BANGKOK: Perdana Menteri sementara Thailand Prayuth Chan o-cha mengumumkan persaraannya daripada arena politik, beberapa hari sebelum Parlimen bersidang mengadakan undian memilih perdana menteri baharu.
Bekas ketua tentera yang mengetuai rampasan kuasa pada 2014 dan kemudian dilantik sebagai perdana menteri pada pilihan raya 2019 itu berkata beliau turut meletak jawatan dalam Parti United Thai Nation (UTN).
"Saya berharap agar pemimpin parti, ahli lembaga eksekutif dan ahli akan meneruskan aktiviti politik dengan ideologi yang kukuh, melindungi dan memelihara negara, agama, dan sistem beraja, serta menjaga rakyat Thailand.
"Saya harap rakyat terus percaya dan menyokong UTN," katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook UTN.
Pengumuman itu dibuat ketika parlimen baharu dijadual bersidang pada Khamis untuk melaksanakan pengundian bagi memilih perdana menteri baharu.
Pengumuman itu sudah dijangka selepas UTN hanya memenangi 36 daripada 500 kerusi dewan pada Pilihan Raya Umum pada 14 Mei lalu.
Pada Isnin, ketua parti UTN Pirapan Salirathavibhag berkata parti itu tidak akan mencalonkan Prayuth sebagai calon perdana menteri parti itu.
Beliau juga mengumumkan bahawa parti itu tidak akan bertanding jawatan perdana menteri.Prayuth yang berusia 69 tahun berkata beliau telah mencapai "banyak kejayaan" sepanjang tempoh sembilan tahun pentadbirannya.
"Saya telah bekerja dengan tekad dan penuh dedikasi untuk melindungi negara, agama, dan sistem beraja demi kepentingan rakyat. Ia mendatangkan keuntungan untuk rakyat.
"Saya berharap kerajaan akan datang akan terus memajukan negara," katanya.Prayuth telah berdepan pelbagai cabaran termasuk kes mahkamah, usul undi tidak percaya dan protes jalanan sepanjang sembilan tahun memegang jawatan perdana menteri.
Parlimen baharu akan bersidang pada Khamis untuk mengadakan undian memilih perdana menteri baharu. Perdana menteri perlu memperoleh sekurang-kurangnya 376 undi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 11 2023

Bekas ketua tentera itu turut meletak jawatan dalam Parti United Thai Nation (UTN). - Gambar fail/AP

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

PM Thailand Prayuth umum bersara dari arena politik
Bekas ketua tentera itu turut meletak jawatan dalam Parti United Thai Nation (UTN).