TEL AVIV: Polis Israel sedang menyiasat insiden letupan yang mengorbankan seorang mangsa di Tel Aviv pada Ahad.

Komander daerah dan Timbalan Pesuruhjaya Tel Aviv, Peretz Amar mendakwa, insiden itu berkemungkinan mempunyai kaitan dengan serangan pengganas.

"Kami masih tidak tahu (dan) kami sedang memeriksa segala-galanya dan buat masa ini saya boleh mengatakan bahawa ia boleh menjadi tindakan pengganas atau jenayah. Pilihan pengganas lebih munasabah," katanya.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Tel Aviv dalam kenyataan yang dikeluarkan memaklumkan, insiden tersebut disahkan sebagai letupan bom.

Tambah kenyataan tersebut, akibat letupan berkenaan, seorang yang identitinya masih tidak diketahui terbunuh sementara seorang lagi dilaporkan cedera.