WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada petang Isnin mengumumkan bahawa pemimpin al-Qaeda Ayman al-Zawahiri terbunuh dalam satu serangan dron di Kabul, Afghanistan pada hujung minggu.
"Saya meluluskan serangan tepat bagi menghapuskannya dari medan perang. Tiada orang awam terbunuh ," lapor Agensi Berita Xinhua, memetik sidang media Biden dari Anjung Bilik Biru, Rumah Putih.
Al-Zawahiri, 71, mengambil alih kepemimpinan al-Qaeda pada 2011 selepas pemimpin terdahulu, Osama bin Laden terbunuh dalam serangan tentera AS di Abbottabad, Pakistan.
Pengumuman Biden dibuat hampir setahun selepas tentera AS berundur dari Afghanistan yang ditaklukinya sebagai tindak balas terhadap serangan 9/11 pada 2001.
Menurut Biden, al-Zawahiri turut terlibat dalam komplot merancang serangan 9/11.
"Dia menyelaras cawangan dan pergerakan al-Qaeda di seluruh dunia termasuk menentukan cawangan mana yang perlu diberikan tumpuan dalam memberikan panduan operasi mengikut keperluan selain merancang serangan ke atas sasaran AS," katanya.
Menurut Xinhua, seorang pegawai pentadbiran menerangkan kepada pemberita serangan dron itu dilakukan di Kabul pada pagi Ahad. Dron berkenaan membedil bertubi-tubi ke arah al-Zawahiri yang ketika itu berdiri di anjung rumah tempat dia bersembunyi.
Persediaan untuk operasi itu dikatakan mengambil masa berbulan-bulan. Biden meluluskan serangan itu pada 25 Julai semasa beliau dikuarantin di Rumah Putih kerana jangkitan COVID-19, menurut pegawai itu.
Lebih 929,000 orang maut selepas insiden serangan 9/11 akibat serangan dan keganasan berkaitan kejadian itu. Dianggarkan AS membelanjakan lebih US$8 trilion dalam kempen berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 02 2022
Al-Zawahiri (kanan) mengambil alih kepemimpinan al-Qaeda pada 2011 selepas pemimpin terdahulu, Osama bin Laden (kiri) terbunuh dalam serangan tentera AS di Abbottabad, Pakistan.- Fail/REUTERS
Google Circle to Search kini boleh kenal pasti nombor telefon, URL dan alamat emel
Circle to Search boleh melancarkan aplikasi panggilan telefon, pelayar web, dan emel mengikut konteks secara automatik.
WEF 2025: Potensi besar ASEAN jadi tumpuan di pentas global - Anwar
ASEAN berpotensi sebagai rantau yang terus berkembang dengan pertumbuhan ekonomi lebih pesat.
Lelaki maut, dua cedera dalam insiden tikaman rambang di Nagano, Jepun
Penyerang yang melarikan diri dari tempat kejadian dengan senjata tajam kini sedang diburu polis.
BAMTC 2025: Gabungan pemain berpengalaman-bakat muda taruhan BAM
Barisan skuad yang akan membawa cabaran negara menggabungkan pemain berpengalaman dan bakat muda sebagai resepi utama pada kejohanan itu.
Sambutan CNY Selangor di Jenjarom jangka tarik 30,000 pengunjung
Kerajaan Negeri Selangor melalui Invest Selangor Berhad akan menganjurkan Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor pada 8 Februari di pekarangan Fo Guang Shan Dong Zen Temple.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.19 mata kepada 1,583.61 daripada 1,587.80 semalam.
Faktor keletihan perlahankan rentak permainan TFC
Badrul Afzan mengakui faktor keletihan menyebabkan pasukannya tampil dengan aksi perlahan ketika menentang PSM Makassar FC.
UCL: PSG bangkit malukan Manchester City di Parc des Princes
PSG melangkah ke tangga ke-22 dalam carta liga, manakala The Citizens turun ke tangga ke-25.
WEF 2025: Chief Economists' Briefing - What to expect in 2025?
The global economy is poised for another year of uncertainty and uneven growth, according to the World Economic Forum’s latest survey of chief economists.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Insiden tembakan sekolah di Nashville ragut dua nyawa termasuk suspek
Pelajar lelaki berusia 17 tahun melepaskan beberapa das tembakan menggunakan pistol di kafeteria Sekolah Menengah Antioch.
Rakyat Malaysia ditahan di Teluk Guantanamo selamat tiba di tanah air - KPN
Dua rakyat Malaysia yang ditahan di Kem Tahanan Teluk Guantanamo, Cuba sejak 18 tahun lepas, selamat tiba di tanah air hari ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Sah! Jemaah Islamiyah Indonesia bubar
Ahli tertinggi Jemaah Islamiyah (JI) yang terlibat dalam tragedi pengeboman Bali pada 2022, mengumumkan pembubaran kumpulan itu pada Khamis.
‘Surat kepada Amerika’ tulisan Osama Bin Laden tular di TikTok
Kalangan masyarakat global di media sosial menyifatkan peranan Amerika sebagai hero dalam konflik Asia Barat sebagai satu pembohongan.
Al-Qaeda ancam serang kementerian Perancis, kedutaan Sweden susulan insiden bakar al-Quran
Anggota kumpulan al-Qaeda (yang diharamkan di Rusia) dilaporkan telah mengancam untuk menyerang sebuah kementerian di Perancis dan kedutaan Sweden, menurut Sputnik.
Serangan 9/11: AS tidak akan berhenti memerangi keganasan - Biden
Biden berkata walaupun AS telah meninggalkan Afghanistan, petadbirannya akan terus memburu mereka yang mendalangi serangan berkenaan.
Pemimpin Al-Qaeda Al-Zawahiri terbunuh dalam serangan dron AS - Biden
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengumumkan bahawa pemimpin al-Qaeda Ayman al-Zawahiri terbunuh dalam satu serangan dron di Kabul.
Pemimpin al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri dilapor terbunuh dalam serangan dron CIA
Perkembangan itu memberi tamparan besar kepada kumpulan Al-Qaeda sejak pengasasnya Osama Laden terbunuh pada 2011.
Kesederhanaan Islam lengkapi keperluan keamanan bersama - Prof Mohammad Hashim
Ancaman terhadap keamanan akan sentiasa wujud dan semakin meningkat memandangkan golongan pelampau sentiasa ada di mana-mana.
Sisi luka perang di Afghanistan tinggalan Amerika
Sorotan kesan misi hampir dua dekad tentera Amerika Syarikat di Afghanistan ke atas generasi kanak-kanak, yang paling terdera disebabkan perang. Nasib mereka terus tidak menentu di tangan Taliban
Operasi risikan halang perkembangan ideologi pengganas - Penganalisis
Operasi risikan dan tangkapan dari pihak berkuasa yang proaktif telah berjaya menghalang perkembangan ideologi pengganas.