Seorang anggota polis New York terbunuh selepas ditembak di kepala ketika beliau sedang bertugas di kejiranan Harlem Timur pada Selasa malam.

Pegawai berusia 33 tahun berkenaan sebelum itu datang ke lokasi kejadian selepas menerima laporan mengenai kehadiran seorang lelaki bersenjata yang dipercayai merbahaya.

Mangsa yang parah disahkan meninggal dunia di Hospital Harlem.

Pihak berkuasa turut menemui seorang lelaki yang cedera di kaki akibat terkena tembakan tidak jauh dari lokasi kejadian.

Bagaimanapun, belum dapat dipastikan sama ada kedua-dua kes berkenaan berhubung kait.

Polis juga belum membuat sebarang kenyataan mengenai apa yang berlaku terhadap lelaki bersenjata berkenaan.