PERPLEXITY merupakan salah satu syarikat yang memfokuskan kepada kecerdasan buatan janaan, dan sering dipasarkan sebagai enjin carian yang dikuasakan kecerdasan buatan.


Ringkasan AI
  • Perplexity ialah syarikat yang memfokuskan kepada kecerdasan buatan janaan dan sering dipasarkan sebagai enjin carian yang dikuasakan kecerdasan buatan.
  • Perplexity sedang dalam proses untuk meraih suntikan dana baharu bernilai AS$8 bilion, yang akan membantu mereka membangunkan dan memasarkan penyelesaian mereka dengan lebih meluas.
  • Perkhidmatan Perplexity menerima sekitar 15 juta pertanyaan setiap hari, menunjukkan popularitinya yang semakin meningkat.


Melaluinya, pengguna boleh melakukan carian menggunakan antara muka chatbot, dan ia akan menjawab serta menyusun dalam sebuah halaman yang kemas.

Terbaharu, dilaporkan Perplexity dalam proses untuk meraih suntikan dana baharu pada nilai mencapai AS$8 bilion.

Perkhidmatan Perplexity dikatakan menerima sekitar 15 juta pertanyaan setiap hari pada hari ini.

Mungkin dengan suntikan dana baharu ini bukan sahaja membolehkan Perplexity terus membangunkan penyelesaian mereka, tetapi pada masa yang sama membolehkan ia dipasarkan dengan lebih meluas lagi.

Selain Perplexity, sebelum ini OpenAI turut telah mengumumkan sedang membangunkan SearchGPT – iaitu enjin carian dikuasakan kecerdasan buatan, dan telah mula ditawarkan secara terhad kepada sejumlah pengguna. -Amanz