MOSCOW: Pasukan tentera tidak dikenali mengepung kediaman Perdana Menteri Sudan, Abdalla Hamdok dan beliau kini dikenakan tahanan di rumah, lapor akhbar harian Arab News.
Empat menteri kabinet dan seorang wakil awam Majlis Berdaulat turut ditahan pada pagi Isnin, menurut akhbar itu memetik laporan TV Al-Hadath.
Gambar yang tular di media sosial menunjukkan Menteri Perindustrian dan Perdagangan Sudan, Ibrahim al-Sheikh, menteri penerangan serta penasihat media Hamdok turut ditahan.
Media tempatan melaporkan penduduk memenuhi jalan-jalan di Khartoum sebagai membantah cubaan rampasan kuasa tentera itu.
Perkhidmatan internet dan telefon turut mengalami gangguan.
Pada Ahad, polis di Khartoum bertindak menggunakan gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan yang menuntut peralihan kuasa daripada tentera kepada kerajaan awam, menurut Sputnik.
Penunjuk perasaan dilaporkan berkumpul berhampiran istana presiden, menghalang beberapa jalan di Khartoum.
Pada Khamis, ribuan penunjuk perasaan mengadakan protes di bandar Khartoum, Omdurman, Nyala, Ed Dueim dan di tempat lain, mereka melaungkan "Hand over power, Burhan" merujuk kepada ketua Majlis Berdaulat, Jeneral Abdel Fattah al-Burhan.
Tempoh majlis peralihan Sudan akan berakhir bulan depan dan selepas itu majlis tentera akan mengambil alih pentadbiran.
Sudan menghadapi rampasan kuasa tentera pada April 2019 menyaksikan Presiden Omar Hassan al-Bashir, yang memerintah selama 30 tahun, digulingkan dan dipenjarakan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 25 2021

Media tempatan melaporkan penduduk memenuhi jalan-jalan di Khartoum sebagai membantah cubaan rampasan kuasa tentera itu. - Foto REUTERS

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

PM Sudan dan 4 menteri ditahan
Pasukan tentera tidak dikenali mengepung kediaman Perdana Menteri Sudan, Abdalla Hamdok dan beliau kini dikenakan tahanan di rumah, lapor akhbar harian Arab News.