Agensi Meteorologi Jepun mengeluarkan nasihat pertama untuk kawasan sekitar Palung Nankai beberapa jam selepas gempa bumi berukuran 7.1 magnitud melanda barat daya negara itu pada Khamis.
Berita Kyodo melaporkan Kishida berkata pada sidang media selepas menghadiri upacara keamanan di Nagasaki yang menandakan ulang tahun ke-79 pengeboman atom oleh Amerika Syarikat (AS), bahawa beliau membatalkan lawatan luar negara untuk "memberi tumpuan kepada tindak balas kerajaan dan penyebaran maklumat" mengenai potensi gempa bumi besar.
"Sebagai pegawai tertinggi yang bertanggungjawab dalam pengurusan krisis negara, sebagai langkah berjaga-jaga tambahan, saya harus kekal di Jepun sekurang-kurangnya selama seminggu," sambil agensi cuaca menyeru orang ramai untuk bersiap sedia menghadapi senario sedemikian, tambah Kishida.
Kishida dijadualkan menghadiri sidang kemuncak pertama Jepun dengan negara Asia Tengah -- Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Turkmenistan dan Uzbekistan -- di Astana, ibu negara Kazakhstan, pada malam Jumaat.
Di ibu negara Mongolia, Ulaanbaatar pada Isnin, pemimpin Jepun itu dijadualkan bertemu dengan Presiden negara itu Ukhnaa Khurelsukh dan Perdana Menteri Luvsannamsrai Oyun-Erdene.
-- BERNAMA