KUALA LUMPUR:Pendakwaan kali kedua terhadap Presiden Donald Trump merupakan satu langkah bersejarah buat Amerika Syarikat (AS), serta menjadi satu pengajaran kepada masyarakat global.
Pengundian Kongres itu memberi peringatan kepada seluruh dunia bahawa tiada siapa yang kebal daripada undang-undang, jelas Thomas Daniel, Felo di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS).
Kongres Amerika Syarikat pada Rabu mengundi untuk mendakwa Presiden Donald Trump kerana menghasut untuk mencetuskan rusuhan di bangunan Capitol pada 6 Januari lalu.
Jelas Thomas, pengundian itu yang mendapat sokongan daripada 10 ahli Republikan juga menjadi pendakwaan Presiden yang paling bipartisan dalam sejarah Amerika.
“Terdapat dua faktor di sebalik langkah untuk mendakwa Presiden Trump. Pertama, ia bagi menghantar mesej kepada seluruh negara dan dunia bahawa tiada siapa yang kebal daripada undang-undang.
“Kedua, ia bagi menghalang Trump daripada memenangi pilihan raya buat penggal kedua sekiranya dia berhasrat untuk bertanding lagi,” katanya.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Trump didakwa kali kedua, pertama dalam sejarah Presiden AS
Namun, beliau turut berpendapat bahawa imej negara Uncle Sam itu sudah tercalar dalam komuniti global susulan serangan di Capitol yang mengorbankan lima nyawa, termasuk seorang anggota polis.
Trump dituduh menggalakkan penyokong merusuh di bangunan Capitol menerusi beberapa ciapan di Twitter kerana enggan menerima keputusan pilihan raya yang memihak kepada bakal Presiden Joe Biden.
Usaha Kongres dan Dewan Perwakilan untuk menyingkirkan Trump bagaimanapun dijangka tidak mampu menghapuskan retorik ‘Trumpisme’ dalam kalangan penyokongnya.
“Kita perlu ingat bahawa ‘Trumpisme’ atau sejenis populisme yang hampir sama masih lagi wujud dalam Parti Republikan yang akan menyebabkan kesan jangka masa panjang kepada politik dan keupayaan parti itu ketika bertanding,” jelas Thomas.
Berbaki hanya lapan hari sebelum Biden dinamakan sebagai Presiden ke-46, upacara mengangkat sumpah dijangka berbeza kali ini.
“Kita akan menyaksikan upacara ini dikawal ketat oleh pihak keselamatan, bukan sahaja akibat insiden sebelum ini, tetapi kerana pihak keselamatan percaya bahawa terdapat ancaman untuk mengganggu upacara tersebut,” katanya lagi.
Kini, Trump berdepan perbicaraan di hadapan Senat untuk prosiding yang akan berlangsung selepas beliau tidak lagi berada di White House bermula 20 Januari depan.
Nailah Huda
Thu Jan 14 2021
![Pendakwaan Trump: Tiada siapa mengatasi undang-undang - Penganalisis Pendakwaan Trump: Tiada siapa mengatasi undang-undang - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/51610607380_950x600.jpg)
Trump dituduh menggalakkan penyokongnya merusuh di bangunan Capitol menerusi beberapa ciapan di Twitter kerana enggan menerima keputusan pilihan raya yang memihak kepada bakal Presiden Joe Biden. - Gambar fail/REUTERS
Pantau Belanjawan: Atasi cabaran & manfaat peluang ekonomi bersama
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma mengulas berkenaan KDNK Negeri 2023 yang diumumkan baru-baru ini.
Individu 'Narsisistik' perlu dihindari agar hidup tenteram
Individu yang mempunyai penyakit gangguan personaliti narsisistik (NPD) atau sifat mengagumi diri sendiri secara berlebihan, perlu dihindari agar tidak menimbulkan stres dan gangguan emosi.
menurut Pensyarah Jabatan Bimbingan dan Kaunseling UPSI, Profesor Dr Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, strategi itu merupakan kaedah interaksi paling efektif apabila berhadapan dengan mereka yang mempunyai penyakit tersebut.
menurut Pensyarah Jabatan Bimbingan dan Kaunseling UPSI, Profesor Dr Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, strategi itu merupakan kaedah interaksi paling efektif apabila berhadapan dengan mereka yang mempunyai penyakit tersebut.
