Harris memaklumkan pesaingnya, Donald Trump tidak akan membuka jalan untuk hak kewarganegaraan dan menyalahkan beliau kerana menghalang Rang Undang-Undang Keselamatan Sempadan secara bipartisan semasa beliau menjadi presiden.
"Pilihan raya kali ini dan cara pengundi Latin mengundi boleh membantu membuka jalan kepada penyelesaian. Donald Trump tidak akan memperjuangkan jalan untuk kewarganegaraan. Beliau tidak melakukannya dulu dan dia tidak akan melakukannya di masa depan.
"Kita tahu bagaimana Donald Trump bercakap mengenai imigresen. Oleh itu, saya tidak dapat menekankan dengan lebih kuat lagi, undi Latin dalam pilihan raya ini adalah sangat penting.
"Saya cukup yakin bahawa orang yang kita bincangkan ini percaya kepada negara kita, mencintai negara kita, dan komited kepada pertumbuhannya, kemakmurannya serta peluang untuk setiap orang mempunyai martabat dan diperlakukan dengan hormat dan itu bukan masa depan Donald Trump," katanya.
Tambah Harris, Trump tidak berusaha untuk membawa rakyat AS ke hadapan terutama dalam rancangan pekerja di AS dan pelan kanak-kanak termasuk memperluas kredit cukai kanak-kanak.
Dalam masa sama, Timbalan Presiden itu juga menyatakan hasratnya untuk bekerja sama dengan Presiden baru Mexico, Claudia Sheinbaum.
Sebelum ini, pengundi Latin majoritinya merupakan penyokong parti Demokrat, tetapi kempen Trump berharap untuk memenangi lebih ramai daripada mereka, terutama lelaki, berdasarkan ketidakpuasan terhadap ekonomi.