TOKYO: Perdana Menteri Jepun baharu, Fumio Kishida berkata beliau akan membubarkan Parlimen minggu depan bagi membolehkan pilihan raya diadakan pada 31 Oktober ini.
Kishida berusaha mendapatkan mandat baharu bagi membolehkannya mengawal pandemik COVID-19, mencergaskan ekonomi negara dan menangani ancaman daripada China serta Korea Utara.
Dalam ucapannya yang pertama selepas dipilih, Kishida berkata tawaran Kabinet di bawahnya akan beri keutamaan kepada soal memerangi COVID-19 dan kesannya kepada ekonomi negara.
"Pertama sekali, saya akan lakukan segala yang termampu bagi mengawal penularan COVID-19 dan ini merupakan tumpuan utama saya.
"Kami harus menjelaskan dengan terperinci keadaan sebenar kepada rakyat supaya mereka faham segala tindakan kita dan kami harus sentiasa bersedia untuk lakukan apa sahaja bagi menangangi apa jua keadaan yang dihadapi," katanya.
Selepas dilantik, beliau segera mengumumkan senarai barisan Kabinetnya.
Antara lain, beliau yang juga pemimpin Parti Demokratik Liberal (LDP) Jepun membentuk Kabinet yang kebanyakkan muka-muka baharu dari pentadbiran sebelumnya.
BACA: PM Jepun Fumio Kishida umum barisan Kabinet baharu
Kishida melantik 13 muka baharu ke jawatan menteri, termasuk Menteri Ekonomi dan Dasar Fiskal, Daishiro Yamagiwa dan Takayuki Kobayashi, yang akan mengambil jawatan baru untuk keamanan ekonomi dengan tanggungjawab merangka strategi nasional.
Menteri Luar dan Menteri Pertahanan masih kekal disandang oleh Toshimitsu Motegi dan Nobuo Kishi demi meneruskan hubungan bilateral erat antara negara matahari terbit itu bersama Amerika Syarikat.
Terdapat tiga wanita di kabinet baharu itu, iaitu Menteri Vaksinasi, Noriko Horiuchi; Menteri Reformasi Pentadbiran, Karen Makishima, dan Seiko Noda, menteri yang bertanggungjawab terhadap kesetaraan gender dan mewujudkan agensi baru untuk dasar anak-anak.
Kishida, bekas Menteri Luar, menjadi Perdana Menteri Jepun menggantikan Yoshihide Suga yang letak jawatan bulan lalu, di tengah-tengah kritikan terhadap tindak balas beliau dalam mengendalikan pandemik.
BACA: Kabinet PM Jepun Suga letak jawatan
BACA: PM Jepun Yoshihide Suga bakal letak jawatan
Astro Awani
Tue Oct 05 2021
![PM Jepun umum bubar Parlimen minggu hadapan, PRU 31 Oktober PM Jepun umum bubar Parlimen minggu hadapan, PRU 31 Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41633349994_TBFUMIO.jpg)
Kishida berkata beliau akan membubarkan Parlimen minggu depan bagi membolehkan pilihan raya diadakan pada 31 Oktober ini. -Gambar fail/AP
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Jepun akhirnya tamatkan penggunaan cakera liut untuk urusan kerajaan Jepun akhirnya tamatkan penggunaan cakera liut untuk urusan kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720000828_floppydisk.jpg)
Jepun akhirnya tamatkan penggunaan cakera liut untuk urusan kerajaan
Menteri Digital Jepun, Taro Kono berkata penggunaan cakera liut secara rasmi tidak lagi dilakukan pada 29 Jun.
![KKM belum terima maklumat lanjut sindrom STSS di Jepun - Dzulkefly KKM belum terima maklumat lanjut sindrom STSS di Jepun - Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719737885_DzulkeflyAhmad.jpg)
KKM belum terima maklumat lanjut sindrom STSS di Jepun - Dzulkefly
Kementerian Kesihatan (KKM) belum mendapat maklumat lanjut berhubung kes Sindrom Kejutan Toksik Streptococcal (STSS) yang sedang melanda Jepun.
