ELURU:Bandar Eluru di India diserang sejenis penyakit misteri, yang menyebabkan satu kematian dan lebih 300 penduduk lagi dimasukkan ke hospital.
Sehingga kini pihak berkuasa kesihatan di bandar itu tidak dapat mengenal pasti punca penyakit berkenaan, yang bermula dengan simptom seperti sawan, menggigil dan pengsan.
Ia bermula Sabtu lepas dengan 45 penduduk dari 4 lokasi berbeza di bandar itu mengadu mengalami simptom-simptom tersebut, lapor Times of India.
Sepasukan doktor pakar dari Pusat Sains Perubatan Delhi tiba pada Ahad untuk bekerjasama dengan doktor tempatan bagi mengenal pasti punca penyakit.
Setakat ini, mereka menolak kemungkinan ia berpunca daripada pencemaran air atau makanan.
"Terdapat kesan terhadap sistem saraf pesakit. Tetapi agen penyebabnya belum diketahui.
"Kami sedang mengkaji jika ini ada kaitan dengan pencemaran kimia," laporan itu memetik kenyataan seorang doktor.
Kesemua pesakit dilaporkan dalam keadaan stabil.
Agensi
Mon Dec 07 2020

Bandar Eluru di India diserang sejenis penyakit misteri, dengan satu kematian dan lebih 300 penduduk lagi dimasukkan ke hospital.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Penyakit misteri serang pekan kecil di India
Mereka yang sakit menunjukkan simptom seperti sawan, menggigil dan pengsan.