Peru menyeru bantuan antarabangsa untuk membantu ratusan ribu orang menghadapi bencana banjir dan banjir lumpur yang berterusan di negara itu.

Kejadian tersebut telah mengorbankan lebih 100 orang dan memusnahkan banyak infrastruktur di semua kawasan terjejas.

Peru memerlukan bantuan antarabangsa untuk membantu ratusan ribu orang menghadapi banjir dan banjir lumpur yang berterusan dinegara itu.

Menteri Pengangkutan negara itu, Martin Vizcarra, memberitahu Reuters bahawa kerajaan akan memberi kontrak baik pulih dan pembinaan pada Ogos atau September, selepas hujan lebat mula reda.

Walau bagaimanapun, rakyat negara itu masih memerlukan air mineral, makanan dalam tin, khemah, kertas tisu, ubat-ubatan dan keperluan asas yang lain untuk meneruskan kehidupan dalam bulan-bulan yang akan datang, kata Vizcarra.

Jelasnya, Peru telah mengagihkan 4,000 tan bantuan setakat ini, sebahagian besar disumbangkan oleh keluarga Peru, syarikat-syarikat dan institusi-institusi, tetapi mungkin 4,000 tan bantuan diperlukan dalam beberapa bulan akan datang.

Sumbangan dari dalam negara semakin berkurangan kerana banjir dan banjir lumpur yang berterusan.

"Setiap keluarga, syarikat mempunyai had untuk apa yang boleh mereka sumbangkan. Tetapi orang akan berada dalam situasi yang memerlukan barangan keperluan untuk masa yang agak lama. Terdapat keluarga yang tidak mempunyai apa-apa,” katanya.

Beliau berkata bahawa rakyat Peru kini memerlukan barang-barang yang boleh diedarkan dengan segera dan bukannya sumbangan wang tunai.

Tambahnya, lebih 200 jambatan dan lebih 2,000km lebuh raya, telah musnah dalam kejadian tersebut.