LONDON: United Kingdom (UK) mencatatkan bulan Jun paling panas sejak rekod bermula pada 1884 dengan perubahan iklim menjadi faktor utama, menurut Pejabat Met, perkhidmatan meteorologi kebangsaan negara itu pada Isnin, lapor Xinhua.
Purata suhu purata bagi Jun di UK tahun ini mencecah 15.8 darjah Celsius, 0.9 darjah lebih tinggi daripada rekod sebelumnya bersamaan 14.9 darjah Celsius pada 1940 dan 1976.
Saintis Pejabat Met mendapati peluang untuk melihat Jun mengatasi rekod bersama sebelum ini sekurang-kurangnya meningkat dua kali ganda sejak 1940-an.
"Selain kebolehubahan semula jadi, pemanasan latar belakang atmosfera Bumi akibat perubahan iklim yang disebabkan oleh manusia telah mendorong kemungkinan mencapai rekod suhu tinggi," kata Ketua Meteorologi Paul Davies.
"Menjelang 2050-an, peluang untuk mengatasi rekod sebelum ini iaitu 14.9 darjah Celsius boleh setinggi 50 peratus, atau setiap tahun lain," kata Davies sambil menambah bahawa selepas 2050-an, kemungkinan perubahan iklim disumbang oleh pelepasan gas rumah hijau.
Menurut Pejabat Met, England, Scotland, Wales dan Ireland Utara kesemuanya melaporkan "rekod Jun terpanas masing-masing" tahun ini.
Suhu tertinggi yang dicapai bulan lepas ialah 32.2 darjah Celsius, kata saintis iklim di Pejabat Met, Mark McCarthy.
UK juga merekodkan Jun paling cerah sejak 1957 dan keempat paling cerah dalam rekod manakala hujan berkurangan untuk sebahagian besar bulan itu.
Sementara itu, kumpulan alam sekitar memberi amaran rekod cuaca panas pada Jun turut menyebabkan peningkatan kematian ikan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 04 2023
![Perubahan iklim, UK rekod Jun paling panas Perubahan iklim, UK rekod Jun paling panas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659501836_LONDON.jpg)
Purata suhu purata bagi Jun di UK tahun ini mencecah 15.8 darjah Celsius, 0.9 darjah lebih tinggi daripada rekod sebelumnya bersamaan 14.9 darjah Celsius pada 1940 dan 1976. - Gambar hiasan/REUTERS
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Bosnia-Herzegovina mohon bantuan antarabangsa padam kebakaran hutan Bosnia-Herzegovina mohon bantuan antarabangsa padam kebakaran hutan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723595109_BosniaWildfire.jpg)
Bosnia-Herzegovina mohon bantuan antarabangsa padam kebakaran hutan
Majlis itu pada Isnin meluluskan keputusan yang dicadangkan oleh Kementerian Keselamatan untuk mendapatkan bantuan antarabangsa.
![Kesediaan makanan lebih penting bagi pengguna daripada kualiti - Presiden CFOS Kesediaan makanan lebih penting bagi pengguna daripada kualiti - Presiden CFOS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717848461_TBSAYUR.jpg)
Kesediaan makanan lebih penting bagi pengguna daripada kualiti - Presiden CFOS
Cuaca ekstrem yang melanda ketika ini tidak menjejaskan pengguna untuk mendapatkan bekalan makanan selagi mana harga tidak melambung.
![Cuaca panas: Trend kes lemas meningkat Cuaca panas: Trend kes lemas meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723083596_DatukNorHishamMoh.jpg)
Cuaca panas: Trend kes lemas meningkat
Berdasarkan statistik, insiden lemas paling tinggi direkodkan di kawasan sungai, pantai dan tasik dan air terjun.
![Tiga empangan simpanan air mentah pada paras bahaya - Nadma Tiga empangan simpanan air mentah pada paras bahaya - Nadma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720530545_EmpanganMUDA.jpg)
Tiga empangan simpanan air mentah pada paras bahaya - Nadma
Empangan Muda di Kedah, Empangan Bukit Merah di Perak dan Empangan Teluk Bahang di Pulau Pinang menunjukkan penyusutan baki stok simpanan semasa air mentah berada pada paras bahaya.
![4 maut, 400 dirawat di hospital akibat cuaca panas di Korea Selatan 4 maut, 400 dirawat di hospital akibat cuaca panas di Korea Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41693112961_CuacaPanas.jpg)
4 maut, 400 dirawat di hospital akibat cuaca panas di Korea Selatan
Sebanyak 384 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan di 507 hospital seluruh negara dari Isnin hingga Jumaat minggu lalu, termasuk 114 kes pada Khamis.
![Jepun terus rekod suhu tinggi di tengah gelombang haba melampau Jepun terus rekod suhu tinggi di tengah gelombang haba melampau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722750404_tbstrongsunlightT.jpg)
Jepun terus rekod suhu tinggi di tengah gelombang haba melampau
Gelombang haba yang melampau di Jepun masih berterusan tanpa tanda-tanda reda, dengan suhu di Kyushu hampir mencecah 40 darjah Celsius pada Ahad, lapor Xinhua memetik ramalan cuaca.
![Sungai Tembeling kering, jejas penduduk pedalaman Sungai Tembeling kering, jejas penduduk pedalaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722748440_SungaiTembelingKer.jpg)
Sungai Tembeling kering, jejas penduduk pedalaman
Dataran berpasir yang luas di Sungai Tembeling, Jerantut akibat cuaca panas melampau dan kering sejak April memberi kesan kepada penduduk pedalaman Kampung Gusai.
![Olimpik Paris 2024: India hantar 40 penyaman udara untuk atletnya Olimpik Paris 2024: India hantar 40 penyaman udara untuk atletnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722700704_TBOLIMPIK.jpg)
Olimpik Paris 2024: India hantar 40 penyaman udara untuk atletnya
Atlet India yang mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik Paris 2024 telah mengadu mengenai ketidakselesaan di Perkampungan Sukan Olimpik.
![China catat bulan Julai paling panas sejak 1961 China catat bulan Julai paling panas sejak 1961](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722527134_TBChinaHot.jpg)
China catat bulan Julai paling panas sejak 1961
Purata suhu di China pada bulan Julai mencapai 23.21 darjah Celsius, mengatasi 23.17 darjah Celsius yang dicatatkan pada Julai 2017.
![Jawatankuasa khas bincang bantu pesawah terjejas kemarau Jawatankuasa khas bincang bantu pesawah terjejas kemarau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41689935333_MahfuzOmarAmanah.jpg)
Jawatankuasa khas bincang bantu pesawah terjejas kemarau
Jawatankuasa khas akan dibentuk bagi mencari penyelesaian sekali gus menangani masalah lebih 10,000 pesawah yang terjejas akibat cuaca panas melibatkan empat negeri.