Faisal Halim sudah mula turun padang jalani sesi latihan
Pemain sayap Selangor, Faisal Halim, dikhabarkan sudah sudah mula turun ke padang untuk menjalani latihan sejak Rabu.
wartawan Astro Arena mendapati pemain berusia 26 tahun itu sudah mula turun ke padang tetapi masih belum bersedia untuk menerima sebarang liputan daripada pihak media.
wartawan Astro Arena mendapati pemain berusia 26 tahun itu sudah mula turun ke padang tetapi masih belum bersedia untuk menerima sebarang liputan daripada pihak media.
Stadium Shah Alam saksi jatuh bangun bola sepak Selangor
Lebih 25 tahun menjadi venue rasmi pasukan Selangor, Stadium Shah Alam telah menyimpan pelbagai kenangan dan nostalgia tersendiri kepada pemain serta peminat sukan di negeri ini.
UMNO Kelantan hantar 3 nama calon DUN Nenggiri
Badan perhubungan UMNO Kelantan akan menghantar 3 nama calon yang akan bertanding di Dewan Undangan Negeri, DUN N43 Nenggiri bulan depan
Pengerusinya Datuk Ahmad Jazlan Yaakob berkata, nama berkenaan telah disaring sebelum Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memutuskannya dalam tempoh terdekat
Pengerusinya Datuk Ahmad Jazlan Yaakob berkata, nama berkenaan telah disaring sebelum Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memutuskannya dalam tempoh terdekat
![Sukan Olimpik 2024: Sudah terlambat naikkan darjah kesukaran - Nur Dhabitah Sukan Olimpik 2024: Sudah terlambat naikkan darjah kesukaran - Nur Dhabitah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720156473_DhabitahSabri.jpg)
Sukan Olimpik 2024: Sudah terlambat naikkan darjah kesukaran - Nur Dhabitah
Beliau perlu sekurang-kurangnya setahun dalam usaha meningkatkan darjah kesukaran baharu bagi acara 3m papan anjal individu wanita.
![Paris 2024: 16,000 katil kadbod untuk perkampungan sukan, media Paris 2024: 16,000 katil kadbod untuk perkampungan sukan, media](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720156151_Paris.jpg)
Paris 2024: 16,000 katil kadbod untuk perkampungan sukan, media
Sebanyak 16,000 katil kadbod akan digunakan di Perkampungan Sukan Saint-Denis and Chateauroux dan di Perkampungan Media Dugny.
![Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Sheikh Ali Al-Qaradaghi adakan lawatan rasmi ke Malaysia Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Sheikh Ali Al-Qaradaghi adakan lawatan rasmi ke Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720155909_TBnaim.jpg)
Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Sheikh Ali Al-Qaradaghi adakan lawatan rasmi ke Malaysia
Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Prof Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula hari ini hingga 12 Julai atas undangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Buruh bakal bentuk kerajaan, Starmer PM baharu?
Pengundian telah berakhir dan Parti Buruh Britain diunjurkan memenangi pilihan raya umum United Kingdom (UK) dengan kemenangan besar, sekaligus menukar senario politik di UK.
Penyokong anggap kemenangan buruh berita sangat hebat
Sementara itu, kumpulan penyokong Parti Buruh Britain gembira dengan laporan yang menyebut parti konservartif kalah teruk dalam pilihan raya yang diadakan
mereka meraikan lebih awal kejayaan buruh menewaskan konservatif dalam politik United Kingdom, U-K
mereka meraikan lebih awal kejayaan buruh menewaskan konservatif dalam politik United Kingdom, U-K
![Biden rancang lebih banyak tidur, tiada lagi acara selepas 8 malam Biden rancang lebih banyak tidur, tiada lagi acara selepas 8 malam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716240052_TBJoeBiden.jpg)
Biden rancang lebih banyak tidur, tiada lagi acara selepas 8 malam
Presiden Joe Biden beritahu Demokrat beliau perlukan lebih banyak tidur dan rancang untuk tidak hadir mana-mana acara selepas 8 malam.
