Parti Barisan Hadapan Penyelamat Kebangsaan (NSF) meminta penyokongnya meneruskan bantahan secara aman ke atas kepimpinan Presiden Mohammed Morsi.
Arahan itu dibuat selepas parti berkenaan menolak rancangan kerajaan untuk mengadakan pungutan suara berhubung cadangan pindaan perlembagaan 15 Disember depan.
Ahli NSF, Sameh Aachour berkata, NSF yang terdiri daripada kumpulan pembangkang liberal dan parti kiri turut memberi amaran yang rancangan berkenaan akan mencetuskan lebih banyak perselisihan.
Bagi mendesak pungutan suara dihentikan, ia merancang untuk mengadakan tunjuk perasaan lebih besar pada Rabu.
Pembangkang turut melemparkan tuduhan tindakan presiden ketiga Mesir itu akan membawa kepada pertelingkahan dan keganasan.
Penunjuk perasaan, Mahmoud Fathi berkata: “Membatalkan dekri perlembagaan, bagi saya, bermakna menghentikan pertumpahan darah orang-orang Mesir. Kami dipanggil untuk sesuatu dan kini ia telah dicapai, jadi kita mesti menamatkan semua pertumpahan darah.”
Dalam perkembangan berasingan, penyokong Ikhwanul Muslim yang menjadi pendokong utama kepimpinan Morsi merancang untuk menganjurkan bantahan di beberapa bandar utama, pada Selasa ini.
Selain Kaherah, ia juga akan diadakan di Iskandariah dan Assiut.
Terdahulu, usaha Morsi mengadakan perbincangan dengan kumpulan pembangkang terbantut selepas dipulau.
Astro Awani
Mon Dec 10 2012
Tumpuan Isnin – 07 Oktober 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (06 Oktober 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel serang lagi pinggir bandar Beirut ketika pertempuran di sempadan memuncak
Pesawat perang Israel giat mengebom kawasan pinggir bandar selatan Beirut awal Ahad, menyasarkan kawasan kediaman dan mencetuskan kebakaran yang berterusan hingga ke pagi.
Kabinet setuju komoditi kelapa di bawah Lembaga Koko Malaysia - TPM Ahmad Zahid
Jemaah Menteri bersetuju menstrukturkan Lembaga Koko Malaysia dengan memasukkan komoditi kelapa di bawah agensi itu.
PRESMA cadang ‘kedai mamak’ tidak lagi jual rokok
Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) mengesyorkan semua premis makanan naungannya agar tidak lagi menjual rokok di premis mereka.
8,500 premis diberi amaran - Dr Dzulkefly
Sejumlah 8,500 premis di seluruh negara diberi amaran kerana melanggar Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang berkuat kuasa pada 1 Oktober lepas.
DAP tidak pernah cadang Kerajaan Perpaduan, selesa sebagai pengimbang di Johor - Loke
DAP tidak pernah mencadangkan agar Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di Johor, sebaliknya parti itu selesa memainkan peranan sebagai pengimbang di negeri itu, kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.
Teo Nie Ching dipilih sebagai Pengerusi DAP Johor
Ketua Wanita DAP Teo Nie Ching dipilih sebagai Pengerusi DAP Johor bagi penggal 2024/2027 menggantikan Liew Chin Tong yang menyandang jawatan itu sejak 2014.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 6 Oktober 2024.
Mohamad Hasan, Tengku Zafrul tiba di Vientiane untuk Sidang Kemuncak ASEAN
Kedua-dua menteri berkenaan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay pada 7.45 malam waktu tempatan (8.45 malam waktu Malaysia).
Mesir hantar 22 tan bantuan kemanusiaan ke Lubnan
Mesir menghantar 22 tan bantuan kemanusiaan ke Lubnan, menurut Kementerian Luar negara itu pada Sabtu.
Hubungan Malaysia-Mesir diperkukuh sejak tahun-tahun kebelakangan ini - Menteri Luar Mesir
Abdel Aati menyatakan harapan agar hubungan dua hala antara kedua-dua negara akan terus berkembang dan memupuk kerjasama yang lebih erat.
Kekejaman Zionis: Israel amal sikap 'satu dunia salah', kini giliran Mesir jadi mangsa – PM Anwar
Israel sering bersikap cuba menyalahkan seluruh dunia yang tidak menyebelahi tindakannya, dan yang terbaharu ialah Mesir, kata Anwar.
Malaysia bersolidariti dengan Mesir, kecam provokasi Israel
Malaysia menegaskan bahawa Mesir berhak menolak semua tuduhan yang dibuat oleh pihak Israel berhubung perkara ini.
Perbincangan gencatan senjata Gaza masih berlangsung - Menteri Luar Mesir
Abdelatty berkata, Mesir akan melakukan apa sahaja yang perlu untuk mengelakkan situasi di rantau ini daripada meletus.
Misi kemanusiaan: 41 pesakit Palestin akan dirawat di HAT Tuanku Mizan
Kesemua 41 pesakit rakyat Palestin yang diterbangkan ke Malaysia akan ditempatkan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan.
Mesir desak Israel berundur dari Koridor Philadelphi, Persimpangan Rafah
Mesir pada Sabtu mendesak Israel berundur dari Koridor Philadelphi dan bahagian sempadan Palestin di persimpangan Rafah, serta menghentikan serangan berterusan ke atas Semenanjung Gaza.
Paris 2024: Mesir juara kumpulan C tumbangkan Sepanyol
Turun selaku antara pasukan pilihan untuk memenangi pingat emas, Sepanyol, bagaimanapun, jelas tidak dapat menandingi Mesir dalam aksi kali ini.
Salah nyata kesedihan hilang rakan sepasukan Mesir kerana serangan jantung
Penyerang Liverpool, Mohamed Salah, antara yang terkesan dengan berita kematian rakan sepasukan di kem Mesir, Ahmed Refaat.
Kabinet baharu Mesir angkat sumpah
Abdel-Fattah menaikkan pangkat Abdel-Maguid Sakr kepada Leftenan Jeneral dan melantiknya sebagai Menteri Pertahanan dan Pengeluaran Tentera.