Selepas tidak sampai dua tahun mentadbir Lubnan, Perdana Menterinya Najib Mikati akhirnya mengambil keputusan untuk meletak jawatan.
Pengumuman peletakan jawatan beliau diumumkan sendiri Mikati dalam satu ucapan yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen tempatan.
Dua faktor menyumbang kepada keputusan Mikati iaitu perdebatan mengenai undang-undang pilihan raya baru yang tidak selesai dan keengganan kabinet memanjangkan tempoh perkhidmatan Ketua Polis Negara.
Selepas berbahas untuk tempoh yang lama parlimen gagal untuk mencapai persetujuan berhubung satu undang-undang pilihan raya yang dijadual diadakan tahun depan.
Kabinet yang didominasi Hezbollah juga enggan melanjutkan tempoh khidmat Mejar Jeneral Ashraf Rifi yang dianggap sebagai musuh.
Presiden Michel Suleiman perlu menerima peletakan jawatan Mikati itu.
Mikati meletakkan jawatan ketika Lubnan tegang disebabkan siri keganasan.
Astro Awani
Fri Mar 22 2013
![Perdana Menteri Lubnan letak jawatan Perdana Menteri Lubnan letak jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-03/61363994420_295x200.jpg)
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai? Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117483_KimPangon.jpg)
Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?
Bekas pengendali skuad negara itu dilaporkan sedang menjadi calon utama untuk mengisi jawatan pengurus kelab gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai.
![Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721122870_KimPanGon.jpg)
Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya
Kim Pan-gon memiliki rekod yang cukup baik bersama Malaysia, menjadi pengendali Harimau Malaya paling banyak mendapatkan keputusan yang positif sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
![Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih, akan terus rindui sokongan rakyat Malaysia Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih, akan terus rindui sokongan rakyat Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721122813_KimPanGon.jpg)
Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih, akan terus rindui sokongan rakyat Malaysia
Beliau telah mengadakan pertemuan dengan Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin, sebelum kedua-dua mereka mencapai persetujuan berhubung keputusannya itu.
![Pan-gon bakal umum letak jawatan hari ini? Pan-gon bakal umum letak jawatan hari ini?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718169354_TBKimPanGon.jpg)
Pan-gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Kim Pan-gon dipercayai akan mengadakan sidang akhbar hari ini untuk mengumumkan peletakan jawatannya.
![Penduduk Israel tunjuk perasaan desak PM Netanyahu letak jawatan Penduduk Israel tunjuk perasaan desak PM Netanyahu letak jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720911795_antigovernmentprot.jpg)
Penduduk Israel tunjuk perasaan desak PM Netanyahu letak jawatan
Majoriti penunjuk perasaan mengibarkan bendera sambil membawa sepanduk mengkritik kepimpinan Netanyahu berhubung isu-isu penting.
![Shahril fokus tugas di FAS, Selangor FC selepas letak jawatan FAM Shahril fokus tugas di FAS, Selangor FC selepas letak jawatan FAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719397693_DatukSeriShahrilM.jpg)
Shahril fokus tugas di FAS, Selangor FC selepas letak jawatan FAM
Dalam satu kenyataan, beliau memaklumkan keputusan ini untuk memberikan yang terbaik demi kemajuan dan pembangunan FAS dan juga kelab Selangor FC.
![Shahril letak semua jawatan dalam FAM serta-merta Shahril letak semua jawatan dalam FAM serta-merta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719397225_ShahrilMokhtar.jpg)
Shahril letak semua jawatan dalam FAM serta-merta
Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Datuk Seri Shahril Mokhtar membuat keputusan mengejut dengan melepaskan kesemua jawatannya dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
![Naib Presiden Filipina Sara Duterte letak jawatan sebagai Setiausaha Pendidikan Naib Presiden Filipina Sara Duterte letak jawatan sebagai Setiausaha Pendidikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41655702075_TBSARADUTERTE.jpg)
Naib Presiden Filipina Sara Duterte letak jawatan sebagai Setiausaha Pendidikan
Naib Presiden Filipina, Sara Duterte, pada Rabu telah meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Pendidikan negara itu.