Ringkasan AI
- Penghantaran bantuan melalui udara: Risiko kepada orang awam tetapi membantu meleraikan khalayak ramai dan mengurangkan risiko ditembak tentera Israel.
- Kaedah penghantaran yang Lebih ideal: Lebih selamat dan boleh membawa lebih banyak barang, tetapi tidak dapat dilakukan kerana sempadan ditutup oleh rejim Israel.
- Bantuan yang dihantar: KHOM akan menghantar sekurangkurangnya 1,230 kotak makanan asas dan pek susu bayi ke utara Gaza melalui udara selewatlewatnya bulan depan.
Namun, pada masa yang sama, Pengarah Misi Karisma Humanitarian Outreach Mission (KHOM), Nik Marina Hussin berkata kaedah penghantaran bantuan ini turut membolehkan khalayak dileraikan seterusnya mengurangkan risiko ditembak rambang oleh tentera Israel.
“Oleh itu, antara kelebihan penghantaran bantuan melalui udara adalah keupayaannya untuk meleraikan khalayak ramai daripada tertumpu di satu kawasan sahaja, walaupun bantuan ini jatuh di sekitar kawasan yang sama,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Rabu.
Penghantaran bantuan melalui udara ada baik, ada buruk – Pengarah Misi KHOM
Menurut Nik Marina kaedah penghantaran bantuan yang lebih ideal adalah melalui jalan darat.
Namun usaha itu tidak dapat dilaksanakan memandangkan sempadan ditutup sepenuhnya oleh rejim Israel, meskipun keperluan kemanusiaan untuk rakyat Palestin adalah amat-amat mendesak.
“Apabila melalui jalan darat sudah tentu lebih banyak barangan boleh dihantar dengan lori. Seperkara lagi jalan darat ini lebih baik dari segi keselamatan,” ujarnya.
Nik Marina memaklumkan KHOM akan menghantar sekurang-kurangnya 1,230 kotak makanan melalui pelepasan udara untuk penduduk di utara Gaza, selewat-lewatnya bulan depan.
Bantuan hasil sumbangan rakyat Malaysia itu adalah berupa bekalan makanan asas seperti beras, gula dan minyak, selain makanan dalam tin disediakan KHOM menerusi Operasi Airdrop Kecemasan Gaza 2.0.
Berbanding bantuan melalui udara sebelum ini, kata Nik Marina lagi, pilihan makanan yang dibuat adalah bersesuaian dengan musim panas, selain mengambil kira keperluan semasa rakyat Palestin.
Ini termasuklah penyediaan pek susu bayi di dalam sebahagian daripada kotak yang akan dihantar, memandangkan bayi, selain kanak-kanak kecil adalah golongan paling kritikal yang berdepan kebuluran ketika ini.
Agenda AWANI: Operasi Kecemasan Gaza Melalui Udara 2.0