TARRANT COUNTY: Sebuah pesawat tentera terhempas di kawasan perumahan di Lake Worth, Texas, Amerika Syarikat pada Ahad.
Kejadian turut menyebabkan kerosakan pada beberapa kediaman selain gangguan pada bekalan elektrik.
Pada sidang media, Ketua Polis Lake Worth JT Manoushagian mengesahkan kedua-dua juruterbang pesawat cedera dan sedang menerima rawatan.
Ketika pihak berkuasa tiba di tempat kejadian, mereka mendapati payung terjun salah seorang juruterbang tersangkut pada tiang elektrik.
Seorang lagi juruterbang ditemui di kawasan berdekatan.
Tiada kecederaan dialami oleh penduduk, namun tiga rumah dilaporkan mengalami kerosakan dalam nahas itu.
Rakaman yang tular di media sosial menunjukkan kepulan asap memenuhi ruang udara selepas kejadian.
Pesawat tersebut dilaporkan sebagai jet latihan, namun modelnya tidak didedahkan.
Difahamkan kawasan kejiranan itu kerap digunakan oleh tentera bagi menjalani misi latihan.
Siasatan sedang dijalankan dan perincian tepat tentang misi latihan belum diketahui.
Agensi
Mon Sep 20 2021
Rakaman yang tular di media sosial menunjukkan kepulan asap memenuhi ruang udara selepas kejadian. -Reuters
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
China sasar penembusan pengguna 5G lebih 85 peratus menjelang akhir 2027
Setakat akhir September tahun ini, jumlah stesen pangkalan 5G di China mencapai kira-kira 4.09 juta.
Helikopter bawa 20 anggota marin AS terhempas di Australia
Helikopter tentera V-22 Osprey, yang membawa kira-kira 20 anggota marin AS, terhempas semasa latihan Predators Run di luar pantai bandar Darwin di utara Australia.
Helikopter terhempas, empat tentera Australia diisytihar terkorban
Empat tentera Australia yang dilapor hilang selepas nahas helikopter lewat minggu lalu telah diisytiharkan terkorban, lapor Sputnik memetik Menteri Pertahanan Australia Richard Marles pada Isnin.
Pesawat tentera terhempas di kawasan perumahan Texas
Kejadian turut menyebabkan kerosakan pada beberapa kediaman selain gangguan pada bekalan elektrik.
Kelas, latihan baharu di Pulapol, kem tentera tidak dibenarkan - Ismail Sabri
Ini kerana ia melibatkan kumpulan yang ramai dan besar malah berisiko tinggi dijangkiti wabak COVID-19.
Korea Selatan lancar latihan tentera susulan ujian nuklear Korea Utara
Pada Ahad, Korea Utara mendakwa telah berjaya melancarkan ujian nuklear menggunakan bom hidrogen.