Pilihan raya umum Thailand pada 24 Mac nanti akan membawa negara Asia Tenggara ke arah demokrasi yang lebih matang dan mampan.
Duta Thailand ke Malaysia, Narong Sasitorn berkata, amalan demokrasi di negara itu sejak 1932, akan menjadikan ia lebih mantap serta mengukuhkannya lagi bagi memperkasakan nilai demokrasi.
"Sudah tentu, seperti (negara) lain, selalu terdapat halangan serta kekangan tetapi saya fikir Thailand dan rakyatnya telah menunjukkan mereka sentiasa bersedia melakukan lonjakan ini.
"Thailand mempunyai idea tersendiri tentang cara memupuk demokrasi ke arah lebih mampan dan stabil. Kestabilan juga sangat penting.
"Melihat kepada perkembangan demokratik itu, cabaran sering dilalui setiap kali berlakunya peralihan sementara tetapi akan kembali semula ke landasan bersama dengan komitmen lebih teguh. Keadaan sama akan dapat dilihat pada pilihan raya umum kali ini."
Sasitorn berkata demikian ketika ditemu bual Perkhidmatan Berita Antarabangsa Bernama pada hari pengundian awal untuk pengundi luar negara di kedutaan Thailand di Malaysia di sini pada Sabtu.
Proses pengundian itu bermula dari 8 pagi hingga 5 petang.
Seramai 5,183 rakyat Thailand telah mendaftar sebagai pengundi luar negara di Malaysia.
Proses pengundian awal berlangsung di Johor Bahru, Kuching dan Kota Bharu di unit mudah alih berasingan pada Jumaat, dan di Kuala Lumpur serta di pejabat konsulat di Pulau Pinang dan Kuantan pada Sabtu.
Keseluruhan seramai 119,184 rakyat Thai yang menetap di luar negara mendaftar sebagai pengundi luar negara dalam pilihan raya yang pertama sejak rampasan kuasa tentera 2014.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Thailand, pengundi di luar negara boleh mengundi dari 4 hingga 16 Mac.
Pumin Bunpa, 25, pekerja sokongan teknologi maklumat yang mengundi di pejabat kedutaan di Kuala Lumpur berkata, sudah lama menanti saat untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai rakyat Thailand.
"Ini saat yang paling saya nantikan untuk menyatakan hak saya dan memilih pemimpin terbaik mentadbir negara," kata Bunpa yang berasal dari Suratthani dan mengundi buat pertama kali.
Sementara itu Nureda Umar, 26, yang mengundi kali kedua berharap Thailand "baharu" dapat diwujudkan yang membantu rakyat dengan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dan ekonomi lebih baik.
"Saya mahu melihat penambahbaikan kerana itu saya mengundi dan berharap senario akan berbeza selepas 24 Mac," katanya yang berasal dari Narathiwat.
Pilihan raya umum kali ini menyaksikan seramai 51,419,975 pengundi yang layak, termasuk 7,339,772 pengundi kali pertama.
Pada tahun lepas jumlah penduduk Thailand dianggarkan seramai 66,413,979 orang.
Sejumlah 68 calon akan bertanding merebut jawatan Perdana Menteri, termasuk Perdana Menteri, Prayut Chan-o-Cha.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 09 2019

Sebahagian rakyat Thailand berbaris untuk mengundi awal bagi Pilihan Raya di Kedutaan Thailand, Kuala Lumpur, 9 Mac, 2019. --fotoBERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.

Penumpuan kuasa, kelemahan institusi punca tercicir keadilan - Sultan Nazrin
Penumpuan kuasa dan kelemahan ketara mana-mana institusi berkenaan juga mendorong kepada penyalahgunaan kuasa dan mengakibatkan perpecahan rakyat.

Demokrasi di Malaysia luar biasa, contoh terbaik untuk diteladani - Duta AS
Beberapa peralihan kerajaan secara teratur tanpa sebarang rusuhan membuktikan kebijaksanaan sistem demokrasi di Malaysia.

Muhammad Yunus insan penuh belas kasihan yang dunia perlukan - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Ketua Penasihat Kerajaan Sementara Bangladesh Dr Muhammad Yunus sebagai insan yang penuh belas kasihan yang dunia perlukan.

#PeringatanDarurat: 'Ini bukan negara milik keluarga tertentu' - Aktor Indonesia Reza Rahadian ikut protes jalanan
Terdahulu, Mahkamah Konstitusi (MK) memutuskan mengubah had usia pencalonan kepala daerah yang dicadangkan oleh Parti Buruh dan Gelora.

'Demokrasi AS berakhir jika saya tewas pilihan raya' - Trump
Trump memberitahu penyokongnya jika beliau tidak memenangi pilihan raya, ia bermakna kemungkinan demokrasi AS akan berakhir.

Indeks Demokrasi: Malaysia rekod skor tertinggi dalam kalangan negara ASEAN
Malaysia tersenarai sebagai negara dengan indeks demokrasi tertinggi di Asia Tenggara pada 2023.

Thailand di kedudukan ke-63 Indeks Demokrasi EIU 2023
Indeks itu berdasarkan 5 kategori iaitu proses pilihan raya dan pluralisme, kebebasan sivil, fungsi kerajaan, penyertaan politik dan budaya politik.

Akta Berparlimen Berpenggal: Jangan ketepikan kuasa YDP Agong - Nazri Aziz
Mohamed Nazri menjelaskan sekiranya kerajaan mahu melaksanakan akta tersebut, rundingan perlu diadakan dengan Raja-Raja Melayu kerana ia melibatkan kuasa Yang Dipertuan Agong.

Perutusan bersama tahun baharu 2024
Pada tahun 2024, marilah kita memperkasakan institusi raja berperlembagaan, demokrasi berparlimen, federalisme, dan kedaulatan undang-undang.