BEIJING: Anhui, sebuah wilayah menarik di timur China mempunyai tiga Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dan satu daripadanya ialah Gunung Huangshan atau dikenali sebagai Gunung Kuning.
Sering digambarkan sebagai "gunung terindah di China", Gunung Huangshan menerima empat juta pendaki setiap tahun, dengan 90 peratus daripada mereka berasal dari China manakala selebihnya merupakan pelancong dari Eropah.
Semasa lawatan ke Anhui baru-baru ini, penulis bersama sembilan lagi wartawan dari Laos, Indonesia, Vietnam, Filipina, Kepulauan Cook, Tonga, Samoa dan Kepulauan Solomon berpeluang merasai pengalaman mendaki gunung diselubungi kabus yang terkenal ini.
Walaupun hujan dan angin kencang sekali-sekala mencabar pendakian kami, kami berjaya menghabiskan masa kira-kira tiga jam di puncak gunung.
Kami memulakan pendakian di pintu masuk Selatan, menaiki kereta kabel Yungu, berjalan kaki selama berjam-jam dalam hujan dengan jarak penglihatan terhad, dan turun dengan kereta kabel Yuping yang terletak di pintu masuk Utara. Bagaimanapun, ia tetap merupakan pendakian yang baik disertai oleh pegawai dari Kementerian Luar China.
Terletak di selatan Anhui, Gunung Huangshan terkenal dengan pemandangan semula jadi yang menakjubkan, termasuk batu granit besar dan pokok pain purba sering diserlahkan oleh awan dan kabus.
Gunung ini telah memainkan peranan penting dalam sejarah seni dan kesusasteraan China sejak Dinasti Tang sekitar abad kelapan, apabila seorang legenda bertarikh dari tahun 747 menggambarkan gunung itu sebagai tempat penemuan 'eliksir keabadian' yang telah lama dicari.
Gunung Kuning, yang mempunyai sejarah geologi selama 800 juta tahun, telah diiktiraf dalam Senarai Warisan Budaya dan Semula Jadi Dunia UNESCO pada tahun 1990. Kemudian ia dimasukkan ke dalam senarai Geopark Dunia pada tahun 2004.
Ia mempunyai beberapa puncak yang mengagumkan, kebanyakannya melebihi ketinggian 1,000 meter dengan yang tertinggi -- Puncak Lianhua (Puncak Teratai) yang terkenal, mencapai sehingga 1,864 meter.
Penulis dan sembilan lagi wartawan berada di Anhui untuk lawatan suai kenal selama empat hari dan turut menghadiri Forum Kerjasama Kerajaan Tempatan dan Bandar Persahabatan RCEP (Huangshan) 2024, yang diadakan antara 20 Jun dan 23 Jun, 2024.
Forum ini bertujuan untuk meningkatkan persefahaman antara kerajaan tempatan negara anggota RCEP, meneroka peluang perniagaan yang berpotensi, serta mempromosikan kerjasama yang saling menguntungkan antara negara anggota RCEP.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 24 2024
Terletak di selatan Anhui, Gunung Huangshan terkenal dengan pemandangan semula jadi yang menakjubkan, termasuk batu granit besar dan pokok pain purba sering diserlahkan oleh awan dan kabus. - Foto BERNAMA
Jual saham MAHB: Langkah tidak adil, bertentangan kepentingan negara - Hamzah
MAHB merupakan aset strategik negara yang penting dan perlu kekal sebagai syarikat awam tersenarai di Bursa Malaysia.
AWANI Pagi: Penyelidikan bencana berasaskan komuniti
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama Editor Kanan Nazri Kahar menemubual Prof Dr Syamsidik, Profesor Kejuruteraan Hidraulik, Pusat Studi Tsunami Dan Mitigasi Bencana (TDMRC), Universitas Syiah Kuala mengenai proses pemulihan pasca tsunami 2004 menggunakan pendekatan pengurusan bencana berasaskan komuniti sehingga menjadikan Aceh sebuah makmal hidup (living lab) terbaik pernah disaksikan selepas berlakunya tsunami dua dekad lalu.
Van Nistelrooy anggap sokongan peminat Manchester United di Malaysia seperti di Old Trafford
Pengendali Leicester City itu berasa kagum melihat peminat The Red Devils di Kuala Lumpur.
