SYARIKAT penerbangan Hong Kong, Cathay Pacific Airways telah melancarkan siasatan susulan insiden pintu tandas yang tertanggal ketika dalam perjalanan ke New York pada Isnin.
Rakaman video kejadian, yang menjadi tular, menunjukkan seorang pramugari cuba memegang pintu tersebut daripada terjatuh semasa duduk di tempat duduk anak kapal.
Menurut catatan di video berkenaan, pintu itu tertanggal kira-kira tiga minit selepas pesawat tersebut berlepas.
"Perkara tersebut telah dipulihkan dan pasukan kejuruteraan kami sedang melakukan siasatan susulan," kata Cathay Pacific dalam satu kenyataan kepada portal berita South China Morning Post.
"Keselamatan pelanggan dan anak kapal kami mempengaruhi setiap keputusan yang kami ambil.
"Kami mohon maaf kepada pelanggan kami atas sebarang kesulitan yang dihadapi," katanya lagi.
Penumpang pesawat CX840 dilapor tidak mengalami sebarang kecederaan kerana kesemua mereka sedang duduk di tempat masing-masing dan memakai tali pinggang keledar ketika kejadian.
Astro Awani
Thu Jul 18 2024

Menurut catatan di video berkenaan, pintu itu tertanggal kira-kira tiga minit selepas pesawat tersebut berlepas. - Foto X/Uncensored News
Statistik belia bankrap
Sejumlah 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini.
AWANI Borneo [14/3/2025] – Jaminan keselamatan suri rumah| Pengemis cilik
AWANI Borneo bersama Pia Ernadya
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
7 kilang terbakar di Puchong
Tujuh buah kilang di Taman Industri Puchong, Selangor terbakar, dengan hampir 80 peratus struktur bangunan musnah.

Perang dagangan ketara, ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit mengakhiri urus niaga minggu ini pada Jumaat dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), diasak bahang ketidaktentuan perang dagangan yang menjejaskan sentimen pasaran.
Tubuh RCI sediakan kertas putih
Kerajaan dicadang menyediakan kertas putih untuk industri padi dan beras sehingga mencetuskan kontroversi berkaitan dakwaan wujudnya beras campur.
KPDN periksa 308 premis, ambil 99 sampel
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.
Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
Peruntukan tidak jelas di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 antara sebab menyukarkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengambil tindakan bagi kes beras campur.

PM lawat bazar Ramadan Rahmah Kamunting, santuni peniaga
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa berkunjung ke Bazar Ramadan Rahmah Kamunting, di sini.

Paras laut global naik lebih tinggi daripada jangkaan - NASA
NASA melaporkan bahawa paras laut global meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada 2024.

Aidilfitri: APAD pantau, pastikan pengendali bas patuhi jadual tambang ditetapkan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bakal mengeluarkan 300 Lesen Perubahan Sementara kepada pengusaha bas ekonomi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Pesawat A350 Malaysia Airlines beroperasi seperti biasa, enjin berbeza dari pesawat Cathay Pacific - Loke
Pesawat Airbus A350 Malaysia Airlines akan beroperasi seperti biasa walaupun syarikat penerbangan Cathay Pacific menggantung keseluruhan operasi 48 pesawat Airbus A350 miliknya.

Pintu tandas pesawat Cathay Pacific tertanggal ketika dalam perjalanan ke New York
Pintu itu tertanggal kira-kira tiga minit selepas pesawat tersebut berlepas.

Cathay Hong Kong batalkan penerbangan, 11 cedera
Sebuah pesawat Cathay Pacific membatalkan prosedur berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong akibat gangguan isyarat pada awal pagi Sabtu.

Cathay Pacific, HK Express henti beberapa laluan penerbangan Hong Kong-Jepun
Syarikat penerbangan Cathay Pacific dan HK Express mengumumkan akan menghentikan beberapa laluan penerbangan Hong Kong-Jepun antara Februari dan Mac kerana had yang dikenakan oleh kerajaan Jepun.

Cathay Pacific arah 27,000 kakitangan ambil cuti tanpa gaji tiga minggu
Cathay Pacific terpaksa mengarahkan 27,000 kakitangannya untuk mengambil cuti tanpa gaji selepas syarikat itu menghadapi krisis.

Cathay Pacific tersilap jual tiket harga AS$16,000 pada harga AS$675
Harga sebenar bagi tiket berkenaan AS$16,000 tetapi oleh kerana kesilapan teknikal ia menjadi 30 kali ganda lebih murah.

321 penumpang cemas, pesawat melintas angin kencang
Sembilan penumpang cedera apabila kapal terbang yang mereka naiki dilanda angin kencang di udara ketika sedang terbang melintasi ruang udara Jepun.