BANGKOK: Seramai 22 termasuk pegawai dan atlet pasukan bola tampar wanita Thailand didapati positif COVID-19, memaksa pasukan itu menarik diri daripada menyertai Liga Bola Tampar Wanita FIVB.
Persatuan Bola Tampar Thailand dalam satu kenyataan berkata empat pegawai sains sukan yang melatih atlet di kem di Nakhon Pathom didapati positif pada Selasa.
"Kami kemudian segera mengarahkan semua 37 atlet, jurulatih dan staf lain yang menjadi kontak rapat menjalani ujian saringan. Hasil ujian yang dikeluarkan pagi ini mendapati 22 daripadanya positif," kata persatuan itu.
Kesemua ahli pasukan yang dijangkiti menerima rawatan di Hospital Piyavate sementara empat staf dimasukkan ke Hospital Nakhon Pathom.
Liga Bola Tampar Wanita FIVB akan diadakan pada 25 Mei hingga 25 Jun di Rimini, Itali. Sebanyak 16 pasukan dijangka bertanding.
Pada Rabu, Thailand mencatat 1,983 kes baharu COVID-19 dan 34 korban, jumlah kematian harian tertinggi. Keseluruhan jumlah kes sebanyak 88,907 dan 486 kematian, kata Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA).
Daripada jumlah kes baharu, 1,974 membabitkan jangkitan tempatan dan sembilan import termasuk tiga rakyat Malaysia.
Sementara itu, seramai 2,835 banduan membabitkan dua pusat tahanan di Bangkok didapati positif COVID-19.
Ketua Pengarah Jabatan Penjara Aryut Sinthoppan dalam satu kenyataan berkata kes itu membabitkan seramai 1,795 banduan di Penjara Reman Bangkok dan 1,040 penghuni di institut pemulihan wanita.
Dua kemudahan tahanan itu menempatkan beberapa pemimpin tunjuk perasaan yang ditahan dan diuji positif COVID-19.
"Sehingga kini, sebanyak 17,000 ujian pengesanan telah dilakukan dalam kalangan banduan dan staf di kedua-dua penjara itu," katanya.
Terdahulu, Panusaya Sithijirawattanakul yang berada lapan minggu di penjara sementara menunggu perbicaraan atas tuduhan menghina sistem monarki berkata, dia turut dijangkiti virus itu.
Panusaya yang dibebaskan dengan ikat jamin pada minggu lalu sedang menerima rawatan di sebuah hospital.
Dua lagi pemimpin tunjuk perasaan antikerajaan yang turut didapati positif COVID-19 ialah peguam hak asasi manusia Arnon Nampa dan Chukiat Saengowng yang masih dalam tahanan.
Pada Selasa sebuah mahkamah membebaskan pemimpin tunjuk perasaan Parit Chiwarak, 22, dan Chaiamorn Kaewwiboonpan, 32.
Kedua-duanya dibebaskan dengan syarat perlu kekal berada di Thailand dan tidak menyertai sebarang tunjuk perasaan dan menghina sistem monarki.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 12 2021

Pada Rabu, Thailand mencatat 1,983 kes baharu COVID-19 dan 34 korban, jumlah kematian harian tertinggi. - Gambar fail/ Reuters
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Isteri hilang ditemui maut bersama 'kekasih gelap'
Seorang lelaki di Thailand yang mencari isteri hilang dikejutkan dengan penemuan wanita itu yang maut bersama bersama kekasihnya dalam kereta diletakkan di jalan dekat wilayah tengah Chachoengsao.

Upah tinggi faktor rakyat tempatan sanggup jadi tali barut bawa masuk PATI
Ganjaran lumayan menyebabkan segelintir rakyat tempatan sanggup menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dengan bertindak sebagai tekong darat.

Sindiket penipuan kerja Myanmar: Kementerian Luar bantu 15 rakyat Malaysia di Thailand
Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok kini berhubung rapat dengan pihak berkuasa Thailand bagi mengesahkan identiti rakyat Malaysia yang terlibat.

Keputusan kes dadah penyanyi wanita terkenal Kelantan dan lima yang lain diketahui 6 Mac
Mahkamah Wilayah Narathiwat akan membuat keputusan kes dadah membabitkan penyanyi terkenal Kelantan bersama suami dan empat rakannya pada 6 Mac depan.

TDM tahan 15 pendatang tanpa izin warga Myanmar, Thailand
Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) menahan 15 pendatang asing tanpa izin warga Myanmar dan Thailand dalam dua tangkapan berasingan di daerah Kubang Pasu, semalam dan hari ini.

Thailand ketatkan kawalan sempadan selepas potong bekalan elektrik ke Myanmar
Polis peronda sempadan Thailand dan pasukan tentera telah menguatkan keselamatan di sepanjang sempadan dan semua agensi yang berkaitan.

ACC: BG Pathum United sekat impian Terengganu ke separuh akhir
Kekalahan itu sekali gus melenyapkan impian anak buah Badrul Afzan Razali untuk ke pusingan kalah mati selepas jatuh ke kedudukan keempat.

Rizal Tisin kini bimbing skuad berbasikal trek Thailand
Mohd Rizal berkata beliau diberikan kontrak selama setahun oleh Thaicycling Association.