JAKARTA: Kerajaan Indonesia menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat tragedi yang berlaku di Stadium Kanjuruhan, di Malang, Jawa Timur, Sabtu malam yang meragut 125 nyawa termasuk 32 orang kanak-kanak.
Jawatankuasa yang diketuai Menteri Koordinator Bidang Politik, Hukum dan Keamanan, Mohammad Mahfud MD turut dianggotai 12 lagi ahli yang memiliki latar belakang menteri, anggota persatuan bola sepak profesional, ahli akademik dan wartawan sukan.
"Jawatankuasa ini akan bekerja selama dua minggu atau paling lama sebulan...Hasil siasatan berserta cadangan akan dilaporkan kepada Presiden Joko Widodo," kata Mahfud dalam sidang media yang disiarkan stesen televisyen tempatan.
Mahfud turut mengarahkan Ketua Polis Negara Jenderal Listyo Sigit Prabowo agar segera mendedahkan nama-nama yang telah menyebabkan tragedi.
Panglima Tentera Jenderal Andika Perkasa juga diminta membuka kertas siasatan berhubung video tular melibatkan anggotanya melakukan tindakan berlebihan semasa insiden.
"Apakah video itu benar atau tidak, Jenderal Andika akan segera meneliti dan mengumumkannya kepada kita semua," katanya.
Terdahulu, Mahfud berkata kerajaan akan menyampaikan pampasan 50 juta rupiah (sekitar RM15,000) kepada setiap anggota keluarga yang terkorban dalam insiden tragis selepas perlawanan antara Arema FC dan Persebaya Surabaya.
Sementara itu, Presiden Arema FC Gilang Widya Pramana hari ini memohon maaf dan menyatakan sedia bertanggungjawab penuh atas tragedi 1 Oktober di Stadium Kanjuruhan.
"Saya sanggup menerima apa sahaja termasuk hukuman persatuan bola sepak mahupun kerajaan," katanya.
Tragedi itu berlaku selepas pasukan Arema FC tewas 3-2 kepada Persebaya Surabaya, mencetuskan kemarahan penyokongnya yang memasuki padang untuk bersemuka dengan pemain dan pegawai pasukan itu selepas perlawanan tamat.
Bagaimanapun, keadaan menjadi tegang dengan pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata yang menyebabkan ribuan penyokong atas padang berasak-asak untuk keluar padang melalui satu pintu sehingga berlaku rempuhan. Tidak kurang daripada 180 orang turut cedera.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 03 2022

Keadaan menjadi tegang dengan pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata yang menyebabkan ribuan penyokong atas padang berasak-asak untuk keluar. - Gambar/ AP

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Indonesia tubuh jawatankuasa khas siasatan
Jawatankuasa yang diketuai Menteri Koordinator Bidang Politik, Hukum dan Keamanan, Mohammad Mahfud MD itu turut dianggotai 12 lagi ahli.

Lebih 127 terkorban dalam rusuhan pada perlawanan bola sepak
Kekacauan tercetus selepas perlawanan berakhir 2-3 dengan kemenangan kepada pasukan pelawat.