WELLINGTON: Penduduk New Zealand mula beratur di stesen-stesen minyak minggu ini bagi mendapatkan petrol pada harga diskaun susulan berakhirnya subsidi kerajaan pada Jumaat, lapor Xinhua.
Cukai bahan api penuh akan diperkenal semula pada Sabtu, 1 Julai, yang menamatkan diskaun cukai 25 sen setiap liter semasa sejak 15 bulan lepas
Subsidi itu diperkenal pada Mac tahun lalu untuk membantu rakyat New Zealand menghadapi kenaikan harga bahan api dan kos sara hidup.
Kenaikan harga bahan api membebankan ramai warga New Zealand dalam beberapa bulan pertama tahun lalu.
Seorang pelanggan yang hanya mahu dikenali sebagai Rachel berkata kenaikan harga bahan api itu akan menjejaskan belanjawannya memandangkan beliau bergantung pada keretanya kerana mendakwa pengangkutan awam "tidak boleh dipercayai".
Kenaikan harga juga akan menjejaskan pendapatan pemandu Uber.
Sementara itu, diskaun caj pengguna jalan raya juga akan berakhir pada Sabtu.
Pengangkutan awam separuh harga juga akan digantikan dengan harga biasa untuk kebanyakan orang dewasa, kecuali untuk kanak-kanak berumur lima hingga 12 tahun yang boleh menggunakan pengangkutan awam secara percuma dan diskaun separuh harga kekal untuk mereka yang berumur 13 hingga 24 tahun.
Ekonomi New Zealand sedang bergelut dengan inflasi yang tinggi dan kenaikan kadar faedah. Negara itu mengalami kemelesetan apabila keluaran dalam negara kasarnya jatuh pada suku kedua, menurut jabatan statistik, Stats NZ, awal bulan ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 30 2023
Cukai bahan api penuh akan diperkenal semula pada Sabtu, 1 Julai, yang menamatkan diskaun cukai 25 sen setiap liter semasa sejak 15 bulan lepas. - Gambar hiasan/AFP
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Kapal Tentera Laut New Zealand terbakar sebelum tenggelam di Samoa
Sebuah kapal Tentera Laut New Zealand dilaporkan terbakar sebelum tenggelam di luar pantai Samoa pada pagi Ahad.
Tiga muka baru perkuat Harimau Malaya berdepan New Zealand
27 pemain menerima panggilan menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bagi menghadapi perlawanan antarabangsa menentang New Zealand.
New Zealand cipta rekod dunia haka Maori terbesar, rampas semula gelaran
Penganjur berkata 6,531 orang mempersembahkan haka paling terkenal di negara itu, Ka Mate, pada petang Ahad.
Jokowi puji pasukan keselamatan Indonesia bebaskan juruterbang New Zealand
Presiden Indonesia Joko Widodo memuji kejayaan pasukan tentera dan polis yang berusaha membebaskan juruterbang New Zealand, Phillip Mehrtens daripada menjadi tebusan kumpulan bersenjata Papua.
Juruterbang New Zealand diculik pemberontak terbang ke Jakarta
Tahap kesihatan Mehrtens dilaporkan stabil, meskipun juruterbang itu kehilangan berat badan yang ketara.
Ratu Maori New Zealand yang baharu dimasyhurkan menjelang pemakaman ayahanda
Anak bongsu dan anak perempuan tunggal Raja Maori New Zealand dimasyhurkan sebagai Ratu Maori yang baharu pada Khamis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PM New Zealand puji potensi Malaysia, perkukuh hubungan dua negara
Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon mengakhiri lawatan rasminya ke Malaysia pada Selasa.
Khairul Aming dedah kos hasilkan video masakan di New Zealand
Khairul Aming mendedahkan dia telah berhabis RM80,000 untuk perbelanjaan tiga orang sepanjang menghasilkan video masakan di New Zealand.
New Zealand, Malaysia dan Singapura meterai MoU untuk tingkatkan kerjasama ekonomi
Ia adalah kerjasama ekonomi antara tiga negara, memfokuskan kepada perdagangan, pelaburan dan rangkaian perniagaan.
Malaysia, New Zealand zahir kebimbangan situasi kemanusiaan di Gaza
Malaysia dan New Zealand hari ini melahirkan kebimbangan serius terhadap situasi kemanusiaan di Gaza.