Sebuah pesawat Rusia telah terhempas di pusat bandar Sinai membabitkan lebih daripada 200 penumpang dan anak kapal dan insiden tersebut telah disahkan pejabat Perdana Menteri Mesir dalam satu kenyataan media.
Pejabat Perdana Menteri Sharif Ismail dalam kenyataan yang sama juga berkata bangkai pesawat tersebut telah ditemui di kawasan pergunungan di Sinai.
"45 ambulans telah dikerahkan ke tempat kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang cedera dan maut.
"Perdana Menteri dijangkakan akan mengadakan pertemuan dengan kementerian-kementerian serta pihak berkuasa yang berkaitan bagi mendapatkan perkembangan terbaru insiden pesawat Rusia itu," tambah kenyataan itu,
Sementara itu, pihak berkuasa penerbangan Rusia Rosaviatsiya berkata dalam satu kenyataan bahawa penerbangan 9268 meninggalkan Sharm el-Sheikh pada 6:51 pagi waktu Moscow dan dijangka tiba di Lapangan Terbang St Petersburg Pulkovo jam 12.10 tengah hari.
Pihak berkuasa berkata, pesawat itu gagal membuat hubungan radio yang dijadualkan dengan pusat kawalan trafik udara Cyprus 23 minit selepas berlepas dan hilang daripada radar.
Pesawat model Airbus A-321 baru sahaja berlepas dari Sharm el-Sheikh di Laut Merah, dalam perjalanan ke bandar St Petersburg, Rusia.
Terdapat beberapa laporan yang bercanggah mengenai nasib pesawat itu, ada yang mendakwa ia telah hilang di Cyprus.
Kebanyakan penumpang pesawat yang dikendalikan syarikat penerbangan Russia, Kogalymavia, itu dikatakan pelancong Rusia.
Laporan terkini mengatakan pesawat tersebut membawa seramai 217 penumpang dan tujuh anak kapal.
Agensi
Sat Oct 31 2015
Kebanyakan penumpang pesawat yang dikendalikan syarikat penerbangan Russia, Kogalymavia, itu dikatakan pelancong Rusia.
Piala ASEAN 2024: Vietnam mara ke final, tewaskan Singapura agregat 5-1
Rafaelson Fernandes muncul wira Vietnam apabila meledak jaringan berganda untuk membantu pasukan mara ke pentas akhir kejohanan berprestij itu.
Presiden Azerbaijan dakwa Rusia bertanggungjawab
Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev secara terbuka mendakwa Rusia telah menembak pesawat penumpang Azerbaijan Airlines J2-8243 pada 25 Disember lepas, menyebabkan ia terhempas.
Media tempatan Azerbaijan melaporkan, Aliyev membuat dakwaan tersebut sewaktu ditemuramah di Lapangan Terbang Baku
Media tempatan Azerbaijan melaporkan, Aliyev membuat dakwaan tersebut sewaktu ditemuramah di Lapangan Terbang Baku
Kelantan,Terengganu dan Sabah dilanda banjir
Situasi banjir di Kelantan dan Terengganu semakin buruk dengan peningkatan jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kedua-dua negeri itu kembali dilanda bencana tersebut pada Ahad.
Berdasarkan portal info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 18 pps dibuka di tiga daerah di Kelantan manakala Terengganu terpaksa membuka semula 16 PPS di dua daerah.
Berdasarkan portal info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 18 pps dibuka di tiga daerah di Kelantan manakala Terengganu terpaksa membuka semula 16 PPS di dua daerah.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 29 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 29 Disember 2024.
Festival Citrawarna Kampong Bharu tarik pelancong dekati nilai sejarah
Festival anjuran OMNI Holdings Sdn Bhd yang berlangsung selama tiga hari sejak Jumaat lepas itu menampilkan pelbagai aktiviti menarik.
China perkenal prototaip kereta api terpantas di dunia
Prototaip kereta api laju CR450, yang mampu beroperasi pada kelajuan 400 kilometer sejam (km/j), diperkenalkan di Beijing pada Ahad, menurut pengendali kereta api negara itu.
Kapal persiaran mega buatan China terima 600,000 pelancong
Kapal persiaran mega pertama China, Adora Magic City telah menyelesaikan 84 pelayaran dan menerima 600,000 pelancong pada tahun pertama operasi komersialnya, menurut Kastam Shanghai
Mayat 24 warga Azerbaijan dibawa pulang
Mayat 24 warga Azerbaijan yang terbunuh dalam nahas pesawat Azerbaijan Airlines (AZAL) berhampiran Aktau, Kazakhstan telah dibawa pulang ke ibu negara Baku, lapor media tempatan.
Taiwan tutup 14 sekolah pada 2024
MOE mendedahkan bahawa 14 institusi itu terdiri daripada sembilan sekolah rendah, sebuah sekolah menengah rendah dan empat institusi pengajian tinggi.
28 maut pesawat Jeju Air terhempas
Kemalangan itu berlaku ketika pesawat Jeju Air, yang membawa 175 penumpang dan enam anak kapal dalam penerbangan dari Thailand.
UAE hantar tiga lagi pesawat bersama 120 tan bantuan untuk Lubnan
UAE setakat ini telah menghantar 12 pesawat yang membawa 515 tan bekalan bantuan.
Tiada bahan mencurigakan dalam pesawat Air India Express - Polis Singapura
Polis Singapura memaklumkan tiada barang mencurigakan ditemukan di dalam pesawat Air India Express AXB684 Air India Express selepas pemeriksaaan keselamatan.
Jepun hantar pesawat SDF untuk kemungkinan misi evakuasi di Lubnan
Sebanyak dua pesawat pengangkut C-2 berlepas dari Pangkalan Udara Miho di wilayah barat Tottori menuju Jordan dan Greece untuk bersiap sedia.
Boeing ramal hampir 44,000 pesawat diperlukan menjelang 2043
Boeing jangka jumlah keseluruhan pesawat penumpang dan kargo yang digunakan di seluruh dunia akan hampir dua kali ganda menjelang 2043.
Pintu tandas pesawat Cathay Pacific tertanggal ketika dalam perjalanan ke New York
Pintu itu tertanggal kira-kira tiga minit selepas pesawat tersebut berlepas.
Anak hilang di KLIA2 rupa-rupanya ada dalam pesawat
Setiap keluarga yang memiliki anak autisme sudah pasti menghadapi pelbagai ujian besar.
Pesawat hilang 'hidung' kerana hujan batu
Insiden cemas itu berlaku selepas penerbangan OS434 berdepan ribut hujan batu setelah meninggalkan Palma de Mallorca.
Enjin terbakar, pesawat kargo terpaksa mendarat cemas
Sebuah pesawat kargo melakukan pendaratan cemas pada pagi Selasa beberapa saat selepas berlepas dari lapangan terbang Narita, Tokyo berikutan laporan kebakaran pada satu daripada enjinnya.
Angin kencang 'alihkan' pesawat di parkir
Ribut pada Selasa itu turut menghasilkan hujan batu, termasuk tiupan setinggi 153 kilometer sejam di Dallas-Fort Worth.