WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) telah memindahkan seorang banduan di kemudahan tahanan Guantanamo ke Belize, umum Jabatan Pertahanan dalam satu kenyataan pada Khamis, lapor Sputnik.
"Jabatan Pertahanan hari ini mengumumkan pemindahan Majid Khan dari kemudahan tahanan di Teluk Guantanamo ke Belize.
"AS menghargai kesediaan kerajaan Belize dan rakan kongsi lain untuk menyokong usaha berterusan AS yang memberi tumpuan kepada pengurangan tahanan dan akhirnya menutup kemudahan Teluk Guantanamo," menurut kenyataan itu.
Pada 2021, Khan dijatuhi hukuman penjara selama sepuluh tahun pada 2021.
Khan meninggalkan kemudahan itu pada Khamis - banduan pertama yang dipindahkan oleh pentadbiran Presiden Joe Biden - dan telah pun tiba di Belize, lapor media, memetik pegawai AS.
Khan, warga Pakistan dan satu-satunya pemastautin AS yang sah dan telah diberikan suaka di AS pada 1998.
Laporan itu menyatakan bahawa Khan telah ditahan di Karachi pada 2003, walaupun tempoh hukumannya tamat pada 1 Mac 2022, dia tidak boleh kembali ke AS.
Atas sebab itu pentadbiran Biden menghubungi beberapa negara termasuk Belize.
Pemindahan dua lagi tahanan dari Pakistan Abdul Rahim Ghulam Rabbani dan Mohammed Ahmed Ghulam Rabbani mungkin akan diselesaikan dalam beberapa minggu lagi.
Menurut Jabatan Pertahanan, daripada 34 tahanan yang ada di Teluk Guantanamo sebanyak 20 layak untuk dipindahkan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 03 2023

Pemandangan di luar kemudahan Teluk Guantanamo di Cuba, 29 Ogos 2021. - Gambar fail AP

Aidilfitri: JBPM beku 70 peratus cuti pegawai, anggota
JBPM membekukan 70 peratus atau 11,500 cuti pegawai dan anggotanya bagi memastikan kesiapsiagaan menghadapi kecemasan sepanjang musim perayaan Aidilfitri berada pada tahap tertinggi.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS berikutan sentimen yang lebih positif terhadap mata wang tempatan itu, kata seorang penganalisis.

Minat terhadap saham mewah dorong FBM KLCI ditutup tinggi
Indeks penanda aras Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat, disokong oleh minat belian baharu terhadap saham mewah, kata penganalisis.

PM luang masa kunjungi Bazar Ramadan Astaka Jalan Padang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa berkunjung serta beramah mesra bersama peniaga dan pengunjung Bazar Ramadan Astaka Jalan Padang di sini hari ini.

Tahap kebahagiaan Malaysia lebih tinggi berbanding tahap purata global - Ipsos
Malaysia mencatatkan tahap kebahagiaan yang lebih tinggi berbanding tahap purata kebahagiaan global malah mengatasi beberapa negara maju di Asia, demikian menurut Indeks Kebahagiaan Ipsos 2025.

Banjir: Jumlah mangsa di Johor dan Sarawak bertambah, Sabah semakin baik
Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor dan Sarawak meningkat setakat 4 petang ini, manakala di Sabah semakin baik.

Chang Lih Kang umum pertahan jawatan Naib Presiden PKR
Naib Presiden PKR Chang Lih Kang hari ini mengumumkan akan bertanding bagi mempertahankan jawatan itu pada pemilihan parti berkenaan, 24 Mei ini.

PM Anwar pengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Terengganu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Terengganu di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Wilayah Timur.

Masyarakat jangan jadikan kanak-kanak bahan kandungan media sosial - Nancy
Masyarakat secara amnya tidak sepatutnya menjadikan kanak-kanak sebagai bahan kandungan di laman media sosial masing-masing.

LTAT aktifkan sukarelawan Jalinan Wira, perkukuh komitmen terhadap pencarum
Bagi menghargai jasa anggota ATM, serta selari aspirasi Malaysia Madani, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) telah mengaktifkan pasukan sukarelawan Jalinan Wira.

AS pindahkan tahanan Guantanamo Majid Khan ke Belize - Pentagon
AS menghargai kesediaan Belize dan rakan kongsi menyokong usaha berterusan AS yang memberi tumpuan kepada pengurangan tahanan.

5 maut dalam nahas helikopter di Cuba
Pesawat itu terhempas di lokasi tinggi setelah berlepas dari wilayah timur Holguin untuk perjalanan singkat ke Guantanamo.

Trump mahu Penjara Teluk Guantanamo terus dibuka
Presiden Donald Trump mengarahkan pihak tentera Amerika Syarikat (AS) untuk terus mengekalkan operasi penjara Teluk Guantanamo, Cuba.

Tahanan Guantanamo warga Malaysia mungkin dihantar pulang - TPM Zahid
Perkara itu dimaklumkan dalam pertemuan beliau dengan Perutusan Khas Amerika Syarikat Mengenai Penutupan Guantanamo, Lee Wolowsky di sini pada Rabu.