AMERIKA Syarikat (AS) mendakwa pelbagai muslihat akan dilakukan Rusia bagi mewajarkan pencerobohan ke atas Ukraine.
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Negara AS Antony Blinken kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, pada Khamis.
Beliau berkata, serangan mungkin dilakukan menggunakan peluru berpandu dan bom, atau serangan siber, diikuti dengan tentera Rusia yang mara ke "sasaran utama yang telah dikenal pasti."
"Rusia merancang untuk mereka cipta alasan untuk serangannya.
"Ia boleh menjadi satu insiden keganasan yang dipersalahkan Rusia ke atas Ukraine, atau satu tuduhan keterlaluan yang Rusia akan lemparkan terhadap kerajaan Ukraine.
"Kita tidak tahu dengan pasti apa bentuk tindakan yang akan diambil. Ia boleh jadi satu pengeboman pengganas yang dibuat-buat di Rusia.
"Atau kononnya satu penemuan kubur besar-besaran, atau serangan dron yang sengaja diadakan terhadap orang awam atau satu serangan palsu, malah mungkin juga benar, menggunakan senjata kimia.
"Orang Rusia menyifatkan peristiwa ini sebagai pembersihan etnik. Atau pembunuhan beramai-ramai. Mereka mempermain-mainkan konsep yang kita di sini anggap serius," kata Blinken.
Beliau bagaimanapun tidak mengemukakan sebarang bukti terhadap dakwaan tersebut.
Sasaran yang dimaksudkan Rusia termasuk terhadap Kyiv dengan hampir tiga juta penduduknya.
Astro Awani
Fri Feb 18 2022
Antony Blinken bercakap di Majlis Keselamatan PBB, 17 Feb 2022. Turut kelihatan, Duta AS Linda Thomas-Greenfield. (Foto AP)
Sabah akan dapat tempat utama dalam Belanjawan 2025 - Rafizi
Sabah dijangka akan terus mendapat tempat paling utama menerusi peruntukan dalam Belanjawan 2025 yang dijadual akan dibentang pada 18 Oktober ini.
Belanjawan 2025: Pembangunan infrastruktur, pelepasan cukai bantu tingkat keselamatan siber
Pembangunan infrastruktur keselamatan siber serta insentif pelepasan cukai berkaitan antara aspek yang diharapkan menjadi tumpuan kerajaan pada Belanjawan 2025.
PM Anwar tegur kelompok elit taksub Bahasa Inggeris, fobia bahasa kebangsaan
Perdana Menteri menegur segelintir kelompok elit yang taksub dengan Bahasa Inggeris sehingga meremehkan penggunaan Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara.
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
Konvoi motosikal untuk solidariti kepada Gaza
Langsung dari Rosco Cage, Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur di mana Wartawan Faida Rahim bersama tetamu, Muhammad Aiman Mohd Zain, MyCare Malaysia di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diganasi rejim Israel.
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berada pada tahap tertinggi.
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Seramai tiga orang subkontraktor terkandas di kren pengangkat (skylift) yang rosak ketika melakukan kerja pemasangan papan tanda kedai di Wisma Taiko, berhadapan Ipoh Padang, malam tadi.
Lempar bom petrol, polis buru tiga Ah Long
Polis sedang memburu tiga individu disyaki Ah Long yang melempar bom petrol ke sebuah rumah di Taman Bintang, Pantai Remis.
Penguasaan bahasa tidak harus bersifat ''zero-sum game'' - PM Anwar
Perdana Menteri mengingatkan penekanan terhadap sesuatu bahasa tidak seharusnya bersifat 'zero-sum game'', sehingga meminggirkan Bahasa Melayu.
Presiden Perancis seru penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Sabtu menyeru agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan.
Perjanjian gencatan senjata di Gaza perlu selesai segera - Antony Blinken
AS, Mesir dan Qatar akan melakukan segala yang mungkin untuk memastikan Hamas bersetuju dengan "cadangan perantara" tersebut.
Blinken bincang usaha terkini di Gaza dengan Al-Sissi di Mesir
Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken membincangkan rundingan gencatan senjata pusingan terkini di Gaza dengan Presiden Mesir Abdel-Fattah al-Sissi di bandar pesisir utara Al-Alamein.
Tentera Israel serang bangunan di Nuseirat, 5 terkorban
Kejadian dilaporkan berlaku menjelang lawatan Setiausaha Negara AS, Antony Blinken untuk mengadakan rundingan gencatan senjata.
Blinken tiba di Asia Barat usahakan gencatan senjata Gaza
Blinken akan bertemu dengan pemimpin kanan Israel termasuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.
AS terlibat diplomasi sengit redakan ketegangan Timur Tengah - Blinken
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken memaklumkan Washington terlibat dalam diplomasi sengit meredakan ketegangan di Timur Tengah pada Isnin.
Ribuan umat Islam di Tehran beri penghormatan terakhir kepada Ismail Haniyeh
Timbalan Ketua Hamas di Semenanjung Gaza, Khalil al-Hayya berkata ribuan umat Islam di Tehran mengiringi perjalanan pengebumian Ismail Haniyeh pada Khamis.
AS akan usahakan gencatan senjata di Gaza walaupun Ismail Haniyeh sudah tiada - Blinken
Gencatan senjata di Gaza adalah keperluan mendesak dan AS akan terus berusaha ke arah itu setiap hari.
Blinken dijadual adakan pertemuan dengan Wang Yi di Laos
Isu berkenaan situasi dan konflik di Myanmar mendominasi perbincangan dalam beberapa siri pertemuan Menteri Luar ASEAN.
AS semak penghantaran 900kg bom kepada Israel - Blinken
Bagaimanapun, kata Blinken, pentadbiran AS masih menyemak sekatan berkenaan.
Blinken dijadual hadir persidangan bantuan kemanusiaan untuk Gaza
Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken dijadual menghadiri persidangan bantuan kemanusiaan bagi Semenanjung Gaza yang dihoskan Jordan pada Selasa.