleh dijatuhkan hukuman tanpa bukti yang lengkap,” kata Bush pada satu sidang media pada Rabu.
Beliau turut menyatakan, pihak polis mengambil masa 5 minit 39 saat untuk bertindak dan berada di lokasi sebagai respon kepada panggilan yang diterima mengenai kes tragedi solat Jumaat itu.
“Dalam masa 21 minit, pengganas itu, yang kini dalam tahanan polis, sudah ditangkap dan kami dapat menghalang lebih banyak mangsa terkorban.
"Kami juga percaya kami telah berjaya menghalangnya daripada meneruskan serangan di tempat lain,” tambahnya.
Penyerang itu ditangkap dua pegawai polis di Jalan Brougham, susulan dua insiden tembakan di masjid di Deans Ave dan Linwood.
Ikuti sidang media penuh, Mike Bush di bawah: