Pembuat kereta Perancis, Peugeot, kini mengadakan perbincangan serius dengan syarikat Malaysia, Proton Holdings Bhd mengenai kemungkinan mewujudkan jalinan perkongsian, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Ia belum dimuktamadkan lagi namun boleh menjadi satu kemungkinan," katanya semasa sidang media bersama dengan Presiden Perancis, Francois Hollande di Perdana Putra di sini, hari ini.
Hollande tiba di Malaysia semalam bagi lawatan negara, yang merupakan sebahagian lawatan pertamanya ke ASEAN, selain ke Singapura dan Indonesia.
Pada Februari, dilaporkan Peugeot telah menyerahkan bidaan untuk membeli pegangan dalam Proton.
Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata, kedua-dua pemimpin turut berbincang mengenai pelaburan perdagangan dua hala antara Malaysia dan Perancis, yang bernilai RM15.2 bilion dan Perancis merupakan rakan dagang ke-18 terbesar bagi Malaysia.
"Perdagangan lebih berpihak kepada Perancis memandangkan Malaysia membeli sejumlah besar kelengkapan modal setiap tahun seperti kelengkapan kapal terbang, kapal dan berkaitan pertahanan dan keselamatan," katanya.
Najib berkata Malaysia mengakui syarikat Perancis memainkan peranan dan mempunyai sumbangan besar, dengan 60,000 rakyat Malaysia bekerja dengan syarikat berpangkalan di Perancis seperti STMicroelectronics, Lafarge dan Technip di Malaysia.
Mengenai kepentingan industri minyak sawit, Najib mengucapkan terima kasih kepada Hollande yang tidak bersetuju terhadap Rang Undang-undang untuk mengenakan cukai ke atas minyak sawit Malaysia.
Beliau berkata, ia merupakan galakan kepada Malaysia.
Najib berkata, beliau dan Hollande turut berbincang mengenai kepentingan industri minyak sawit, memandangkan lebih 600,000 individu bergantung dengan industri itu, dan minyak sawit dibangunkan secara lestari di Malaysia.
"Kami (Malaysia) akan memastikan ia mesra alam dan menjamin pembangunan seimbang di negara ini memandangkan ramai yang bergantung kepada minyak sawit sebagai sumber kehidupan.
"Kami turut membangunkan piawaian Malaysia, dan berharap ia akan diterima oleh Kesatuan Eropah, atau Perancis...dan ia sudah tentu satu sokongan yang besar kepada kami," katanya.
Tahun lepas, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong mengatakan bahawa Malaysia, pengeluar minyak sawit utama, akan berusaha menyakinkan Perancis supaya tidak menaikkan duti ke atas minyak sawit Malaysia yang ketika ini dikenakan cukai import 21 peratus.
Najib berkata, mesyuarat dua hala itu juga membincangkan kerjasama dalam bidang pelancongan dan pembangunan modal insan selain isu antarabangsa dan serantau.
"Keseluruhannya, mesyuarat dengan Hollande merupakan satu perbincangan yang berhasil dan saya yakin lawatan beliau sudah pasti akan mengeratkan dan mengukuhkan lagi hubungan rapat sedia ada kedua-dua negara," katanya. -- Bernama
Bernama
Tue Mar 28 2017
![Peugeot, Proton bincang kemungkinan jalin perkongsian - PM Najib Peugeot, Proton bincang kemungkinan jalin perkongsian - PM Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/81490699163_950x600.jpg)
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa sidang media bersama dengan Presiden Perancis, Francois Hollande di Perdana Putra hari ini. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Jenayah: Polis sahkan suspek teman lelaki Nur Farah Kartini
Lelaki yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, adalah teman lelakinya.
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Seorang penjawat awam yang dikaitkan dengan penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes tersebut.
[TERKINI] Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Tidak ada maklumat lanjut berkaitan sidang media berkenaan walaupun desas desus mengatakan ia melibatkan kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
Bukan masa sesuai untuk perkenalkan semula GST - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata bukan masa sesuai untuk perkenal semula GST. Katanya, kerajaan hanya akan perkenalkan cukai yang tidak memberi kesan kepada golongan rentan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
![Anda kini boleh uji iOS 18 Public Beta Anda kini boleh uji iOS 18 Public Beta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721100842_iOSPublicBeta.jpg)
Anda kini boleh uji iOS 18 Public Beta
Walaupun iOS 18 Public Beta sedia dimuat turun, ia masih lagi dalam peringkat pembangunan dan ujian.
Saya 'pelik' soalan YB Hulu Terengganu - Timbalan Menteri KPDN
Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh pelik dengan soalan YB Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid yang mengaitkan harga barang naik dan subsidi diesel antara faktor kekalahan PH di Sungai Bakap.
#SisiTVParlimen #AWANInews
#SisiTVParlimen #AWANInews
PKPS 2.0: LHDN kutip RM512.6 juta - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata LHDN sudah mengutip RM512.6 juta melalui Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0 yang bermula 6 Jun 2023 hingga 31 Mei lalu.
#SisiTVParlimen #AWANInews
#SisiTVParlimen #AWANInews
![Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan
Pada 9.19 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.20 mata kepada 1,630.02 daripada 1,629.82 ketika ditutup pada Isnin.
![Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 16 Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-07/41437207555_PolisLogo.jpg)
Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 16
Polis Daerah Putrajaya menerima panggilan MERS 999 memaklumkan mengenai kejadian kanak-kanak jatuh bangunan sekitar pukul 7.50 pagi tadi.
AWANI Pagi: Hidup bersama COVID-19
Jom ketahui semua info penting tentang “Hidup Bersama COVID-19”! Langkah, pengurusan kes, vaksin, dan banyak lagi bersama Dr Aznida Mohamad Zaki, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia dalam Awani Pagi Selasa, 8.30 pagi.
![Presiden Perancis akhiri lawatan negara dua hari ke Malaysia Presiden Perancis akhiri lawatan negara dua hari ke Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/51490754535_FrancoisHollande.jpg)
Presiden Perancis akhiri lawatan negara dua hari ke Malaysia
Dalam lawatannya, Hollande diiringi oleh menteri-menterinya, anggota parlimen, pegawai-pegawai dan delegasi perniagaan.
![Michelle Yeoh dianugerah Legion D'Honneur, Perancis Michelle Yeoh dianugerah Legion D'Honneur, Perancis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/61490716488_FrancoisHollande.jpg)
Michelle Yeoh dianugerah Legion D'Honneur, Perancis
Beliau dianugerahi darjah 'the Commander of the Legion d'Honneur' oleh presiden Francois Hollande dalam satu majlis di kediaman duta besar Perancis di sini pada Selasa.
![Songket Malaysia bakal diketengahkan di muzium Perancis Songket Malaysia bakal diketengahkan di muzium Perancis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/81490714457_FrancoisHollande.jpg)
Songket Malaysia bakal diketengahkan di muzium Perancis
MoU akan mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua kerajaan dan mencipta lebih peluang untuk pertukaran budaya.
![Lawatan Hollande akan lonjakkan pelaburan syarikat Perancis di Malaysia - Mustapa Lawatan Hollande akan lonjakkan pelaburan syarikat Perancis di Malaysia - Mustapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/61490717067_FrancoisHollande.jpg)
Lawatan Hollande akan lonjakkan pelaburan syarikat Perancis di Malaysia - Mustapa
Kini terdapat sekurang-kurangnya 270 syarikat Perancis beroperasi di sini dengan nilai pelaburan RM15 bilion, dalam sektor seperti pembuatan, perkhidmatan dan kewangan.
![Peugeot, Proton bincang kemungkinan jalin perkongsian - PM Najib Peugeot, Proton bincang kemungkinan jalin perkongsian - PM Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/81490699163_950x600.jpg)
Peugeot, Proton bincang kemungkinan jalin perkongsian - PM Najib
Pembuat kereta Perancis, Peugeot, kini mengadakan perbincangan serius dengan Proton Holdings Bhd mengenai kemungkinan mewujudkan jalinan perkongsian.
![Malaysia, Perancis terus komited perkukuhkan hubungan Malaysia, Perancis terus komited perkukuhkan hubungan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/81490683206_FrancoisHollande.jpg)
Malaysia, Perancis terus komited perkukuhkan hubungan
Perancis ingin terus memastikan hubungan rapat antara dengan Malaysia dikekalkan.
![Francois Hollande terima sambutan negara Francois Hollande terima sambutan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/71490668249_FrancoisHollande.jpg)
Francois Hollande terima sambutan negara
Presiden Perancis Francois Hollande yang tiba untuk lawatan negara dua hari ke Malaysia, diberi sambutan negara di Dataran Parlimen di sini, hari ini.
![Hollande tiba di Malaysia untuk lawatan negara dua hari Hollande tiba di Malaysia untuk lawatan negara dua hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/81490626420_FrancoisHollonde.jpg)
Hollande tiba di Malaysia untuk lawatan negara dua hari
Presiden Perancis Francois Hollande tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL di sini, hari ini untuk memulakan lawatan negara dua hari di Malaysia.
![Sekatan imigresen Trump bersifat diskriminasi Sekatan imigresen Trump bersifat diskriminasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/51445773201_MohamedMustafaIsha.jpg)
Sekatan imigresen Trump bersifat diskriminasi
Sekatan imigresen Presiden Amerika Syarikat Donald Trump kepada warga Islam dari tujuh negara disifatkan tidak wajar dan bersifat diskriminasi.
![Sekatan kemasukan AS: Presiden Perancis beri amaran kepada Trump Sekatan kemasukan AS: Presiden Perancis beri amaran kepada Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/81485663925_francoishollande.jpg)
Sekatan kemasukan AS: Presiden Perancis beri amaran kepada Trump
"Dalam dunia yang tidak stabil dan tidak menentu ini, bertindak secara 'inward' merupakan satu jalan buntu," kata Hollande kepada Trump dalam perbualan telefon rasmi pertama antara mereka.