GAZA: Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken dijadual menghadiri persidangan bantuan kemanusiaan bagi Semenanjung Gaza yang dihoskan Jordan pada Selasa, ketika beliau meneruskan lawatan ke Asia Barat untuk perjanjian menamatkan perang antara Israel dan Hamas, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).


Ringkasan AI
  • Setiausaha Negara AS, Antony Blinken, akan menghadiri persidangan bantuan kemanusiaan untuk Gaza yang dihoskan oleh Jordan. Ini berlaku semasa lawatan beliau ke Asia Barat dalam usaha menamatkan perang antara Israel dan Hamas.
  • Persidangan tersebut, yang bertemakan "Call for Action: Urgent Humanitarian Response for Gaza", dianjurkan oleh Jordan, Mesir, dan PBB. Ia dijadual dihadiri oleh pemimpin, menteri luar, dan pegawai dari 75 negara serta wakil pertubuhan antarabangsa.
  • Persidangan bertujuan untuk menggalakkan komitmen bagi respons bersama dan terkoordinasi dalam menangani situasi kemanusiaan yang kritikal di Gaza yang mengalami penderitaan besar akibat perang yang berlarutan.


Persidangan itu bertemakan "Call for Action: Urgent Humanitarian Response for Gaza", yang dianjurkan oleh Jordan, Mesir dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Mesyuarat itu akan dihadiri oleh para pemimpin, menteri luar dan pegawai dari 75 negara serta wakil pertubuhan antarabangsa, termasuk Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah, menurut laman sesawang persidangan itu.

"Perang di Gaza kini berlanjutan hampir lapan bulan, dengan ramai orang awam terkorban serta penderitaan yang dialami lebih 2.3 juta rakyat Palestin di seluruh Semenanjung.

"Kebuluran akan berlaku di banyak kawasan di Gaza; trauma berleluasa; dan banyak tempat musnah. Tiada tempat yang selamat di Semenanjung, dan akses kepada makanan, air, tempat tinggal, atau ubat-ubatan boleh dikatakan tidak wujud," menurut penganjur.

Persidangan itu bertujuan untuk "mengalu-alukan komitmen bagi respons kolektif dan terkoordinasi demi menangani situasi kemanusiaan di Gaza", antara lain.

-- BERNAMA