BEIRUT: Penduduk Lubnan menyaksikan ucapan berkobar-kobar pemimpin Hezbollah, Sayyed Hassan Nasrallah yang bersumpah akan membuat tindak balas terhadap pembunuhan pemimpin tertinggi Hamas, Ismail Haniyeh.

Hassan Nasrallah mewakili kumpulan Hezbollah yang meratapi kematian komander tertingginya, Fuad Shukr, mengingatkan Israel bahawa rejim itu tidak tahu sejauh mana mereka telah melepasi garis merah.

Dalam ucapannya, beliau turut memberi amaran permintaan untuk tiada tindak balas daripada kumpulan itu akan ditolak.

Dalam pada itu, penduduk Beirut menzahirkan kesedihan atas kehilangan pemimpin Hamas dan Hezbollah.

Ismail dan pengawal keselamatannya terbunuh dalam satu serangan peluru berpandu oleh tentera Zionis di kediamannya di tehran pada Rabu.

Pemimpin hamas itu berada di Iran bagi menghadiri acara angkat sumpah Presiden Iran yang baharu di Tehran, sehari sebelum itu.

Manakala, mayat komander kanan tentera Hezbollah, Fuad Shukr ditemui di bawah runtuhan bangunan di Beirut pada Selasa.

Pergerakan itu juga mengesahkan bahawa ketika kejadian, Fuad berada dalam bangunan di ibu kota Lubnan itu, yang menjadi sasaran tentera rejim Israel.