BANGKOK: Pemilihan kepimpinan Parti Demokrat akan diteruskan seperti yang dijadualkan meskipun beberapa anggota menyerahkan petisyen kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memohon agar undian pada Ahad ini ditangguhkan, menurut jurucakap parti, Ramet Rattanachaweng.
Memetik Bangkok Post, kira-kira 100 Demokrat meminta SPR membatalkan resolusi parti pada 9 Julai lalu serta menangguhkan perhimpunan khas untuk memilih pemimpin dan lembaga eksekutif baharu pada 6 Ogos, sehingga peraturan parti disemak semula.
Menurut kumpulan yang diketuai Chaiwat Traiyasunant itu, peraturan undian bernisbah 70:30 yang digunakan dalam proses pemilihan tidak mematuhi prinsip demokrasi.
Dalam masa sama, pengkritik berpendapat, di bawah peraturan itu, ahli parlimen semasa menyumbang 70% daripada jumlah keseluruhan, manakala ahli lain membentuk baki 30% yang mana peraturan harus disemak atau pusingan baharu pengundian mungkin menghadapi masalah.
Tambah Ramet, undian pada Ahad ini tetap diteruskan dan menambah bahawa walaupun persaingan adalah lumrah, parti Demokrat akan meletakkan nilai parti sebelum kepentingan mereka sendiri.
Dalam masa sama, pemerhati politik berpendapat persaingan kepimpinan Demokrat sebagai pengukur hala tuju politik parti itu dan sama ada ia mungkin menyertai gabungan yang dibentuk oleh Parti Pheu Thai atau kekal dalam kem pembangkang.
Terdahulu, mesyuarat 9 Julai lalu gagal memilih pemimpin baharu menggantikan Jurin Laksanawisit kerana kekurangan korum. Mesyuarat itu juga dilaporkan penuh dengan konflik antara dua kem yang bersaing untuk kepimpinan parti.
Satu pihak dikatakan menyokong kepulangan bekas ketua parti Abhisit Vejjajiva, manakala satu pihak lagi mendesak agar ahli yang lebih muda mengendalikan parti.
Jurin mengumumkan untuk berundur selepas pilihan raya pada 14 Mei, di mana parti tertua negara itu hanya menawan 25 kerusi Dewan, kira-kira separuh daripada jumlah yang dimenanginya pada pilihan raya 2019.
Agensi
Fri Aug 04 2023
Undian pada Ahad ini tetap diteruskan dan menambah bahawa walaupun persaingan adalah lumrah, parti Demokrat akan meletakkan nilai parti sebelum kepentingan mereka sendiri.- AP NEWSROOM
Malaysia kutuk ujian peluru berpandu Korea Utara – PM Anwar
Malaysia mengutuk ujian peluru berpandu balistik yang dijalankan oleh Korea Utara pada 31 Oktober lalu.
[TERKINI] Luruan monsun kuat hingga hujung bulan, amaran hujan berterusan
MetMalaysia jangkakan luruan monsun kuat berlanjutan hingga hujung bulan ini, berpotensi sebabkan hujan sangat lebat dan berterusan
Enam lelaki bertopeng samun tiga klogram emas
Enam lelaki bertopeng melarikan kira-kira tiga kilogram emas dalam kejadian samun di hadapan sebuah premis pemprosesan emas di Jalan Bendahara, Ipoh.
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.
Lawatan kerja ke Korea Selatan berjaya raih potensi pelaburan RM32.8 bilion - PM Anwar
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Isu pemindahan nama rumah kos rendah masih lagi membelenggu rakyat
Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail berkata isu pemindahan nama rumah kos rendah dan kos sederhana rendah masih lagi membelenggu rakyat.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Perdana Menteri sampai sumbangan khas kepada mangsa banjir di Melaka
Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada satu majlis di Tanjung Minyak.
Negeri Sembilan semak semula Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1996
Kerajaan Negeri Sembilan melalui JHEAINS dan MAINS sedang menyemak semula Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1996.
Ekonomi digital Malaysia naik 16 peratus ke RM141 bilion
Dalam satu laporan, Google berkata tiga faktor penyumbang utama adalah e-dagang, pelancongan dalam talian dan perkhidmatan kewangan digital.
Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Terengganu, Pahang hingga Jumaat ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang hingga Jumaat ini.
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Kerajaan Kedah disaran tubuh pasukan penilai, elak projek swasta terbengkalai - ADUN
Kerajaan Kedah disaran menubuhkan pasukan penilai untuk meneliti kemampuan setiap syarikat swasta yang berhasrat melaksanakan projek pembangunan di negeri itu.
Pilihan Raya Negeri India: BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
SPR India pada 15 Oktober mengumumkan bahawa negeri Maharashtra dan Jharkhand akan mengadakan pilihan raya DUN pada November.
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.
Kemenangan besar parti Presiden Sri Lanka dilihat sebagai sokongan untuk perpaduan
Kemenangan besar parti Presiden Sri Lanka, Anura Kumara Dissanayake, dalam Pilihan Raya Parlimen pada Khamis dipuji sebagai sokongan untuk perpaduan nasional.
Naik taraf pasar awam dilaksanakan di seluruh negara tanpa mengira fahaman politik - Kor Ming
Kerajaan MADANI akan terus menaik taraf pasar awam usang di seluruh negara demi kesejahteraan rakyat tanpa mengira fahaman politik, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Mengenang Tun Daim: 'Allahyarham seorang negarawan, kami kenang legasinya' - Hamzah
Ahli Parlimen pembangkang menyifatkan Allahyarham Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia pagi tadi sebagai negarawan yang banyak berjasa kepada negara.
Abdul Hadi desak kerajaan tidak tutup pintu untuk diberi nasihat
Kerajaan didesak tidak menutup pintu untuk ditegur dan diberi nasihat bagi menjamin keadilan di negara ini dapat terus ditegakkan.
Parti Konservatif UK pilih Kemi Badenoch sebagai pemimpin baharu
Bekas setiausaha perniagaan itu diumumkan sebagai pemenang, menewaskan pesaingnya Robert Jenrick dengan undian 53,806 berbanding 41,388.
Pembangkang pertikai Wan Fayhsal tak dibenar duduk di galeri awam
Pembangkang memohon penjelasan Dewan Rakyat mengenai tindakan melarang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang digantung enam bulan daripada mengikuti persidangan itu dari galeri awam.