JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) menyifatkan kesemua 53 anak kapal Angkatan Laut, Tentera Nasional Indonesia (TNI), KRI Nanggala 402 yang terkorban dalam tragedi itu sebagai perajurit penjaga kedaulatan negara.
Menurut Jokowi, perwira bangsa yang gugur ketika melaksanakan tugas di perairan akan sentiasa terpahat dalam jiwa setiap rakyat Indonesia.
Bahkan mereka semua, kata Jokowi, merupakan putera-putera terbaik bangsa.
"Atas nama pemerintah dan seluruh rakyat Indonesia, saya menyampaikan dukacita yang mendalam atas gugurnya 53 perajurit Nanggala 402.
"Mereka adalah putera-putera terbaik bangsa, patriot terbaik penjaga kedaulatan negara," kata beliau dalam ucapan yang ditayangkan menerusi platform YouTube Sekretariat Presiden pada Isnin.
Turut mengiringi Jokowi ketika menyampaikan ucapan duka itu ialah Naib Presiden, Ma'ruf Amin,Panglima Tentera Nasional Indonesia, Hadi Tjahjanto, Ketua Polis Negara, Listyo Sigit Prabowo, dan Ketua Badan Intelijen Negara, Budi Gunawan.
BACA: Kapal selam Nanggala 402: Tangisan si kecil, nyanyian 'Sampai Jumpa' antara luahan harapan keluarga
Presiden Indonesia itu turut mendoakan kesemua anak kapal itu akan mendapat kedudukan terbaik di sisi Tuhan sementara waris yang ditinggalkan pula akan diberi ketabahan untuk melalui dugaan itu.
Dalam ucapan itu, Jokowi turut mengumumkan kesemua anak kapal Nanggala 402 yang terkorban akan diberikan kenaikan pangkat sebagai menghargai pengorbanan mereka.
Kerajaan juga, kata Jokowi, akan memberikan bintang jasa Jalasena di atas dedikasi, pengabdian kesemua perajurit berkenaan.
“Pemerintah juga bakal menjamin pendidikan anak-anak perajurit Nanggala 402 sehingga ke peringkat universiti,” umum Jokowi lagi.
Dalam masa sama, beliau merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus terlibat dalam misi pencarian Nanggala 402 sehingga akhirnya ditemui.
“Terima kasih dan penghargaan juga saya sampaikan atas bantuan dari negara-negara sahabat dalam upaya dan kerja keras pencarian kapal selam Nanggala 402," kata Jokowi.
Kapal selam Nanggala-402 dilaporkan terputus hubungan di perairan Bali pada 21 April lalu dengan jangkaan kemungkinan terkandas di lokasi jurang di kedalaman 700 meter.
Kapal selam buatan Jerman tahun 1979 itu dilaporkan hilang kontak sekitar pukul 3 pagi waktu tempatan.
Agensi
Mon Apr 26 2021
Presiden Jokowi mengumumkan, kesemua anak kapal Nanggala 402 yang terkorban akan diberikan kenaikan pangkat sebagai menghargai pengorbanan mereka.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
KD Tun Razak dalam keadaan baik, mampu beroperasi pada kedalaman maksimum
Kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Tun Razak dalam keadaan terbaik dan berupaya beroperasi dengan berkesan, kata Menteri Pertahanan.
Pemberian kontrak ISS 2 kapal selam TLDM bukti keyakinan kepada BHIC
Pemberian LOA ini membuktikan keyakinan kerajaan Malaysia terhadap kebolehan BSES dan BHIC menyiapkan projek pada masa yang ditetapkan.
Boustead Heavy Industries terima kontrak sokongan kapal selam TLDM bernilai RM43.6 juta
Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) menerima kontrak sokongan kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) daripada Kementerian Pertahanan bernilai RM43.6 juta.
Dua MPA kesan kapal selam di Laut China Selatan dalam proses perolehan - Mohamad
Kementerian Pertahanan kini dalam proses perolehan dua pesawat Maritime Patrol Aircraft (MPA) dari Itali.
Korea Utara lancar 'kapal selam serangan nuklear taktikal' baharu
Korea Utara melancarkan "kapal selam serangan nuklear taktikal" yang mampu melakukan serangan dalam air.
Singapura terima kapal selam pertama kelas Invincible
Tentera Laut Singapura pada Khamis menerima satu daripada empat kapal selam kelas Invincible, Impeccable di Pangkalan Tentera Laut Changi.
Tragedi Titan: CEO abai amaran tahap keselamatan kapal selam
Pakar penyelidikan laut dalam pernah berbincang mengenai keupayaan Titan menyertai ekspedisi laut dalam dengan CEO OceanGate yang juga mangsa tragedi itu.
Tragedi kapal selam Titan: Ini fakta dan kronologi kejadian yang perlu anda tahu
Semua lima mangsa yang berada dalam kapal selam itu disahkan maut sekali gus menamatkan operasi pencarian yang berlanjutan selama lima hari.
Kapal selam Titan meletup berhampiran Titanic, lima penumpang disahkan meninggal dunia
Serpihan kapal selam itu yang ditemui berhampiran Titanic menjadi petunjuk Titan telah berakhir di Laut Atlantik.
Pencarian Kapal Selam: Peronda Pantai AS temukan serpihan berhampiran Titanic
Peronda Pantai Amerika Syarikat (US Coast Guard) menemukan serpihan berhampiran Titanic dalam kawasan pencarian kapal selam yang hilang dengan lima orang di dalamnya.