![Pilihan Raya Presiden AS: Biden tidak akan tarik diri - White House Pilihan Raya Presiden AS: Biden tidak akan tarik diri - White House](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715722165_PresidentJoeBiden.jpg)
Pilihan Raya Presiden AS: Biden tidak akan tarik diri - White House
Setiausaha Akhbar White House menegaskan Biden "sama sekali tidak" pertimbang untuk berundur daripada bertanding pada Piihan Raya Presiden.
![Kempen Biden catat rekod kutip AS$38 juta dalam 4 hari selepas debat - Laporan Kempen Biden catat rekod kutip AS$38 juta dalam 4 hari selepas debat - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719800495_JoeBiden.jpg)
Kempen Biden catat rekod kutip AS$38 juta dalam 4 hari selepas debat - Laporan
Kempen pemilihan semula Presiden AS, Joe Biden catat rekod dengan mengumpulkan AS$38 juta (RM180 juta) dalam empat hari sejak debat presiden pertama.
![Trump boleh tuntut kekebalan pendakwaan untuk tindakan rasmi - Mahkamah Agung AS Trump boleh tuntut kekebalan pendakwaan untuk tindakan rasmi - Mahkamah Agung AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714543650_DonaldTrump.jpg)
Trump boleh tuntut kekebalan pendakwaan untuk tindakan rasmi - Mahkamah Agung AS
Di bawah struktur Perlembagaan yang memisahkan kuasa, sifat kuasa Presiden memberikan bekas Presiden kekebalan mutlak daripada pendakwaan jenayah.
![Prestasi lemah debat dengan Trump, ahli parti Demokrat persoal kemampuan Biden Prestasi lemah debat dengan Trump, ahli parti Demokrat persoal kemampuan Biden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719671359_TBKamalaHarris.jpg)
Prestasi lemah debat dengan Trump, ahli parti Demokrat persoal kemampuan Biden
Beberapa ahli Parti Demokrat secara terbuka mempersoalkan sama ada Biden sepatutnya digantikan dengan calon lain dari parti itu dalam pilihan raya 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Pentadbiran Biden sangat teruk, paling buruk dalam sejarah - Trump Pentadbiran Biden sangat teruk, paling buruk dalam sejarah - Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719543625_Presidentialdebate.jpg)
Pentadbiran Biden sangat teruk, paling buruk dalam sejarah - Trump
Trump menegaskan bahawa di bawah pentadbirannya, ekonomi negara mencapai prestasi terbaik, dengan banyak negara mengagumi kejayaan tersebut.
![Debat Biden-Trump: Mikrofon lawan ditutup ketika hujah dimulakan, tiada penonton di studio Debat Biden-Trump: Mikrofon lawan ditutup ketika hujah dimulakan, tiada penonton di studio](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719532886_trumpbiden.jpg)
Debat Biden-Trump: Mikrofon lawan ditutup ketika hujah dimulakan, tiada penonton di studio
Ia acara penting untuk dua calon ini menyampaikan manifesto kempen masing-masing, menjelang lima bulan sebelum pilihan raya presiden AS.
![Trump sudah pilih calon gandingan dalam pilihan raya presiden Trump sudah pilih calon gandingan dalam pilihan raya presiden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51717106301_DonaldTrump.jpg)
Trump sudah pilih calon gandingan dalam pilihan raya presiden
Bekas presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Sabtu mendakwa beliau telah memutuskan calon gandingannya bagi pilihan raya presiden AS yang berlangsung pada November.
![Tiada siapa boleh atasi undang-undang - Presiden Joe Biden Tiada siapa boleh atasi undang-undang - Presiden Joe Biden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51717106301_DonaldTrump.jpg)
Tiada siapa boleh atasi undang-undang - Presiden Joe Biden
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berkata keputusan ke atas Donald Trump yang didapati bersalah dalam perbicaraan memalsukan rekod perniagaan membuktikan tiada siapa boleh mengatasi undang-undang.