KUALA LUMPUR: Asia Tenggara kekal sebagai ekonomi digital yang mencatat pertumbuhan terpantas di Asia Pasifik dan memerlukan penyelesaian keselamatan siber serba komprehensif serta tenaga kerja bersesuaian.
Pengurus Besar Kaspersky bagi Asia Tenggara Yeo Siang Tiong berkata kerajaan di negara-negara terbabit juga telah mengambil langkah berani menyokong usaha pendigitalan tempatan dan meningkatkan perlindungan data serta kemampuan keselamatan siber masing-masing.
Namun, katanya, keperluan sewajarnya dengan penyelesaian menyeluruh itu amat penting memandangkan perniagaan tempatan di rantau ini dalam proses melaksanakan transformasi digital.
"Pihak kami misalnya sentiasa aktif bekerjasama dengan universiti-universiti tempatan dari segi latihan serta bengkel untuk meningkatkan kemahiran penuntut dan memastikan kurikulum mereka menepati permintaan industri.
"Bagaimanapun, ini memakan masa bertahun-tahun lamanya sebelum penuntut ini dapat menjadi profesional keselamatan siber," katanya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, Yeo berkata adalah penting untuk melibatkan penyedia perkhidmatan keselamatan terurus (MSSP) berwibawa yang dapat memastikan perusahaan mempunyai pekerja dan penyelesaian serba cekap.
"Adalah berkesan untuk melakukan penyumberan luar jika rakan niaga anda terlibat dengan sebuah syarikat keselamatan siber yang terbukti berkesan dari segi pengesanan ancaman, respons serta ancaman risikan," katanya.
Selain itu, menurut Laporan Ekonomi Keselamatan IT Kaspersky terkini, perniagaan di rantau ini bertindak menyumber luar fungsi keselamatan kepada MSSP, terutama bagi meraih kecekapan dalam penyampaian penyelesaian keselamatan, menangani kekurangan pekerja dan memenuhi keperluan bagi kepakaran keselamatan yang khusus.
Penyedia keselamatan siber dan privasi digital global itu berkata laporan tersebut meliputi 26 negara di serata pasaran dan syarikat perniagaan-kepada-perniagaan utama Kaspersky dalam pelbagai saiz daripada perusahaan kecil dan sederhana dengan jumlah pekerja seramai 50 orang sehinggalah firma besar.
Kalangan pakar turut mengunjurkan pertumbuhan MSSP yang kukuh di Asia Tenggara dan pada tahun-tahun akan datang susulan daripada pelbagai usaha bersama rantau tersebut ke arah inisiatif transformasi digital di peringkat negara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 26 2023
![Perniagaan Asia Tenggara perlu penyelesaian keselamatan siber komprehensif - Kaspersky Perniagaan Asia Tenggara perlu penyelesaian keselamatan siber komprehensif - Kaspersky](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-12/51576167612_ewallet.jpg)
Asia Tenggara kekal sebagai ekonomi digital yang mencatat pertumbuhan terpantas di Asia Pasifik dan memerlukan penyelesaian keselamatan siber serba komprehensif serta tenaga kerja bersesuaian. - Gambar hiasan
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati ke atas bapa
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bapa yang membunuh anak tiri lelakinya yang berusia enam tahun, 13 tahun lepas.
Keluarga mohon henti keluar kenyataan guris hati
Keluarga Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor petang Isnin memohon pihak media dan orang ramai berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris hati keluarga.
Enam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa.
Polis Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hotel Grand Hyatt Erawan pada jam 5.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan warga asing.
Polis Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hotel Grand Hyatt Erawan pada jam 5.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan warga asing.
Disyaki terima rasuah melebihi RM300,000, ketua pegawai operasi ditahan
Seorang Ketua Pegawai Operasi syarikat konsesi lebuh raya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kerana disyaki menerima rasuah melebihi RM300,000.
Mahkamah tolak rayuan Jason Lo
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat telekomunikasi tempatan, Jason Jonathan Lo hari ini gagal mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi menolak samannya terhadap Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) berhubung dua artikel yang diterbitkan pada 2019 dan 2020.
![Firma Malaysia perlu tingkatkan keselamatan siber tangani ancaman dalam talian, luar talian Firma Malaysia perlu tingkatkan keselamatan siber tangani ancaman dalam talian, luar talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Firma Malaysia perlu tingkatkan keselamatan siber tangani ancaman dalam talian, luar talian
Yeo berkata, banyak syarikat di Malaysia tidak melihat kepentingan untuk melabur dalam keselamatan siber.
