Presiden Indonesia, Joko Widodo pada Isnin mengumumkan pengurangan ketara subsidi bahan api di republik itu.
Ia disifatkan satu tindakan berisiko selain tidak popular dalam usahanya walaupun dibuat untuk mengatasi masalah kewangan Indonesia sebagai ekonomi terbesar di Asia Tenggara.
Menaikkan harga bahan api petrol dan diesel sehingga 30 peratus adalah satu langkah yang berani, kata Penganalisis Ekonomi dan Ketua Penyelidik Runcit Affin Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan.
Kata Dr Nazri, langkah ini juga merupakan satu langkah yang baik dalam mengukuhkan mata wang negara tersebut.
“Ini langkah yang berani kerana bakal memberi tekanan kepada rakyat Indonesia. Namun langkah ini juga bakal mengukuhkan bon dan rupiah Indonesia.
“Bila subsidi dikurangkan sekali gus beban subsidi Indonesia akan berkurangan dan bakal menarik keyakinan pelabur,” kata Dr Nazri ketika dihubungi Astro AWANI.
Ikuti temubual penuh di sini.
Astro Awani
Tue Nov 18 2014
Langkah ini juga merupakan satu langkah yang baik dalam mengukuhkan mata wang negara tersebut, kata Dr Nazri. - Gambar Fail
APM Kelantan tangkap ular sawa batik seberat 50 kg
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan menangkap seekor ular sawa batik seberat 50 kilogram di Kampung Baru Star, di sini semalam.
AWANI Ringkas: PAGS | Pemilikan Rumah | Pelaburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Selangor dinamik | Cita sempurna Malaysia MADANI
Apakah fokus dan strategi Kerajaan Negeri Selangor dalam mengurus dan meneruskan pembangunan memacu agenda ekonomi negeri serta meningkat kesejahteraan rakyat? Ikuti temubual mengenai Belanjawan Negeri Selangor 2025 bersama Datuk Seri Amirudun Shari, Menteri Besar Selangor dalam Agenda AWANI 9.00 malam ini.
#AWANIRingkas 26 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 26 November 2024
1️⃣ Fasiliti terbaharu pastikan keselamatan penumpang
2️⃣ Pelaksanaan skim RTO diteruskan - Kor Ming
3️⃣ Lawatan PM ke Korea raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
#awaniringkas
1️⃣ Fasiliti terbaharu pastikan keselamatan penumpang
2️⃣ Pelaksanaan skim RTO diteruskan - Kor Ming
3️⃣ Lawatan PM ke Korea raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
#awaniringkas
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Peletakan jawatan semua Ahli Lembaga Pengarah Khazanah perkara biasa - Penganalisis
Peletakan jawatan ahli lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Khazanah adakah untuk memudahkan transisi kerajaan baharu.
Ringgit dijangka teruskan momentum positif minggu depan
Ringgit dijangka meneruskan momentum positif berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan memandangkan ketidaktentuan mata wang selamat.
Kejatuhan Bursa Malaysia tempoh baik untuk beli pegangan pada harga murah - Penyelidik
Kejatuhan Bursa Malaysia dan serantau perlu dilihat sebagai peluang untuk mendapatkan saham pada harga jauh lebih rendah.
Pengurangan subsidi bahan api di Indonesia satu langkah berani - Penganalisis ekonomi
Langkah ini juga merupakan satu langkah yang baik dalam mengukuhkan mata wang negara tersebut, kata Dr Nazri.
'Perjelas rancangan penuh GST & penyelarasan subsidi'
Rangka kerja pelaksanaan lengkap GST perlu diperjelaskan supaya pihak yang terbabit mampu membuat persediaan awal.
Pelabur berharap tiada perubahan polisi
Dr Nazri Khan, Ketua Penyelidik Runcit Affin Investment Bank mengatakan pelabur-pelabur berharap tidak berlaku perubahan pada polisi BN.
Bursa Malaysia pulih minggu depan
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka melantun minggu depan, apabila petunjuk pasaran muncul semula dan pelabur peneraju kembali ke pasaran.
Saham di Bursa Malaysia dijangka kukuh minggu ini
Harga saham di Bursa Malaysia dijangka mengukuh minggu ini menurut ketua penyelidikan runcit Affin Investment Bank Dr Nazri Khan.