Seorang pesara berdepan detik cemas apabila pengalaman dibawa menaiki jet pejuang berakhir dengan pengalaman ngeri selepas dia tercampak keluar dari pesawat itu sejauh 762 meter dalam satu kejadian di Perancis.
Lelaki berusia 64 tahun itu sepatutnya menikmati kejutan hadiah persaraannya di dalam pesawat Rafale-B bernilai sekitar £70 juta (kira-kira RM380 juta), namun dia panik sebelum tertekan butang kerusi lenting yang disangkakan untuk membetulkan kedudukan kerusi.
Dia ‘dilontar’ keluar sehingga topi keledar yang dipakai tercabut akibat tidak dipasang dengan betul sebelum mendarat dengan selamat di atas padang berhampiran sempadan Jerman, lapor portal nzherald.co.nz.
Lucu, namun kejadian itu boleh mengancam nyawa juruterbang dan menyebabkan jet terhempas.
Pesara itu difahamkan tidak pernah melalui pengalaman sedemikian menyebabkan dia panik.
Hadiah itu merupakan kejutan daripada rakannya di pangkalan tentera udara di Saint-Dizier, di barat laut Jerman.
Kejutan itu bagaimanapun hampir mengundang tragedi hitam kepada pesara berkenaan selepas tidak melakukan sebarang persediaan awal.
“Situasi itu menimbulkan tekanan kepada penumpang dan dia terpaksa mempelajari semua teknik dalam waktu yang singkat.
“Pesara itu turut memberitahu dia tidak mempunyai pengetahuan yang lengkap tentang persekitaran aeronautik serta tidak pernah dibawa terbang dalam pesawat tentera,” kata satu laporan Paris-based BEA (Bureau of Enquiry and Analysis).
Agensi
Mon Apr 13 2020
Seorang pesara berdepan detik cemas apabila pengalaman dibawa menaiki jet pejuang berakhir dengan pengalaman ngeri selepas dia tercampak keluar dari pesawat itu sejauh 762 meter. -Foto nzherald.co.nz
Malaysia kutuk ujian peluru berpandu Korea Utara – PM Anwar
Malaysia mengutuk ujian peluru berpandu balistik yang dijalankan oleh Korea Utara pada 31 Oktober lalu.
[TERKINI] Luruan monsun kuat hingga hujung bulan, amaran hujan berterusan
MetMalaysia jangkakan luruan monsun kuat berlanjutan hingga hujung bulan ini, berpotensi sebabkan hujan sangat lebat dan berterusan
Enam lelaki bertopeng samun tiga klogram emas
Enam lelaki bertopeng melarikan kira-kira tiga kilogram emas dalam kejadian samun di hadapan sebuah premis pemprosesan emas di Jalan Bendahara, Ipoh.
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.
Lawatan kerja ke Korea Selatan berjaya raih potensi pelaburan RM32.8 bilion - PM Anwar
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Isu pemindahan nama rumah kos rendah masih lagi membelenggu rakyat
Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail berkata isu pemindahan nama rumah kos rendah dan kos sederhana rendah masih lagi membelenggu rakyat.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Perdana Menteri sampai sumbangan khas kepada mangsa banjir di Melaka
Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada satu majlis di Tanjung Minyak.
Negeri Sembilan semak semula Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1996
Kerajaan Negeri Sembilan melalui JHEAINS dan MAINS sedang menyemak semula Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1996.
Ekonomi digital Malaysia naik 16 peratus ke RM141 bilion
Dalam satu laporan, Google berkata tiga faktor penyumbang utama adalah e-dagang, pelancongan dalam talian dan perkhidmatan kewangan digital.
Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Terengganu, Pahang hingga Jumaat ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang hingga Jumaat ini.
Pesara tercampak keluar dari jet pejuang selepas tertekan butang kerusi lenting
Seorang pesara berdepan detik cemas apabila pengalaman dibawa menaiki jet pejuang berakhir dengan pengalaman ngeri selepas dia tercampak keluar dari pesawat itu sejauh 762 meter.