KUALA LUMPUR: Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) menerima kontrak sokongan kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) daripada Kementerian Pertahanan bernilai RM43.6 juta.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, BHIC berkata, pada 30 April lalu anak syarikat milik penuhnya, BHIC Submarine Engineering Services Sdn Bhd (BSES) telah menerima Surat Anugerah bertarikh 17 April 2024 daripada Kementerian Pertahanan, yang mewakili kerajaan.
Kementerian Pertahanan katanya, menganugerahkan BSES perluasan ruang lingkup kerja dan harga siling kontrak tambahan untuk Sokongan Perkhidmatan Interim (ISS) bagi Kapal Selam Kelas Perdana Menteri TLDM dengan nilai RM43.6 juta.
Menurut BHIC, satu kontrak rasmi antara Kerajaan Malaysia dan BSES akan diputuskan dan dilaksanakan pada tarikh kemudian.
Kontrak ini akan menyumbang secara positif kepada pendapatan Kumpulan BHIC bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2024, kata BHIC pada Khamis.
"Kecuali Tan Sri Aziah Ali dan Dr Salihin Abang yang masing-masing adalah Pengarah BHIC dan BSES, tiada mana-mana pengarah atau pemegang saham utama syarikat, atau individu yang berkaitan dengan mereka, memiliki sebarang kepentingan, sama ada langsung atau tidak langsung dalam kontrak ini," katanya.
Rugi bersih BHIC terus melebar pada suku keempat tahun kewangan 2023 (4QFY23) berbanding setahun sebelumnya terutama disebabkan peruntukan bagi projek kapal tempur pesisir (LCS) yang telah lama tertangguh.
Kerugian bersih bagi tiga bulan berakhir 31 Disember 2023 ialah RM256.72 juta berbanding RM26.48 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Syarikat itu menempah elaun untuk jangkaan kerugian kredit sebanyak RM261.4 juta yang merupakan hutang daripada Lumut Naval Shipyard Sdn Bhd, atau Lunas.- Dagang News
Dagang News
Fri May 03 2024

Menurut BHIC, satu kontrak rasmi antara Kerajaan Malaysia dan BSES akan diputuskan dan dilaksanakan pada tarikh kemudian. - Gambar/ BHIC

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Boustead Heavy Industries terima kontrak sokongan kapal selam TLDM bernilai RM43.6 juta
Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) menerima kontrak sokongan kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) daripada Kementerian Pertahanan bernilai RM43.6 juta.

BHIC jual 27 juta saham Lumut Naval Shipyard kepada OSB bernilai RM334.73 juta
Cadangan pelupusan itu direka untuk menyokong keputusan kerajaan memastikan projek Kapal Tempur Littoral (LCS) siap.

Boustead Heavy Industries dapat lanjutan kontrak senggara kemudahan kapal selam TLDM
Kontrak rasmi antara Kerajaan Malaysia dan BHIC Submarine Engineering Services Sdn Bhd akan dimuktamadkan dan dilaksanakan kemudian.

Boustead DCNS Naval terima lanjutan 9 bulan kontrak Mindef bernilai RM79.32 juta
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, BHIC berkata lanjutan itu bermula 1 Januari 2022 hingga 30 September 2022.