Kerajaan mulakan kajian semula antilambakan ke atas import besi
Pemulaan kajian semula pentadbiran ini adalah berdasarkan permohonan daripada Mycron Steel CRC Sdn. Bhd.
Halal Business: Scaling success without sacrificing ethics
Southeast Asia's startup ecosystem is booming, but a shift is underway. While traditional models priorities rapid scaling and revenue growth, a new wave of entrepreneurs is focused on building ethical, sustainable business that align with community values, especially halal principles. Discover how startups can balance revenue pressures with ethical integrity and understanding the role of accelerator program in guiding these ventures and local dynamics that can support businesses grow sustainably with Managing Partner, HASAN.VC, Umar Munshi.
Lelaki maut kereta terbabas langgar tiang lampu
Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam nahas melibatkan empat kenderaan di Kilometer 12.1 Jalan Permas.
Agong, Permaisuri ucap Selamat Hari Krismas
Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas.
Lebih 5,000 pekerja Starbucks di AS mogok, libat 300 kedai
Kesatuan pekerja mendakwa lebih 290 kedai "ditutup sepenuhnya" dan lebih 300 kedai melancarkan mogok di 45 negeri.
Tinjauan 2025: Peranan aktif belia mencorak dasar ekonomi, sosial
Menurut United Nations Youth Office, 1.9 bilion belia berusia 10 hingga 24 tahun, ini merupakan generasi belia terbesar dalam sejarah, memberi peluang besar untuk mereka memimpin perubahan. Namun, suara mereka sering terpinggir, dengan kurang dari 3 peratus penggubal dasar berusia bawah 30 tahun dan kurang dari 1 peratus wanita muda dalam politik. Dalam konteks ini, bagaimana Malaysia boleh mengambil pendekatan proaktif bagi memperkasa belia untuk memainkan peranan penting dalam membentuk dasar ekonomi dan sosial negara?
AWANI Ringkas: TPM: Fahami kepentingan perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pembunuhan wartawan di Gaza melebihi mana-mana perang dalam puluhan tahun - UNESCO
Guterres menekankan kadar yang membimbangkan pembunuhan wartawan di zon konflik dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Tidak munasabah bubar GTWHI - Chow
Kerajaan Pulau Pinang sifatkan cadangan membubarkan Georgetown World Heritage Incorporated (GTWHI) sebagai sebuah GLC tidak munasabah.
Budaya sarapan Malaysia: Nasi lemak, roti canai, teh tarik dihidang di Pejabat PBB
Ini kali pertama Malaysia mempamerkan warisan masakannya dengan menampilkan hidangan sarapan ikonik di Palais des Nations.
Malaysia-China meterai perjanjian pencalonan bersama tarian singa dalam UNESCO ICH
MOTAC berkata pemeteraian MoU itu akan mengukuhkan kerjasama antara Malaysia dan China dalam penggalakan dan pemasaran pelancongan.
Usaha mengiktiraf boria sebagai warisan dunia UNESCO
Akademi Boria sedang berusaha memperjuangkan supaya boria disenaraikan sebagai Warisan Dunia UNESCO agar ia dapat dipertahankan seterusnya menjadi satu warisan yang tidak hilang ditelan zaman.
Sultan Perak berkenan isytihar pemasyhuran Lenggong Geopark dan perasmian Galeri Lenggong Geopark
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke majlis pemasyhuran Lenggong Geopark dan perasmian Galeri Lenggong Geopark.
Selangor belum cadang warta mana-mana kampung tradisi sebagai tapak warisan - Exco
Kerajaan Selangor tidak bercadang mewartakan mana-mana kampung tradisi di negeri itu sebagai tapak warisan dan mendapatkan pengiktirafan UNESCO buat ketika ini.
Kampung Baru Cina: Kor Ming ajak UMNO bincang
Menurut beliau, pertemuan itu bagi menjelaskan fakta sebenar berhubung cadangannya itu.
Kampung Baru Cina: UMNO tolak cadangan Nga Kor Ming
Tegas Asyraf Wajdi, ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf hanya bumiputera sebagai penduduk asal dengan hak keistimewaan tertentu.
Kemboja: Tambak di bahagian barat Angkor Wat dilancar
Pemuliharaan dan pengukuhan tambak dengan mengekalkan bentuk asalnya telah meningkatkan nilai kuil Angkor Wat.