SURABAYA: Lima lelaki Indonesia didakwa atas kecuaian sehingga mencetuskan malapetaka sejarah bola sepak terburuk di negara tersebut, hadir ke mahkamah untuk dibicarakan menerusi pautan video pada Isnin.
Rempuhan pada Oktober lalu di Stadium Kanjuruhan, Malang, Jawa Timur telah mengorbankan 135 orang, termasuk 40 kanak-kanak selepas polis melepaskan gas pemedih mata ke arah penonton yang sedang menyaksikan perlawanan bola sepak antara Arema FC dan Persebaya Surabaya.
Semasa kejadian, ratusan orang berlari keluar di jalan sempit sehingga menyebabkan ramai mati terpijak atau mati lemas.
Justeru, tiga pegawai polis tempatan, seorang penganjur perlawanan dan seorang pegawai keselamatan didakwa kerana cuai sehingga menyebabkan bencana tersebut berlaku.
Difahamkan, suspek bakal berdepan hukuman penjara maksimum sehingga lima tahun jika didapati bersalah.
Manakala suspek keenam iaitu seorang bekas pengarah syarikat yang menganjurkan liga perdana Indonesia, masih dalam siasatan polis.
Pada Isnin, pihak berkuasa mengerahkan ratusan anggota keselamatan berkawal di sekitar Mahkamah Daerah Surabaya dan perbicaraan diadakan secara atas talian atas sebab keselamatan. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jan 16 2023

Sebuah kereta polis dirosakkan ketika rusuhan selepas perlawanan bola BRI Liga 1 di antara Arema dan Persebaya di Stadium Kanjuruhan, Malang, Indonesia, pada 2 Oktober 2022. - Foto fail/REUTERS

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Perbicaraan bencana Stadium Kanjuruhan bermula
Suspek bakal berdepan hukuman penjara maksimum sehingga lima tahun jika didapati bersalah.

Penunjuk perasaan tuntut siasatan tragedi Stadium Kanjuruhan
Penyokong Arema FC memulakan perhimpunan dengan bacaan doa di bandar Malang, Jawa Timur.

Stadium Kanjuruhan bakal dirobohkan
Jokowi berkata negara mesti "mengubah secara menyeluruh" cara ia menguruskan penganjuran sukan itu.

Jokowi terima kunjungan Presiden FIFA bincang transformasi bola sepak Indonesia
Pertemuan selama dua jam itu turut membincangkan secara terperinci aspek pengurusan stadium, keselamatan, perlawanan dan penyokong.

Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Rakaman kejadian menerusi CCTV dipadamkan - Laporan
Rakaman yang dipadamkan adalah selepas perlawanan antara pasukan Arema FC dan Persebaya Surabaya pada 1 Oktober lepas.

Gas pemedih mata cetuskan tragedi Stadium Kanjuruhan - Polis
Laporan tragedi oleh jawatankuasa khas diketuai Menteri Koordinator Politik, Undang-undang dan Keselamatan Mahfud MD telah diserahkan kepada Presiden Joko Widodo pada Jumaat.

Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Indonesia tubuh pasukan bebas, cari punca kejadian rempuhan
Kerajaan Indonesia menubuhkan pasukan bebas bagi menyiasat kejadian rempuhan selepas perlawanan bola sepak di Stadium Kanjuruhan di Malang, Sabtu lalu.

Tragedi Stadium Kanjuruhan: Ketua Polis Malang dipecat, 9 pegawai elit digantung tugas
Pihak polis Indonesia menghadapi tekanan yang semakin meningkat disebabkan tindakan melepaskan gas pemedih mata untuk meleraikan kekecohan.

Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Indonesia tubuh jawatankuasa khas siasatan
Jawatankuasa yang diketuai Menteri Koordinator Bidang Politik, Hukum dan Keamanan, Mohammad Mahfud MD itu turut dianggotai 12 lagi ahli.

Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Henti kata 'yang menang hidup, yang kalah mati'
Pengurus pasukan bola sepak Arema FC, Ali Fikri memohon masyarakat tidak terus menuding jari antara satu sama lain dalam insiden rusuhan di Stadium Kanjuruhan, Malang, Sabtu lalu.