MOSCOW: Penahanan pengasas Telegram Pavel Durov di Perancis dilanjutkan pada petang Ahad, lapor media Perancis memetik sumber.

Keputusan untuk melanjutkan penahanan Durov dibuat oleh hakim penyiasat, dengan tempoh awal soal siasat berpotensi berlanjutan sehingga 96 jam, lapor Sputnik.

Setelah tempoh itu berakhir, hakim boleh memilih untuk melepaskan Durov atau memutuskan untuk mengenakan tuduhan dan menahannya.

Durov dilaporkan ditahan di Lapangan Terbang Le Bourget pada petang Sabtu.

-- BERNAMA