Timbalan Perdana Menteri Kazakhstan, Roman Sklyar memaklumkan pesawat milik Bek Air yang terhempas di Almaty pada Jumaat menemui dua corak pada bahagian tepi pesawat yang dikenal pasti sebagai Fokker-100 itu.
Dalam satu sidang media, Sklyar turut menjelaskan pesawat tersebut menyentuh landasan dua kali semasa berlepas dan kerosakan berlaku pada bahagian depan pesawat.
"Hari ini, kami mendapati dua corak pada bahagian tepi pesawat iaitu pada bahagian ekor pesawat pada jarak antara 300-400 meter yang bermaksud pesawat menyentuh landasan dua kali ketika berlepas.
"Kebanyakan penumpang yang berada pada bahagian hadapan pesawat terkorban. Perakam penerbangan telah dijumpai dan telah dibawa untuk diperiksa," ujarnya.
Kejadian tersebut telah menyebabkan sekurang-kurangnya 12 maut manakala lebih 50 yang lain cedera dan kini sedang menerima rawatan di hospital.
BACA: 7 terbunuh dalam tragedi pesawat terhempas di Kazakhstan
Pesawat yang membawa 98 penumpang itu hilang kawalan semasa berlepas, sebelum melanggar pagar konkrit dan sebuah bangunan dua tingkat.
Pesawat tersebut dijadualkan berlepas ke ibu kota negara itu, Nur-Sultan dari Almaty.
Menurut pihak berkuasa, semua pesawat milik Bek Air yang menggunakan model Fokker-100 di Kazakhstan kini digantung sehingga siasatan lanjut selesai.
Agensi
Fri Dec 27 2019

Kejadian tersebut telah menyebabkan sekurang-kurangnya 12 maut manakala lebih 50 yang lain cedera dan kini sedang menerima rawatan di hospital. - Foto: AP NEWSROOM

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

AirAsia X mulakan penerbangan terus ke Kazakhstan hari ini
AirAsia X (AAX) yang melebarkan sayapnya ke Asia Tengah melancarkan penerbangan terus pertamanya ke Almaty, Kazakhstan hari ini.

AirAsia X lebar sayap ke Kazakhstan, tawar tambang serendah RM99
Benyamin Ismail berkata, ia adalah pasaran baru sepenuhnya bagi AAX dan merupakan laluan strategik untuk diteroka secara lebih luas.

Selangor beri RM10,000 masing-masing kepada 4 atlet negeri ke Sukan Olimpik Tokyo - Exco
Kerajaan negeri Selangor akan memberi sumbangan wang tunai RM10,000 masing-masing kepada empat atlet negeri itu yang akan bersaing pada temasya Sukan Olimpik Tokyo, bermula 23 Julai ini.

Connie menang emas, Jonathan peroleh perak di Kazakhstan
Pelempar cakera wanita negara Connie Chu Kang Ni memenangi emas pada hari pembukaan Kejohanan Olahraga Qasanov di Almaty, Kazakhstan.

Rakaman pesawat Bek Air dihantar ke Moscow untuk dianalisis
Rakaman pesawat milik Bek Air yang terhempas di Almaty, Kazakhstan pada Jumaat sudah ditemui dan kini dalam perjalanan untuk dianalisis di Moscow.

Pesawat sentuh landasan dua kali selepas berlepas - TPM Kazakhstan
Skylar turut menjelaskan pesawat tersebut menyentuh landasan dua kali semasa berlepas dan kerosakan berlaku pada bahagian depan pesawat.

7 terbunuh dalam tragedi pesawat terhempas di Kazakhstan
Tujuh penumpang terbunuh selepas sebuah pesawat terhempas di Almaty, Kazakhstan dalam tragedi yang berlaku pada Jumaat.

Majlis resepsi perkahwinan belah menantu Najib di Almaty, Kazakhstan
Majlis resepsi perkahwinan anak perempuan perdana menteri, Nooryana Najwa Najib dan pasangannya Daniyar Kesikkba, telah diadakan di Almaty, Kazakhstan.