![Jepun mulakan pelepasan ke-7 air sisa nuklear Fukushima Jepun mulakan pelepasan ke-7 air sisa nuklear Fukushima](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41711929495_FukushimaDaiichi.jpg)
Jepun mulakan pelepasan ke-7 air sisa nuklear Fukushima
Jepun pada Jumaat memulakan pusingan ketujuh pelepasan air sisa tercemar nuklear dari Loji Kuasa Nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik.
![Iklan Mechamato terpampang di Tokyo curi perhatian netizen Iklan Mechamato terpampang di Tokyo curi perhatian netizen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719310851_mechamato.jpg)
Iklan Mechamato terpampang di Tokyo curi perhatian netizen
Siri animasi Mechamato sekali lagi mencuri perhatian peminat animasi tempatan dan luar negara apabila iklan animasi itu terpampang di papan iklan di Tokyo, baru-baru ini.
![Hampir 10,000 penduduk di Kagoshima, Jepun dipindah akibat hujan lebat Hampir 10,000 penduduk di Kagoshima, Jepun dipindah akibat hujan lebat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718439218_FLOOD.jpg)
Hampir 10,000 penduduk di Kagoshima, Jepun dipindah akibat hujan lebat
Hampir 10,000 penduduk bandar Tokunoshima di wilayah Kagoshima, barat daya Jepun dipindahkan akibat ancaman tanah runtuh susulan hujan lebat, menurut pihak berkuasa, lapor Sputnik.
![Johari Abdul hadiri makan malam dihoskan rakan sejawat di Jepun, Fukushiro Nukaga Johari Abdul hadiri makan malam dihoskan rakan sejawat di Jepun, Fukushiro Nukaga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717538469_JohariAbdul.jpg)
Johari Abdul hadiri makan malam dihoskan rakan sejawat di Jepun, Fukushiro Nukaga
Majlis itu diadakan di Kediaman Rasmi Speaker di Chiyoda di Tokyo dan turut dihadiri oleh isteri Nukaga iaitu Mieko.
![Johari diberi penghormatan oleh rakan sejawat dari Jepun pada sesi pleno Johari diberi penghormatan oleh rakan sejawat dari Jepun pada sesi pleno](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717511968_TBJOHARITOKYO.jpg)
Johari diberi penghormatan oleh rakan sejawat dari Jepun pada sesi pleno
Nukaga yang mempengerusikan sesi itu, mengalu-alukan ketibaan Johari dan delegasi Parlimen Malaysia dengan disusuli tepukan gemuruh.
![Kesuma teroka kepakaran, teknologi dan kemahiran Jepun pertingkat keupayaan Perkeso Kesuma teroka kepakaran, teknologi dan kemahiran Jepun pertingkat keupayaan Perkeso](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715769258_StevenSimCheeKeon.jpg)
Kesuma teroka kepakaran, teknologi dan kemahiran Jepun pertingkat keupayaan Perkeso
Kerjasama menerusi Perkeso dengan pelopor teknologi moden pemulihan anggota berpangkalan di Tsukuba, Cyberdyne Inc, memberi nilai tambah.
![Johari ketuai delegasi Parlimen Malaysia ke Jepun Johari ketuai delegasi Parlimen Malaysia ke Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713518091_JohariAbdul.jpg)
Johari ketuai delegasi Parlimen Malaysia ke Jepun
Menurut Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat, lawatan rasmi itu atas undangan Speaker Dewan Perwakilan Jepun Fukushiro Nukaga.
![Pemimpin Korea Selatan, China dan Jepun bertemu untuk dialog tiga pihak pertama sejak 2019 Pemimpin Korea Selatan, China dan Jepun bertemu untuk dialog tiga pihak pertama sejak 2019](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716760353_YoonSukYeolLiQiang.jpg)
Pemimpin Korea Selatan, China dan Jepun bertemu untuk dialog tiga pihak pertama sejak 2019
Ini menandakan sidang kemuncak tiga pihak pertama antara negara-negara Asia berkenaan sejak Disember 2019.