BANGKOK: Parlimen Thailand akan bersidang pada Khamis depan (27 Julai) untuk mengundi perdana menteri baharu kerana perhimpunan dwidewan yang dianggotai 749 anggota tidak dapat bersidang hari ini selepas pencalonan semula pemimpin Parti Move Forward (MFP) Pita Limjaroenrat telah ditolak.
Speaker Wan Muhamad Noor Matha berkata parti politik akan mencalonkan calon perdana menteri, dan kemudian perbahasan akan diadakan, tetapi Pita tidak boleh dicalonkan semula kerana ia bertentangan dengan Perkara 41 Perlembagaan.
"Seorang calon hanya boleh dicalonkan sekali dalam setiap sidang parlimen," katanya kepada pemberita pada Rabu.
Wan Muhamad Noor berkata seorang perdana menteri mesti memperoleh 375 undi yang diperlukan dalam persidangan bersama.
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14 Mei, MFP memenangi 151 kerusi dan memperoleh lebih 14.2 juta undi dan mengetuai gabungan lapan parti yang menguasai 312 daripada 500 kerusi di Dewan Rakyat.
Pheu Thai memenangi 141 kerusi dan merupakan parti kedua terbesar dalam gabungan itu.
Bagaimanapun, Pita sebagai calon tunggal perdana menteri sekadar meraih 324 undi, manakala 182 undi menentang dan 199 berkecuali dalam pengundian pusingan pertama pada 13 Julai lalu.
Seramai 705 orang ahli yang hadir pada persidangan itu. Hanya 13 daripada 249 senator (seorang meletak jawatan) menyokong Pita dengan selebihnya mengundi menentangnya atau berkecuali.
Pada Rabu (16 Julai), usaha Pita untuk menjadi perdana menteri berkubur, selepas Mahkamah Perlembagaan mengeluarkan perintah beliau digantung daripada parlimen.
Mahkamah akan memutuskan sama ada beliau hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen kerana bertanding dalam pilihan raya sedangkan memiliki saham dalam syarikat media yang sudah tidak beroperasi.
Undang-undang pilihan raya Thailand melarang mereka yang memiliki saham dalam syarikat media daripada bertanding dalam pilihan raya.
Pita didakwa tidak layak bertanding kerana memegang saham dalam sebuah syarikat media ketika mendaftar sebagi calon.
Selepas bidaan Pita gagal, gabungan lapan parti pimpinan MFP dijangka mencalonkan Srettha Thavisin dari parti Pheu Thai, seorang hartawan hartanah dan muka baharu dalam arena politik Thailand.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 20 2023

Speaker Wan Muhamad Noor Matha berkata parti politik akan mencalonkan calon perdana menteri, dan kemudian perbahasan akan diadakan. - Gambar fail/REUTERS

Perhilitan tangkap gajah liar di Jeli
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan menangkap seekor gajah jantan di Kampung Bukit Tok Ali, Kuala Balah, Jeli Ahad lepas.

Ringgit naik 0.24 peratus berbanding dolar AS
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Rabu, naik 0.24 peratus kepada 4.4330/4400 daripada 4.4450/4490 pada Isnin lepas.
AWANI Ringkas: Skim harga barangan berkuat kuasa 24 Mac
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 19 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 19 Mac 2025
1️⃣ Skim harga barangan berkuat kuasa 24 Mac
2️⃣ RUU Majlis Media Malaysia dilulus
3️⃣ Datuk Bandar Istanbul ditahan atas dakwaan rasuah
#awaniringkas
1️⃣ Skim harga barangan berkuat kuasa 24 Mac
2️⃣ RUU Majlis Media Malaysia dilulus
3️⃣ Datuk Bandar Istanbul ditahan atas dakwaan rasuah
#awaniringkas
AWANI 7:45 [19/3/2025] – Cadangan hadkan tempoh jawatan PM| Lonjakan trafik sempena Aidilfitri| 26 barangan SHMMP Aidilfitri
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Irfan Faruqi
1. Pagi DNAA, petang didakwa, warga emas insiden tampar mengaku tidak salah
2. Cadangan hadkan tempoh jawatan PM 10 tahun diteliti Kabinet
3. Siap siaga para perantau, lebih 2 juta kenderaan pulang Aidilfitri
4. Selepas sembilan bulan, angkasawan Nasa akhirnya kembali ke bumi
1. Pagi DNAA, petang didakwa, warga emas insiden tampar mengaku tidak salah
2. Cadangan hadkan tempoh jawatan PM 10 tahun diteliti Kabinet
3. Siap siaga para perantau, lebih 2 juta kenderaan pulang Aidilfitri
4. Selepas sembilan bulan, angkasawan Nasa akhirnya kembali ke bumi

JAKIM anjur solat hajat solidariti Palestin hingga akhir Ramadan
JAKIM akan menganjurkan solat hajat setiap malam di tiga masjid utama di bawah seliaannya bermula hari ini hingga akhir Ramadan.

Pesara rugi hampir RM400,000 akibat penipuan dalam talian
Mangsa membuka akaun perniagaan dalam talian menerusi aplikasi Amazon dan TikTok setelah diperkenalkan oleh seorang individu melalui WhatsApp.

PM Thailand arah tindakan tangani jerebu teruk di Chiang Mai
Dalam satu hantaran di X, Paetongtarn berkata kerajaan telah memantau dengan teliti masalah jerebu di wilayah utara negara itu.

Aidilfitri: Bomba kenal pasti 12 lokasi berisiko di PLUS dan LPT
Matlamat utama JBPM adalah untuk sampai ke lokasi berlaku kemalangan tidak lewat dari setengah jam setelah berlaku sebarang insiden.

Didi & Friends bersama Hawa Rizwana dalam ‘WiFi Kencang Tak Sangkut-Sangkut’
Astro Fibre turut melancarkan lagu khas untuk mengajar kepentingan rangkaian WiFi yang pantas dan stabil di rumah.

Hartawan hartanah, Srettha Thavisin, peroleh undi mencukupi untuk dilantik sebagai PM Thailand
Srettha Thavisin memperoleh lebih 374 undi, lantas memecahkan kebuntuan lantikan perdana menteri pasca pilihan raya umum 14 Mei lalu.

Thailand bubar Parlimen, tetapkan pilihan raya pada Mei
Raja Maha Vajiralongkorn telah mengesahkan dekri untuk membubarkan Parlimen, menurut Warta Diraja yang diterbitkan pada Isnin.

Bekas perdana menteri dipilih Speaker Parlimen Thailand
Chuan Leekpai dari Demokrat dipilih sebagai Speaker Parlimen Thailand yang baharu.