Perdana Menteri Thailand Jeneral Prayut Chan-o-cha menolak dakwaan pihak tertentu bahawa beliau mengatur pakatan bagi memudahkan bekas perdana menteri Yingluck Shinawatra melarikan diri dari negara ini.
Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan pembabitan pegawai kerajaan tertentu membantu Yingluck berbuat demikian dan berjanji akan mengambil tindakan sewajarnya.
"Mustahil Majlis Kebangsaan bagi Keamanan dan Ketenteraman (NCPO) (membantu Yingluck melarikan diri dari negara ini), melainkan terdapat beberapa 'orang tidak baik' (pegawai) yang mengetepikan tanggungjawab mereka demi mendapatkan habuan, tetapi kami akan menyiasatnya," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet di sini, pada Selasa.
Beliau juga memberi amaran bahawa hukuman akan dikenakan terhadap mereka yang didapati membantu Yingluck melarikan diri dari Thailand.
Kerajaan Thailand dikritik termasuk oleh bekas pemimpin pergerakan 'Baju Kuning' kerana gagal menghalang Yingluck daripada melarikan diri walaupun mengenakan pengawasan ketat terhadap adik perempuan bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra, yang kini hidup dalam buangan.
Yingluck, perdana menteri wanita pertama negara ini, didakwa melarikan diri dua hari sebelum beliau dijadual menghadiri prosiding mahkamah pada Jumaat lepas berhubung pertuduhan cuai dalam pelaksanaan skim subsidi padi semasa pentadbirannya.
Beliau menafikan tuduhan itu.
Prayut berkata kerajaan telah melancarkan siasatan bagi mengumpul maklumat terperinci tentang perbuatan Yingluck melarikan diri dari negara ini termasuk laluan yang mungkin digunakannya untuk berbuat demikian.
Menurutnya Thailand telah menghubungi bebarapa negara di rantau ini termasuk Kemboja dan Singapura serta Emiriah Arab Bersatu untuk mendapatkan maklumat tentang Yingluck.
Beliau merayu semua pihak supaya bersabar kerana kerajaan masih mengumpul maklumat di sebalik tindakan Yingluck dan menasihati rakyat Thailand supaya tidak sewenang-wenangnya menuduh negara tertentu bersubahat dengan wanita itu kerana ia boleh menjejaskan hubungan diplomatik Thailand.
Yingluck didakwa meloloskan diri dari negara ini melalui pekan sempadan Thailand, Koh Chang, yang terletak berhampiran sempadan Kemboja dan mengambil penerbangan ke Singapura sebelum meneruskan perjalanan ke Dubai, di mana abangnya memiliki sebuah rumah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 30 2017
![PM Thailand nafi bantu Yingluck larikan diri PM Thailand nafi bantu Yingluck larikan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/61442414852_PrayutChanOCha.jpg)
PRAYUT: Hukuman akan dikenakan terhadap mereka yang didapati membantu Yingluck melarikan diri dari Thailand.
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Rusuhan London: Kanak-kanak seawal usia 12 tahun dijadual ke mahkamah Rusuhan London: Kanak-kanak seawal usia 12 tahun dijadual ke mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723506060_Londonprotestors.jpg)
Rusuhan London: Kanak-kanak seawal usia 12 tahun dijadual ke mahkamah
Turut hadir, isteri seorang Ahli Majlis Konservatif yang dituduh menggalakkan orang ramai menyerang hotel yang menempatkan pencari suaka.
![Suspek culik Albertine Leo didakwa esok atas 15 pertuduhan Suspek culik Albertine Leo didakwa esok atas 15 pertuduhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61722933382_lelakiyangdisyaki.jpg)
Suspek culik Albertine Leo didakwa esok atas 15 pertuduhan
Suspek kes penculikan kanak-kanak perempuan enam tahun, di Eco Galleria, Iskandar Puteri, akan didakwa esok di mahkamah.
![Sebabkan kematian rakan: Suami isteri terlepas hukuman mati Sebabkan kematian rakan: Suami isteri terlepas hukuman mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41675060525_TBGAVEL.jpg)
Sebabkan kematian rakan: Suami isteri terlepas hukuman mati
Pasangan itu diarah menjalani hukuman penjara mulai tarikh mereka ditangkap iaitu pada 19 Dis 2016.
![Rayuan akhir Peter Anthony selesai, mahkamah tangguh keputusan Rayuan akhir Peter Anthony selesai, mahkamah tangguh keputusan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71678868360_TBPETER.jpg)
Rayuan akhir Peter Anthony selesai, mahkamah tangguh keputusan
Panel tiga hakim membuat keputusan selepas mendengar hujah peguam Datuk Nicholas Kow Eng Chuan dan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin.
![FIFPRO heret FIFA ke mahkamah angkara jadual padat FIFPRO heret FIFA ke mahkamah angkara jadual padat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721789812_GianniInfantino.jpg)
FIFPRO heret FIFA ke mahkamah angkara jadual padat
Kontroversi timbul mengenai kalendar padat berikutan beberapa pengenalan baru dalam Piala Dunia Kelab FIFA dijadual tahun depan di AS.
![Mahkamah Agung Bangladesh batalkan sistem kuota pekerjaan Mahkamah Agung Bangladesh batalkan sistem kuota pekerjaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721110134_protest.jpg)
Mahkamah Agung Bangladesh batalkan sistem kuota pekerjaan
Mahkamah Agung Bangladesh memutuskan bahawa 93 peratus daripada semua pelantikan akan berdasarkan merit berkuat kuasa serta-merta.
![Pengawal keselamatan didakwa miliki buku, lukisan bendera dan video Daish Pengawal keselamatan didakwa miliki buku, lukisan bendera dan video Daish](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690187975_CourtGavel.jpg)
Pengawal keselamatan didakwa miliki buku, lukisan bendera dan video Daish
Muhamad Norulaini Supardi, 33, hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mazuliana Abdul Rashid.
![Mahkamah lepas tanpa bebas suami pukul isteri dengan batang mop, kayu besbol Mahkamah lepas tanpa bebas suami pukul isteri dengan batang mop, kayu besbol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51660220504_TBgavel.jpg)
Mahkamah lepas tanpa bebas suami pukul isteri dengan batang mop, kayu besbol
Mahkamah Sesyen hari ini melepaskan tanpa membebaskan seorang lelaki atas pertuduhan memukul isterinya menggunakan batang mop dan kayu besbol serta membaling kerusi plastik ke atas wanita itu.
![Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683779541_TBNAJIBRAZAK.jpg)
Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum
Berdasarkan sistem e-filing mahkamah, rayuan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 7 Oktober ini.
![Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita didakwa rompak rakan Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita didakwa rompak rakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673948647_TBGAVEL.jpg)
Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita didakwa rompak rakan
Kesemua mereka dakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda dan sebat, jika sabit kesalahan.