KUALA LUMPUR: BHIC Submarine Services Engineering Sdn Bhd (BSES), syarikat milik penuh Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) menerima surat anugerah (LOA) daripada Kementerian Pertahanan untuk menyediakan perkhidmatan In-Service Support 2 (ISS 2) kepada kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Ketua Pegawai Eksekutif BHIC, Feroz Razi Ramli berkata, pemberian LOA ini membuktikan keyakinan kerajaan Malaysia terhadap kebolehan BSES dan BHIC menyiapkan projek pada masa yang ditetapkan, mengikut kos peruntukan serta memenuhi permintaan pelanggan.
"Keyakinan yang ditunjukkan oleh kerajaan terhadap BSES untuk terus memberikan perkhidmatan ISS kepada kapal selam TLDM merupakan undi percaya kepada Kumpulan BHIC bagi menyelenggara aset ketenteraan yang menjadi tunjang kepada keselamatan dan kepentingan strategik negara," katanya menerusi kenyataan media malam tadi.
Beliau berkata, pemberian kontrak itu merupakan bukti kebolehan dan kecekapan syarikat berkenaan dalam memberikan perkhidmatan penyelenggaraan kapal selam TLDM dan memastikan ia boleh dikendalikan dengan selamat dan efisien untuk menjaga keselamatan perairan negara.
"Ia juga merupakan satu pencapaian signifikan kepada sebuah syarikat tempatan untuk menyelenggara dan mengimplementasikan ISS terhadap kapal selam TLDM," katanya.
Kontrak ISS 2 bernilai RM1.1 bilion ini bermula secara retrospektif dari 15 Feb lepas hingga 14 Feb 2029 dan BHIC menjangkakan kontrak ini akan menyumbang secara positif kepada tahun kewangan berakhir 31 Dis ini.
Pada Mac tahun lepas, Kementerian Pertahanan yang mewakili kerajaan Malaysia telah memberikan BSES kontrak interim bernilai RM143 juta untuk menjalankan kerja-kerja ISS terhadap kapal selam TLDM dan sepanjang tempoh kontrak ini, BSES telah membuktikan kebolehannya dengan mencapai semua matlamat yang ditetapkan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Boustead Holdings Berhad ,Izaddeen Daud berkata, anugerah kontrak ISS 2 serta pembaharuan kontrak-kontrak kerajaan bernilai tinggi kepada Kumpulan BHIC mempamerkan kebolehannya sebagai antara rakan strategik pertahanan utama di Malaysia.
"BHIC bersedia untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam industri pertahanan melalui penglibatan dalam inisiatif-inisiatif negara dan mengembangkan rantaian bekalan dalam sektor pertahanan. Ini akan mengukuhkan lagi kedudukan syarikat dalam kalangan pemain industri dalam menyumbang kepada pembangunan dan pertumbuhan industri pertahanan yang lebih mampan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Fri Jun 14 2024

syarikat milik penuh Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) menerima surat anugerah (LOA) daripada Kementerian Pertahanan untuk menyediakan perkhidmatan In-Service Support 2 (ISS 2) kepada kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

KD Tun Razak dalam keadaan baik, mampu beroperasi pada kedalaman maksimum
Kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Tun Razak dalam keadaan terbaik dan berupaya beroperasi dengan berkesan, kata Menteri Pertahanan.

Pemberian kontrak ISS 2 kapal selam TLDM bukti keyakinan kepada BHIC
Pemberian LOA ini membuktikan keyakinan kerajaan Malaysia terhadap kebolehan BSES dan BHIC menyiapkan projek pada masa yang ditetapkan.

Boustead Heavy Industries terima kontrak sokongan kapal selam TLDM bernilai RM43.6 juta
Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) menerima kontrak sokongan kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) daripada Kementerian Pertahanan bernilai RM43.6 juta.

Dua MPA kesan kapal selam di Laut China Selatan dalam proses perolehan - Mohamad
Kementerian Pertahanan kini dalam proses perolehan dua pesawat Maritime Patrol Aircraft (MPA) dari Itali.

Korea Utara lancar 'kapal selam serangan nuklear taktikal' baharu
Korea Utara melancarkan "kapal selam serangan nuklear taktikal" yang mampu melakukan serangan dalam air.

Singapura terima kapal selam pertama kelas Invincible
Tentera Laut Singapura pada Khamis menerima satu daripada empat kapal selam kelas Invincible, Impeccable di Pangkalan Tentera Laut Changi.

Tragedi Titan: CEO abai amaran tahap keselamatan kapal selam
Pakar penyelidikan laut dalam pernah berbincang mengenai keupayaan Titan menyertai ekspedisi laut dalam dengan CEO OceanGate yang juga mangsa tragedi itu.

Tragedi kapal selam Titan: Ini fakta dan kronologi kejadian yang perlu anda tahu
Semua lima mangsa yang berada dalam kapal selam itu disahkan maut sekali gus menamatkan operasi pencarian yang berlanjutan selama lima hari.

Kapal selam Titan meletup berhampiran Titanic, lima penumpang disahkan meninggal dunia
Serpihan kapal selam itu yang ditemui berhampiran Titanic menjadi petunjuk Titan telah berakhir di Laut Atlantik.

Pencarian Kapal Selam: Peronda Pantai AS temukan serpihan berhampiran Titanic
Peronda Pantai Amerika Syarikat (US Coast Guard) menemukan serpihan berhampiran Titanic dalam kawasan pencarian kapal selam yang hilang dengan lima orang di dalamnya.