ROME: Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni berkata persengketaan antara tentera Rusia dan tentera upahan Wagner menunjukkan bahawa "pencerobohan terhadap Ukraine juga membawa kepada ketidakstabilan dalam Persekutuan Rusia".
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pemimpin Itali itu pada Sabtu, pihaknya memantau dengan teliti pemberontakan bersenjata oleh tentera upahan Yevgeny Prigozhin.
Ahli politik sayap kanan itu, berkata beliau merancang untuk bertemu dengan menteri berkaitan dan perkhidmatan rahsia Itali pada Sabtu bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai situasi di Rusia, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Rakyat Itali di Rusia digesa supaya mengambil langkah berjaga-jaga, menurut Kementerian Luar.
Poland dan Republik Czech, yang merupakan penyokong kuat Ukraine turut memantau perkembangan di Rusia.
Menteri Luar Czech Jan Lipavsky memberi amaran kepada rakyatnya supaya tidak melakukan perjalanan ke Rusia.
Amaran perjalanan telah dikuat kuasa kerana keadaan keselamatan di Rusia boleh merosot, lapor agensi berita CTK memetik kenyataan pemimpin itu.
Sementara itu, Presiden Rusia Vladimir Putin pada Sabtu menghubungi Presiden Belarus Alexander Lukashenko, Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev dan Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev menerusi panggilan telefon, menurut jurucakap Kremlin Dmitry Peskov, lapor Sputnik.
"Presiden memberi taklimat kepada rakannya mengenai situasi itu," kata Peskov kepada pemberita.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 24 2023

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pemimpin Itali itu pada Sabtu, pihaknya memantau dengan teliti pemberontakan bersenjata oleh tentera upahan Yevgeny Prigozhin. - Gambar fail/Reuters

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Wisma Putra nasihatkan rakyat Malaysia di Poland, Republik Czech waspada susulan banjir
Rakyat Malaysia berkunjung ke kawasan terjejas banjir di Poland dan Republik Czech dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan keselamatan.

Banyak negara keluar amaran keselamatan ke UK
Beberapa negara telah mengeluarkan amaran keselamatan kepada warganegara mereka di United Kingdom (UK) berikutan protes dan rusuhan antipendatang yang berlarutan selama beberapa hari.

Pemimpin Itali, Poland, Czech pantau 'ketidakstabilan' di Rusia
Giorgia Meloni berkata persengketaan antara tentera Rusia dan tentera upahan Wagner menunjukkan bahawa "pencerobohan terhadap Ukraine juga membawa kepada ketidakstabilan dalam Persekutuan Rusia".

Kanada keluarkan nasihat perjalanan sempena pertabalan Raja Charles III
Rakyat Kanada yang dalam perjalanan ke United Kingdom (UK) untuk pertabalan Raja Charles III dinasihatkan supaya lebih berwaspada terhadap ancaman serangan pengganas.

Jepun longgar amaran perjalanan untuk 36 negara
Menurut Kementerian Luar, 36 negara itu turut termasuk Thailand, Vietnam, Singapura dan Malaysia.

UK senaraikan Malaysia antara negara berisiko berlaku serangan pengganas
Negara-negara yang turut tersenarai termasuk Amerika Syarikat, Perancis, Australia, Jerman dan Belgium.