Penunjuk perasaan antikerajaan akan berarak ke Rumah Kerajaan sekali lagi pada 9 Dis, satu langkah untuk memperbaharui tekanan ke atas Perdana Menteri Yingluck Shinawatra dan mahu meningkatkan ketegangan
politik di sini.
Pemimpin mereka, Suthep Thuegsuban (gambar) dari Jawatankuasa Pembaharuan Demokratik Rakyat (PDRC), pada Jumaat menggesa orang ramai agar berdemonstrasi di Rumah Kerajaan yang menempatkan pejabat Perdana Menteri, bermula pukul 9.30 pagi pada 9 Dis.
Beliau memaklumkan kepada kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan dari kawasan luar bandar untuk berkumpul di dewan wilayah di seluruh negara dan pintu tertutup untuk mengelakkan pegawai wilayah daripada bekerja.
Beliau juga meminta pelajar untuk menyertai protes terhadap kerajaan.
"Kami akan berkumpul di setiap jalan raya di seluruh Bangkok dan menuju ke Rumah Kerajaan pada 9 Dis. Kita akan tahu pada hari Isnin, jika kita akan menang atau kalah," Suthep mengumumkan demikian di sini, petang semalam.
Beliau akan mengetuai perarakan ke Rumah Kerajaan itu, namun mereka tidak akan masuk ke dalam sebagai menghormati anggota tentera yang dikerahkan berkawal di sekitar Kawasan Rumah Kerajaan.
Beliau berkata, penunjuk perasaan akan berada di pusat pertemuan di Pusat Kompleks Kerajaan, sehingga Ahad malam.
Sementara itu, kumpulan Baju Merah penyokong kerajaan mengumumkan mereka akan mengadakan perhimpunan di Ayuthaya, terletak kira-kira 76km dari sini, pada 10 Dis.
Bernama
Sat Dec 07 2013
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Rakyat Israel antikerajaan adakan protes, gesa pilihan raya baharu
Mereka bertempur dengan polis berhampiran rumah Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan menggesa pilihan raya baharu dilaksanakan.
Polis Israel guna meriam air leraikan protes antikerajaan
Penunjuk perasaan menggesa Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berundur dan mengadakan pilihan raya baharu.
Dua aktivis Thailand berdepan masalah kerosakan buah pinggang, gara-gara mogok lapar
Hendak melaksaakan protes mogok lapar tidak semudah yang disangkakan. Kesudahannya, kesihatan diri jadi taruhan.
Rusuhan di Kazakhstan: Lebih 164 maut, 6,000 ditahan pihak berkuasa
Hampir 6,000 orang telah ditangkap, termasuk 'sebilangan besar warga asing', kata Pejabat Presiden Kazakhstan pada Ahad.
Tunjuk perasaan antikerajaan Kazakhstan semakin memburuk
Protes tercetus gara-gara kenaikan harga minyak, disusuli isu politik.
Sekurang-kurangnya enam polis cedera, enam penunjuk perasaan ditahan di Bangkok
Pada Selasa, polis melepaskan gas pemedih mata, semburan air dan peluru getah untuk menyuraikan penunjuk perasaan.
Pemimpin tunjuk perasan yang masih diikat jamin, ditahan sertai protes di Bangkok
Polis Thailand menahan pemimpin penunjuk perasaan, Jatupat Boonpathararaksa bersama 20 lagi peserta tunjuk perasaan kerana melanggar Dekri Darurat dan Akta Kawalan Penyakit Berjangkit.
COVID-19: Penunjuk perasaan Thailand kembali, ingkar larangan berhimpun
Ribuan penunjuk perasaan antikerajaan kembali memenuhi jalan-jalan utama di bandar raya Bangkok, meskipun Thailand kini bergelut dengan peningkatan kes COVID-19.
22 termasuk pegawai, atlet pasukan bola tampar wanita Thailand positif COVID-19
Kesemua ahli pasukan yang dijangkiti menerima rawatan di Hospital Piyavate sementara empat staf dimasukkan ke Hospital Nakhon Pathom.
Tunjuk perasaan antikerajaan di Bangkok lebih 30 cedera
Protes antikerajaan di Bangkok itu berubah menjadi ganas ketika polis melepaskan tembakan meriam air, gas pemedih mata dan peluru getah bagi menyuraikan penunjuk perasaan.