![Tarikh akhir kemuka borang tahun taksiran 2023 dilanjut hingga 15 Julai Tarikh akhir kemuka borang tahun taksiran 2023 dilanjut hingga 15 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707985816_TBLHDN.jpg)
Tarikh akhir kemuka borang tahun taksiran 2023 dilanjut hingga 15 Julai
Tarikh akhir pengemukaan borang nyata tahun taksiran 2023 bagi pembayar cukai yang menjalankan perniagaan dilanjut hingga 15 Julai.
![Kaedah bayar tanpa tunai lebih mudah, pantas - Pengguna Kaedah bayar tanpa tunai lebih mudah, pantas - Pengguna](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81666940434_OnlinePayment.jpg)
Kaedah bayar tanpa tunai lebih mudah, pantas - Pengguna
Penggunaan kaedah pembayaran tanpa tunai selari dengan gaya hidup masa kini kerana ia mudah, selamat dan pantas digunakan dalam segala urusan harian termasuk perniagaan.
![Birokrasi 'membunuh’ perniagaan yang baru meningkat naik - Industries Unite Birokrasi 'membunuh’ perniagaan yang baru meningkat naik - Industries Unite](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719495168_DavidGurupatham.jpg)
Birokrasi 'membunuh’ perniagaan yang baru meningkat naik - Industries Unite
Karenah birokrasi yang wujud ketika ini tidak mesra perniagaan sehingga menjejaskan usaha memulakan atau mengembangkan perniagaan.
![Perniagaan lancar, berterusan satu keperluan bagi peruncit Malaysia Perniagaan lancar, berterusan satu keperluan bagi peruncit Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61676519647_KPMG.jpg)
Perniagaan lancar, berterusan satu keperluan bagi peruncit Malaysia
Menurut KPMG, kajian mendapati 27 peratus responden Malaysia lebih gemar membeli-belah secara bersemuka di kedai.
![MYNIC sasar lebih ramai usahawan guna domain.my kembangkan perniagaan MYNIC sasar lebih ramai usahawan guna domain.my kembangkan perniagaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712504792_HasnulFadhlyHasan.jpg)
MYNIC sasar lebih ramai usahawan guna domain.my kembangkan perniagaan
Ketika ini, jumlah keseluruhan pengguna domain.my adalah sebanyak 313,000 orang berbanding 400,000 pengguna yang disasarkan untuk 2024.
![Presiden Xi adakan pertemuan dengan wakil perniagaan, strategik dan akademik AS Presiden Xi adakan pertemuan dengan wakil perniagaan, strategik dan akademik AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711630613_TBxijinping.jpg)
Presiden Xi adakan pertemuan dengan wakil perniagaan, strategik dan akademik AS
Xi berkata hubungan China-AS antara hubungan dua hala yang paling penting di dunia.
![Peletakan jawatan juruaudit secara mendadak, tanda supaya pelabur berwaspada - MSWG Peletakan jawatan juruaudit secara mendadak, tanda supaya pelabur berwaspada - MSWG](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710382292_tbjuruauditletakj.jpg)
Peletakan jawatan juruaudit secara mendadak, tanda supaya pelabur berwaspada - MSWG
Tempoh jawatan juruaduit hendaklah tamat selepas 21 hari dari tarikh notis itu diberikan atau dari tarikh seperti yang dinyatakan.
![Lebih banyak syarikat Jerman nyatakan minat kembangkan perniagaan ke Malaysia Lebih banyak syarikat Jerman nyatakan minat kembangkan perniagaan ke Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710251838_tbanwaribrahimjer.jpg)
Lebih banyak syarikat Jerman nyatakan minat kembangkan perniagaan ke Malaysia
Anwar telah menerima lebih banyak komitmen dan pernyataan minat oleh syarikat Jerman untuk mengembangkan perniagaan ke Malaysia.
![Langkah tegas cegah rasuah isyarat kesungguhan kerajaan pupuk ketelusan - Sultan Nazrin Langkah tegas cegah rasuah isyarat kesungguhan kerajaan pupuk ketelusan - Sultan Nazrin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708659537_TBPERSIDANGANDUN.jpg)
Langkah tegas cegah rasuah isyarat kesungguhan kerajaan pupuk ketelusan - Sultan Nazrin
Negara hadapi cabaran besar memacu pertumbuhan ekonomi, lantas tata kelola yang baik sangat diperlukan untuk bina keyakinan pelabur.