Proses pengundian pilihan raya presiden Paraguay bermula dengan jumlah keluar mengundi diramal sangat tinggi.
Setakat ini, pemerhati pilihan raya antarabangsa berpuas hati dengan proses demokratik itu yang berlangsung tenang walaupun terdapat laporan beberapa kes penipuan undi.
Pengundian kali ini penting bagi negara itu selepas setahun, Fernando Lugo dipecat daripada jawatan presiden.
Susulan pemecatan itu, blok serantau seperti mercosur menggantung keanggotaan Paraguay kerana menganggap tindakan memecat Lugo tidak mengikut perlembagaan Paraguay.
Berdasarkan tinjauan pendapat, calon daripada parti Colorado, Horacio Cartes diramal memenangi pilihan raya mengatasi pesaingnya daripada parti liberal, Senator Efrain Alegre.
Kedua-dua calon membuang undi di Asuncion dan pemenang bakal mengisi jawatan presiden pada 15 Ogos ini.
Cabaran utama kepada kerajaan baru Paraguay adalah membasmi kemiskinan memandangkan separuh daripada rakyatnya masih dibelenggu masalah itu.
Paraguay adalah pengeluar ketiga terbesar kacang soya, jagung dan bunga matahari, namun hanya satu peratus daripada populasinya memiliki daripada 77 peratus tanah pertanian subur.
Faktor itu menyebabkan sebahagian besar rakyat masih dibelenggu kemiskinan.